Kerjaya dan Tugas Pegawai Bank

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mungkin nama Pegawai Bank bukan asing bagi ramai orang, sebagai pegawai bank banyak tugas dan laluan kerjaya yang perlu ditempuhi sebagai seorang pegawai bank. Untuk maklumat kali ini, sedikit info diberikan bagi membantu pelawat yang bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai bank. Sebagai Pegawai bank,  kerja lebih tertumpu kepada pengurusan wang dan kehendak pelanggan dalam menjadikan sebarang servis dari institusi berjalan lancar.

Gaji Pegawai Bank

Untuk gaji sebagai pegawai bank ia bergantung pada jawatan dan tempoh bekerja. Untuk permulaan mula berkhidmat gaji dianggarkan sekitar RM 1800.

Info Tambahan :  Jual Template Online 2023: Boleh Mengkayakan Ke?

Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda Perbankan / setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan / setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan / Perbankan / setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / setaraf

Contoh Universiti yang menawarkan kursus :

  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Teknologi MARA
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam / swasta berkaitan

Tugas Pegawai Bank

  • Mengawal atur kelancaran transaksi pertukaran mata wang asing mengikut prosedur yang telah ditetapkan;
  • Merekodkan, mengimbangi akaun kredit dan debit setiap transaksi kewangan yang berlaku sebelum akaun ditutup pada akhir sesi perkhidmatan;
  • Membuka atau menutup akaun mengikut permohonan daripada pelanggan; dan
  • Menjawab persoalan dan aduan daripada pelanggan.
  • Mengenalpasti keperluan pelanggan dan memaklumkan dengan lebih lanjut servis perbankan yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pelanggan;
  • Mengesahkan rekod dan resit-resit serta akaun kredit pelanggan;
  • Menguruskan cek dan wang yang telah dideposit oleh pelanggan;
  • Memeriksa keupayaan dan risiko kredit dalam kertas cadangan sesuatu perniagaan atau individu

One thought on “Kerjaya dan Tugas Pegawai Bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *