Kerjaya Lepasan Ekonomi STPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kerjaya Lepasan Ekonomi STPM 1
Universiti adalah impian lepasan STPM

Dapat diterima ke tingkatan 6 juga banyak kelebihannya, sistem tingkatan enam ini lebih mendalam pembelajarannya jika dibandingkan dengan SPM dahulu. Tingkatan enam ini lebih kepada persediaan mengambil ijazah sarjana muda di universiti kerana setiap subjeknya memerlukan analisis serta corak pemikiran yang lebih mendalam beserta contoh-contoh sebagai bukti usul ataupun jawapan yang diberi semasa peperiksaan dan pembelajaran.

Semasa di tingkatan enam bawah, pelajar akan mula membuat pertimbangan untuk memilih aliran. Aliran yang biasa ditawarkan ialah aliran sastera, sains dan kemanusiaan. Untuk topik hari ini, ingin saya bincangkan berkaitan kerjaya atau laluan jika anda mengambil aliran yang menawarkan subjek ekonomi.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Jika anda mengambil aliran ekonomi, sebenarnya banyak juga peluang sambung belajar serta pekerjaan yang sesuai dengan anda. Kelayakan mempunyai ekonomi itu melayakkan anda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dengan mengambil kursus contohnya :

  • Hubungan industri
  • Hubungan Antarabangsa
  • Psikologi industri dan Organisasi
  • Pembangunan Belia dan Komuniti
  • Ekonomi perancangan dan pembangunan
  • Ekonomi Kewangan
  • Ekonomi sumber manusia
  • Keusahawanan
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan perhotelan
  • Pemasaran
  • Perniagaan antarabangsa
  • Pengurusan perlancongan
  • Pendidikan dengan ekonomi ( guru ekonomi )
  • Kewangan Antarabangsa
  • Perbankan
  • Perbankan antarabagsa
  • Kewangan islam
  • Dan bermacam lagi mengikut jenis universiti ..

Manakala peluang kerjaya pula contoh :

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

  • Penasihat ekonomi
  • Penganalisis Ekonomi
  • Pegawai kewangan
  • Pegawai Perancang Ekonomi
  • Pegawai Perancang Bandar
  • Broker Saham
  • Pegawai Pembangunan
  • Pegawai Sumber manusia
  • Pengurus kewangan
  • Pegawai Bank
  • Penasihat kewangan
  • Pengurus dana
  • Pengurus insuran dan eksekutif
  • Pengurus hotel
  • Pegawai pemasaran
  • Perancangan Pemasaran
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pengurus Perkhidmatan
  • Penyelidik Pemasaran
  • Operator Pelancongan
  • Pengurus Acara
  • Guru Ekonomi

48 thoughts on “Kerjaya Lepasan Ekonomi STPM

  1. assalamualaikum,saya ambil f6 aliran sains sosial, bolehkah saya memohon ijazah pengurusan sumber manusia di universiti nanti?

  2. Assalamualaikum tuan. Mohon pandangan peribadi tuan jika seseorang (calon persendirian individu) ingin mengambil (dalam pertimbangan) subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi.

    1. Wsalam..pendapat sy ok juga..tapi kalau nak ringan lagi 4 dah memadai..bleh juga ambil
      PA,BM, sej dan ekon..
      atau
      boleh juga ambil PA,BM, Sej, PP

      kalau rasa mampu ambil 5 pun lagi ok..

      utk pakej2 tu kita boleh mohon lebih ke fakulti ekonomi dan perniagaan di universiti..selain kursus2 di fakulti kemanusiaan.

  3. Assalamualaikum sy pelajar lepasan stpm , sy ambil aliran ekonomi , pengajian perniagaan , pengajian am dan bahasa melayu , sy nak tnya tentang peluang pekerjaan tu mmg mostly ditawarkan dlam sektor swasta ke?

  4. Hello, jika saya ingin mengambil kos pengurusan sumber manusia, apakah aliran dan subjek yang perlu saya ambil di form 6 ? Mohon bantuan.

  5. Assalamualaikum, saya nak tanya jika mengambil jurusan stpm pakej ekonomi .. subjek yang saya ambil ialah pengajian am,sejarah, ekonomi,pengajian perniaagan dan muet ..boleh kah saya mengambil degree sarjana muda kewangan ke atau pun banking, ekonomi ?

  6. Salam, saya sekarang pelajar stpm ekonomi. Subjek yg saya ambik PA,bm,eko,geo. Boleh tak kalau saya nak sambung degree bidang neurosciene ? Tq

  7. Nak tanya boleh ? Sy sekarang pelajar aliran sains dengan mengambil subjek P.am,Muet,Fizik,Ict dan sc sukan. Sekolah kami ada menawarkan subjek elektif iaitu ict dan sc sukan dan sy dikatakan mngambil subjek rojak.. Ada pndangan org lain jga bhwa ambil fizik x brguna tanpa ambil math (T). Bagi komen. Seterusnya,sekiranya sy meneruskan pmbelajran sy dlm subjek ini, p.am,fizik,ict,sc sukan, sy boleh apply course apa nnti di University ? Thanks..
    #malu bertanya sesat jalan

    1. Fizik mmg perlu sekali dgn math.. tapi ada juga kursus yg boleh diambil hanya dengan fizik. banyk pilihan sebenarnya pilih kursus di universiti..pihak sekolah yang wujudkan pakej tu, jadi mungkin ada sebab mereka luluskan begitu. Cuba dapatkan maklumat lanjut dengan kaunselor tempat saudara/i atau guru penyelaras tingkatan 6. utk subjek ICT dan sc sukan pun bagus, saudara/i lebih berpeluang utk ceburi bidang komputer, IT dan kejurulatihan dan banyak lagi berkaitan sukan.

  8. Salam. Sy pelajar stpm ambil ekonomi. Boley x sy nk sambung ijazah pengurusan sumber mnusia? Kos ni ad kaitan ngn ekonomi x?

  9. Assalamualaikum,bolehke kalau saya ambil subjek ekonomi stpm walaupun sata tiada basic ekonomi form4&form5? Saya keliru utk memilih p.perniagaan/ekonomi

    mohon pandangan

    1. waaslaikumussalam, kebiasaanya boleh..sbb pihak pemilih akan lihat subjek matematik.. cuma kemungkinan masa nak mohon Ijazah berkaitan ekonomi nanti akan kalah bersaing dengan yg ada basic SPM. Kebanyakan institusi akan lihat keputusan ekonomi STPM dan kalau ada basic SPM lebih diutamakan. walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan layak memohon utk Ijazah lain selain berkaitan ekonomi.

  10. Annyeong…Nak tanya nie..Apa maksud aliran kemanusian.?Apa subjeck yg di tawarkan dalam aliran kemanusian..?Dalam aliran kemanusian ada kerja krusus ke..?Pleses help me..Jawapan anda sangat bererti buat sya dan sangat dihargai.Thanks to help.

  11. Saya pelajar lepasan t6, jurusan eko. Saya nak ambik ijazah jurusan eko antrabgsa. Ok tak? Apa pluang krjaya nanti?

  12. ASSALAMUALAIKUM…SAYA NAK TANYER PADA TAHUN NI SAYA AMBIK ALIRAN KEMANUSIAAN BAHAGIAN EKONOMI,GEOGRAFI,PENGAJIAN AM DAN BAHASA MELAYU SERTA MUET…LEH X BIDANG NI MOHON AKAUNTAN ATAU KERANI ATAU PEKERJA SYARIKAT??? DAN APA PELUANG KERJAYA YANG PALING SESUAI UNTUK BIDANG YANG SAYA AMBIK??

    1. Asaalam saya nak ambik aliran kemanusiaan , jadi kalau nanti saya sambung nursing boleh ke?

  13. salam…
    saya baru saja mndpat tawaran untuk memasuki tingkatan 6 aliran kemanusiaan.sekiranya saya mengambil subjek p.a sej geo psv dan muet atau subjek p.a sej geo eko dan muet….apakah kos yang sesuai untuk di mohon di u kelak bagi kedua2 pemilihan subjek….dan adakah subjek ini menjanjikan peluang pekerjaan yg luas kelak…dan adakah pemilihan kedua2 pilihan subjek ini boleh membantu saya untuk smbung pengajian ke luar negara atau tidak…saya minat dengan subjk geo dan sej apakah kurss yg sesuai di ambil di universitikelak dengn sbjk ni……tolong saya insan yang dalam kebinggungan….syukran…

    1. Salam, susah saya nak terangkan satu persatu..ceritanya panjang dan maklumatnya banyak kalau nak diceritakan tentang selepas STPM.. perjalanan masih jauh..yg penting eone kne tahu STPM ni adalah baik sama dengan matrikulasi setarafnya.. kalau eone dapat cemerlang, masa depan cerah dan banyak kursus dan bidang pekerjaan selepas ijazah yang eone dapat mohon nanti..kalau geo bleh mohon kaji bumi, kerja pejabat perhutanan, bidang pegurusan perladangan, kalau psv boleh kerja juru hias dalaman, luaran, juga boleh kerja guru, pensyarah, dan banyak lagi..

  14. Assalamualaikum,klau calon stpm alirn kmanusiaan(bm,pa,sj,eko,muet)boleh tk ambil bidng penddikan msa smbong degree nnti ? n boleh x jd ckgu ? tq

  15. Assalamualaikum.. Saya nak Tanya..saya pelajar tingkatan6 at as skrang ni..saya ambil subjek ekonomi ,pengajian am ,pengajian perniagaan Dan Bm..boleh tak saya ambil sarjana muda perancang bandar Dan wilayah bila saya Sudan graduate stpm insyaAllah.. Mohon balas Tq

  16. salam.sy lpasan stpm thn ni. mohon mnta pndpt apa kos yg ssuai untk sy ambl d u nti.aliran msa tgktn 6 kmanusiaan dan subjek eko,p.pniagaan,sej dgn p.am.mohon bantuan 🙂

    1. Salam, sy xbleh bagi cadangan..sbb kebolehan kita berbeza.. tapi zizie boleh cuba senaraikan dulu senarai kos yg boleh dimohon.. lepastu cuba short list, tapis hingga tinggal beberapa kos. pastu pilih yg paling minat dan lepastu baru tanya pakar pilihan tu.

  17. Salam, saya pelajar STPM dan kini berada di tingkatan 6 atas, subjek yang saya ambil Bahasa Melayu , Pengajian AM , Ekonomi dan Pengajian Perniagaan.. kalau boleh saya nak tahu apakah kursus yang sesuai untuk saya ambil apabila masuk Univesiti kelak?

  18. Assalam..sy pelajar lepasan stpm yg tgh tunggu result..sy keliru untuk mengisi permohonan upu.di sekolah, sy mengambil subjek pengajian am, sejarah ,ekonomi, dan pengajian perniagaan..kursus apa yg sy patut pilih sekiranya ingin meneruskan dlm bidang sejarah atau ekonomi ? mohon pencerahan..syukran jazilan 🙂

  19. ASSalamuailaiku..sya baru ambil result stpm..18.3.2013..sy dpt pointer 2.92.
    pegajian am c+.
    bahasa melayu A-
    geografi B-
    ekonomi B.
    muet bnd 1 ..
    agak2 sya layak tak nak masuk u..

  20. salam..sy ingin bertanyakan soalan.. sy bkas plajar ting.6 dan mengambil STPM pd tahun 2012.. sy amek Pngjian Am, Bhasa Melayu, Ekonomi dan Geografi.. namun Ekonomi sy hanya dpat B-.. kalau nak apply U mana yg ssuai n kos apa?

  21. Salam…sya kini mengambil kursus ekonomi sumber manusia..saya ingin bertanya apakah bidang pekerjaan yang akan saya ceburi kelak?

  22. salam..saya ingin bertanya,saya amik tingkatan 6 dah nak habis 5ecember ni saya habis exam,,saya amik sejarah seni ekonomi dan pengajian am…kalau apply universiti kos ape yang sesuai?

    1. Salam.. banyak juga peluang.. lebih dari puluhan kursus yang boleh dipilih nanti.. asalkan keputusan nanti baik.. buat masa ni fikir dulu untuk dapat keputusan yg baik..

  23. salam..
    saya skrg belajar dlm course ekonomi pembangunan dan sumber manusia..apakah kerjaya yang boleh saya pilih selepas grad nanti?
    terima kasih 🙂

  24. Salam…sy bljr jurusan ekonomi ( Ekonomi Sumber Manusia ), adakah saya berpeluang untuk menceburi pekerjaan ” perbankan “?

  25. salam..saya ingin bertanyakan soalan…adakah pelajar stpm aliran kemanusiaan boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara??ada kemungkinan atau tidak???

  26. saya,,tingkatan 6,,mengambil subjek sejarah ,ekonomi,muet,b.melayu dan pengajian am,,sye,,minat utk ambil bidg penddikn ekonomi,,mksud sye,,sye nak jdi guru ekonomi,,tpi,,ckgu sye ckp,,banyk siswazh ijazah srjana ekonmi,,menggur ??peluang jdi ckgu ekonmi,,nips,,

    1. Jika kien mengambil Ijazah ekonomi yang tiada pendidikan memang la susah nak mohon guru.. sebab ia lebih utamakan yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi IPTA. Jadi, bersungguh2lah belajar supaya layak memilih yang diminati dan menjamin masa depan.

  27. salam, saya ingin bertanyakan soalan , saya berada di tingkatan 6 bawah dan mengambil subjek bm , kesusasteraan melayu ,sejarah , pengajian am dan MUET . apakah kerjaya yang boleh saya pilih atau kursus yang saya boleh ambil jika ingin melanjutkan pembelajaran di U nanti ? terima kasih

    1. Salam..untuk pakej macam tu lebih kepada pentadbiran, kemanusiaan dan pengurusan.. sebenarnya ada banyak juga yang boleh dipilih anti di UPU. yang tidak boleh dimohon adalah dalam bidang sains dan teknologi serta melibatkan pengajian perniagaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *