Kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian

Pembedahan Pergigian

Sedikit info bagi yang berminat menjadi Pembantu Pembedahan Pergigian, Bidang pergigian ini lebih kepada menjadi sokongan kepada Pegawai Perubatan Pembedahan Pergigian dalam melaksanakan tugas merawat pesakit mengalami masalah gigi termasuk pembedahan kecil ataupun besar.

Kebiasaannya Permohonan boleh dibuat secara online sepanjang masa di http://www.spa.gov.my. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan. Anda juga boleh melayari lamannya seperti berikut http://www.moh.gov.my  atau http://latihan.moh.gov.my . Permohonan dibuka sepanjang masa dan sah dalam masa satu tahun permohonan.

Bidang tugas Pembantu Perubatan Pergigian ini antaranya ialah :

  • Membantu Pegawai Pergigian yang berkaitan semasa pemberian rawatan.
  • Menyediakan peralatan yang diperlukan semasa, sebelum dan selepas rawatan.
  • Menyediakan bahan-bahan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Membantu dalam pengurusan klinik dan mengurus data-data pesakit secara berkomputer.
  • Membantu dalam pengambilan x-ray pergigian.

Syarat-syarat pemohon yang layak memohon ialah :

  • Wargenegara Malaysia
  • Lelaki dan perempuan belum berkahwin
  • Umur antara 17-25 tahun.
  • Kelayakan: Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Sains, dan Matematik. Calon yang lulus dalam Bahasa Inggeris diberi keutamaan.
  • Syarat keutamaan ialah calon yang mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas.

Semoga sedikit sebanyak membantu sahabat xpresi memilih kerjaya.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*