Kerjaya, Pengajian Bidang Perakaunan

Kerjaya, Pengajian Bidang Perakaunan

by fiziesss on October 29, 2011

Kerja Bidang Perakaunan

Kerjaya Akauntan melibatkan kira-kira

Perakaunan juga merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan  keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi. Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntanlah untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta aggaran belanjawa, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.

Persoalan Berkaitan Pengajian Perakaunan

Saya selalu menerima soalan berkaitan kerjaya akauntan ini, antara soalan yang ditanya ialah:

Apakah tugas sebagai akauntan?, Apa lagi kerja yang boleh dimohon oleh lulusan perakaunan?, Apakah kriteria untuk menjadi seorang akauntan?, Apakah kelulusan untuk memohon akauntan? Lepas belajar kerja dimana?, Apakah syarat kemasukan ke pengajian perakaunan?, Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?.

Untuk itu, saya ada sediakan sedikit informasi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

Kerjaya Sebagai akauntan

Untuk menjadi seorang akauntan semestinya mempunyai ijazah sarjana muda dan keatas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.

Tugas Akauntan

  • Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu
  • Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain,
  • Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan,
  • Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain,
  • Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian,
  • Tugas penyeliaan berkaitan kewangan dan penyata kewangan individu / institusi.

Kelayakan Am Pengajian

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Selepas SPM perlu sambung ke diploma perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf.

Pekerjaan yang setaraf yang juga boleh dimohon

Graduan perakaunan ini juga boleh memohon jawatan lain seperti juruaudit, akauntan kos, bendahari, akauntan cukai, setiausaha syarikat, setiausaha industri atau peribadi, kerani akaun, penolong akauntan serta juru runding.

Prospek Kerja

Kebiasaanya lulusan ini berpeluang ke institusi kerajaan atau swasta. Bagi di sektor awam, jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanaun dan penguasa tempatan boleh diisi. Manakala di sektor swasta pekerjaan di badan-badan industri, bank, firma perakaunan serta syarikat insuran boleh diisi.

Kerjaya Sebagai Penolong Akauntan

Untuk kerjaya penolong akauntan, ia mempunyai skop tugas yang sama dengan Pegawai Akauntan. Cuma perbezaan adalah kerja-kerja pembantu untuk tugas-tugas Pegawai akauntan.

Dari segi kelulusan pula berbeza dengan penolong akauntan ini perlu mempunyai diploma. Diploma yang berkaitan seperti Diploma Pengajian Bank, Diploma Perakaunan, pengajian perdagangan atau setaraf.

Syarat am pengajian

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain. ( Tidak tetap )

Kerjaya kerani Akaun

Secara umum tugas kerani akaun lebih kepada tugas menyedia kira-kira untuk dilapor kepada penolong akauntan atau Pegawai akauntan.

Antara tugas kerani akaun ialah :

  • Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira
  • Membuat pengiraan yang sewajarnya
  • Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
  • Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
  • Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.
  • Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
  • Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.
  • Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
  • Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
  • Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.
  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
  • Menyelia pekerja lain.

Diharapkan informasi diberi berkaitan bidang perakaunan ini mampu membantu dalam pemilihan kerjaya serta hala tuju pendidikan. Sebarang pilihan haruslah disusuli dengan usaha yang gigih untuk memastikan segala impian menjadi kenyataan.



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 43 comments… read them below or add one }

iffah May 15, 2013 at 3:09 pm

as slam, sya lpasn spm 2012.. sya skang dh hbis foundtion sem 1 dlm teknologi di UTP. sya skang dlm dilema nk mmbuat plihan u berdsarkan mnt.maksud sya sya x brmnt dlm kos sya di utp(kos business information system) dn sya mnat dlm bndg perakaunan. sya dapt matrikulasi p.pinang dlm perakaunan. patutkah sya ke matrik p.pinang(perkaunan) atau stay UTP(business information system) .bagaimana pndpt Admin? . tlng bantu sya

Reply

schu hada May 9, 2013 at 6:50 pm

anyone, tolong jawab soalan saya ni boleh? terima kasih pd yg sudi jawab ^_^

saya lepasan matrikulasi 2012/2013 dan akan menyambung pengajian bagi program Ijazah. Saya dari Modul 2 iaitu Sains Fizikal dan berhasrat untuk menyambung ijazah bagi course accounting.
SPM dulu, saya ada mengambil subjek Prinsip Perakaunan dan alhamdulillah dapat A. Tapi bila di matrikulasi, saya ditawarkan modul sains dan tidak menukar modul ke accounting. Jadi saya agak bimbang kerana saya ada basic time SPM tapi saya dah skip matrik akaun and saya rasa agak susah nak ke ijazah perakaunan. ke okey je kalau apply?

Reply

Fazlin Adila April 14, 2013 at 7:09 am

kalau saya ambk sunbjek pdg,geo,sn,tasawwur,mt,pai,sej,bm.bi,mmt boleh x saya nk apply ke jurusan perakaunan saya mohan jawapan daripada pihak anda

Reply

intan April 6, 2013 at 10:34 pm

Assalamualaikum..saya nak tanya ..Apakah perbezaan diploma pengajian bank ,perakaunan dan perbankan?…adakan skop pembelajaran sama?

Reply

Mai April 6, 2013 at 5:49 pm

Salam..saya pelajar tingkatan 5,2013 . selalu mendapat gred cemer lang dlm semua subjek . saya hendak sambung dlm perakaunan/kewangan . masaalahnya sekarang, saya tidak ada math tamb , ada sumber yg ckap tak boleh ambil akaun. jadi, saya rasa give up untuk fokus akaunn kerana mereka cakap tak ada add maths , x ley masuk bidang akaun / kewangan . tolong bantu saya . saya betul2 sedih .

Reply

Fina April 10, 2013 at 4:42 pm

Adik , ambil accounts tak perlu matematik tambahan pun ! Boleh ambil accounts hanya dengan 3 kredit termasuk BM , Maths & BI dan 2 credits yang lain.

Reply

sha April 13, 2013 at 11:28 pm

wasalam…mana ada dik…..boleh sahaja klau adk nk ambil bdng akauntan atau prbankan…ini kerana add math hanya sebagai mata pelajaran wajib bg sesiapa mahu memasuki matrikulasi…kalau adk msuk ipta atau ipts syaratny math mesti kepujian….akak pn jurusan akaun jgak dik …akak lepasan spm 2012..tp kelebihan masuk matrik adk x payah amik diploma lgy..tahu2 trus amik ijazah…tp memandngkn adk x de add math adk kne la amik diploma… jgn prcya org yg bagi sumber kt adk 2 taw…. :)

Reply

kenny ak ason April 5, 2013 at 9:16 pm

saya tak ambil prinsip perakaunan pada peringkat spm…tetapi saya ambil perakaunan stpm dan saya mendapat B utk perakaunan bagi stpm 2012………..perlu kah saya dptkan LCCI jika saya ingin menyambung ke peringkat degree

Reply

Sarra April 2, 2013 at 11:20 am

Assalamualaikum..sy lpsan spm’12..jka ambk akaun di matrik,boleh x sy smbug ke ijazah prakaunan..ke prlu ambk diploma jgk?n kalau sy da apply matrik dlm kos sains,bleh x mse kt matrik nnt sy nk tukar kos akaun..sbb pd mulenye sy nk smbug stdy in medic..tpi bile di fkir blk pluang utk krje sbg doktr akn dtg agk ssh sbb da rmi doktr..so,sy buat desicion utk plh akauntan..hrp dpt bntu sy..result sy 6a3b..
BI A
BM B
MATH A
ADDMATH B
BIO A
KIMIA B
SEJ A
PAI A
PHYSIC A

Reply

sha April 13, 2013 at 11:31 pm

boleh sahaja….sbb pelajar sains tulen ni mmng special masuk mana2 jurusan pn msti sesuai… :)

Reply

zulhelmee February 18, 2013 at 5:56 pm

assalamualaikum..saya baru lepas spm tahun 2012 aliran akaun tapi tak ambil physics,,macam mana nak jadi seorang akauntan..??mohon admin reply

Reply

WOW February 12, 2013 at 11:51 am

salam.. saya lepasan sains tulen spm thun lpas. saya berminat dlm bidang akauntan tp sya x ambil sbjek akaun dlm spm thun lepas?? mohon penjelasan dr pihak cik?? tq :)

Reply

SITI AM February 11, 2013 at 9:55 pm

saya ada sijil ACCA.
lulusan luar negara.knp sukar utk sy dptkn krje setelah berpuluh2 resume sy hntar padahal sy adalah pljr yg mmpunyai pointer 3.5 keatas.hrp dpt pnerngn.

Reply

ain amira (NAAR) February 1, 2013 at 10:27 pm

salam. saya nak tanya. saya nie student dip. in accountancy. prancang saya, saya nak sambung degree in accountancy. tapi saya keliru. in degree ada mcm2 type of subjek kata kawan2 saya tp saya tak tahu. tolong jelaskan boleh ?

Reply

faizzuddin arif February 1, 2013 at 11:11 am

bagaimana saya hendak mengambil sijil LCCI ?

Reply

syirasyaa January 19, 2013 at 9:34 pm

Salam, sy pelajar lepasan SPM 2012 dan pelajar sains tulen. sy ingin melanjutkan pelajaran dlm bidan akaunting dan sy ingin tahu ada berapa jenis akaunting yg sy bleh apply ?

Reply

zana October 2, 2012 at 1:01 pm

salam …

saya student dari perbankan islam (diploma)..
saya perlukan bantuan admin …

1) apa skop kerjaya saya dalam bidang perbankan islam ..??? selain ditempatkan di bahagian kewangan …
bolehkah saya ke bahagian marketing ..
or lain2 department ..???

2) saya ada sijil LCCI … urm … sijil ini untuk apa ye sebenarnya ..??? saya keliru .. kerana ramai yang tak tahu tentang LCCI ini …

3) payroll dan seangkatannya .. perlukah diambil untuk student perbankan islam ..??? apa kegunaannya ..???

terima kasih:)

Reply

Anisa Zakaria September 12, 2012 at 3:53 pm

-salam,saya bakal menduduki spm thn ni,nak tanya,saya dari aliran sains tulen,jika saya ambil STPM aliran perakaunan,perlukah saya mengambil diploma/sarjana muda?
-ada pendapat beritahu saya,stpm merugikan masa & wang kerana lepas spm kita boleh terus ambil diploma
-adakah kita boleh skip terus diploma dgn kelayakan STPM
-berapakah pembiayaan yang harus dinyatakan?
-apakah kelayakan untuk kita memohon pekerjaan cthnya:bank,syrkt dll
minta bantuan anda…terima kasih
wassalam

Reply

fiziesss October 17, 2012 at 10:23 pm

Salam
- perlu ambil STPM untuk ke ijazah.
- ia, jika lepas SPM boleh terus ambil diploma, tetapi ia tidak merugikan kerana memberi peluang kepada kita lebih lagi apabila boleh terus mohon IJazah selepas STPM nanti.
- Skip diploma? jika memohon diploma pastinya perlu menghabiskan diploma tu. Tetapi jika lepas STPM terus ambil Ijazah dah tentu tidak perlu lalui diploma.
- Pembiayaan? kalau pembayaran ni kebiasaanya bergantung pada kursus.. purata dalam 30 ribu tapi ada yang sampai 50 ribu bagi kursus bidang kesihatan dan sains.
- untuk kelayakan tu pastinya lebih baik jika mempunyai Ijazah sarjana muda yang baik,

Reply

ain September 4, 2012 at 8:31 pm

salam nak tanya, saya pelajar form 4. saya skrang ni nk jadi akauntan and xsure subjek mna yg patut diambil. skrang ni sy sudah pun ambil prinsip perakaunan. ekonomi asas and perdagangan diperlukan ke? and subjek bio, phy, chem mcam mna pulak?

Reply

Amir Syafiq July 21, 2012 at 4:14 pm

Salam. Saya pelajar asasi ekonomi dan sains pengurusan di UIAM. Saya berminat utk menyampung pengajian dlm bidang perakaunan di peringkai ijazah. Setahu saya, untuk menjadi akauntan perlu mempunyai kelayakan professional spt ACCA, CIMA, dsb..dan saya perlu mngambil exam utk mdpt kelayakan. soalan saya, berapa tahunkah saya perlu belajar utk mndapat kelayakan professional itu? adakah sesudah mndpt degree di UIAM ini, saya boleh terus menduduki ujian tersebut? atau saya perlu menghadiri kelas? jika ya, berapakah tempohnya? Terima Kasih.

Reply

jidah May 30, 2012 at 9:09 pm

skrg ni sy meneruskn pgjian dlm ting 6,klau kputusn muet sy cemerlang bleh x sy mjdi akauntan walaupun bi sy smasa spm x krdit??sy perlukn jawpnnya..please..

Reply

QStaff1 June 17, 2012 at 3:17 pm

Kebanyakan ia akan lihat SPM dulu, kami tak pasti..tapi kebanyakan akan dilihat BI SPM

Reply

yuneee... May 30, 2012 at 6:22 pm

i’m interesting to take accountancy as my major course after my spm. bt what are the main purpose to be an accountant, act? i dont get it clear act.

Reply

CHE KU NOR ILLIYANA BINTI CHE KU ISMAIL May 13, 2012 at 9:01 pm

sy nk tnya….kalau amik diploma pengurusan bank,boleh x sambung ijazah ke bigang perakaunan?

Reply

QStaff2 May 23, 2012 at 10:29 am

Rasanya tidak boleh..perakaunan ini mempunyai klasifikasi lain untuk mendapatkannya.

Reply

SSS August 7, 2012 at 9:49 am

Boleh… sape Cakap Tak Boleh???

Reply

QStaff1 September 12, 2012 at 8:22 am

ia, mungkin boleh.. terima kasih kerana membantu rakan kami..

Reply

Laila May 7, 2012 at 7:34 pm

Nak Tanya, saya masuk dalam jurusan akaun di ting. 4 namun saya tidak mengambil m/p addmath. Perlukah addmath dalam proses untuk menjadi seorang akauntan?

Reply

QStaff1 May 18, 2012 at 9:18 pm

Perlu addmath…tapi kalau diploma perkaunan rasanya boleh..

Reply

Nadira May 3, 2012 at 2:59 pm

BM A
BI B
SC A
SEJ A
MATH B
GEO A
PI A
EKO B…..
ne result spm sy.., rasa2 ny sy layak ka mengikut pengajian akauntan ni…?? utk menjadi akauntan ni perlu mengambil subjek fizik dn addmath ka?? plz answer me ASAP..TQ.. ^^

Reply

khuzairi July 10, 2012 at 3:28 pm

salam. saya kelulusan diploma akauntansi di politeknik kuching sarawak. saya rasa result awak better awak bik matrikulasi bidang akaun. peluang awak cerah untuk dpt jadi akauntan p proses jdi akauntan pnjang sbb mesti test ACCA dulu.

Reply

awin April 25, 2012 at 2:28 pm

SALAM..saya nak tanye,,sy bercadang nak amek dip perakaunan di sebuah kolej swasta di anggarkan dalam mase 2 1/2 tahun..sya tidak mempunyai basic dalam akaun dan tak pernah ambil di sekolah,,math semasa spm dapat 5c shj…patut tak sye meneruskan niat sy tuk koz ini.. sb sy risau sekiranya sya xleh bawak..sb sy x dapat memohon pinjaman..sy kene betul2 berusaha kalau xnk rugi..ape pendapat awk?

Reply

fiziesss May 10, 2012 at 8:41 pm

Salam..seikhlasnya..fikirkan dengan baik..asas juga penting untuk belajar sesuatu kursus tu..

Reply

khuzairi July 10, 2012 at 3:32 pm

salam. tak da basic bukan masalah nya. dulu saya pun xda basic. sekolah menengah saya fully sains. p now i’m accountant assistant. asalkan kita rajin belajar. saya ambil bidang akaun di politeknik kuching sarawak.

Reply

Loney April 25, 2012 at 8:35 am
Loney April 9, 2012 at 11:15 pm

Salam. Saya ada nak tanya nie. Saya berminat untuk menjadi seorang akauntan.Manakah tempat pengajian yang lebih baik?
1.Masuk matrikulasi dalam jurusan perakuanan dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang akaun.

ATAU

2.Masuk ke kolej swasta seperti Kinabalu Commercial College/Sunway College dalam bidang akaun?.

Nak tanya lagi .Apakah kelebihan sekiranya saya memiliki sijil LCCI?.
Please reply . Betul2 buntu sekarang ne. Terima kasih kerana sudi membaca. Saling membantu amalan rakyat Malaysia . God bless.

Reply

QStaff1 April 27, 2012 at 8:38 pm

Salam, kalau ikut cara yang paling popular ialah melalui matrikulasi..pilihan 1 lebih baik.. pilihan 2 juga ok..tapi ikut kesesuaian ekonomi loney.

Reply

amin March 19, 2012 at 10:45 pm

AKAUNTAN NI KENA PRO DALAM BAHASA INGGERIS TAK ?
ADAKAH IA BEKERJA SEHINGGA LEWAT PETANG ?
GAJINYA BERAPA ?

Reply

QStaff1 March 21, 2012 at 8:20 pm

Akauntan perlu hebat berbahasa inggeris.. kerja mengikut job yg dapat.. gajinya boleh rujuk di laman web SPA

Reply

bunga senyum February 29, 2012 at 2:36 pm

apakah isu semasa perakaunan dalam bidang pendidikan?

Reply

zakiah zulkiflee @ shamshul bahari January 8, 2012 at 8:12 pm

to be an accauntant kita kena amik physics ka?

Reply

fiziesss January 9, 2012 at 1:21 pm

ummm..susah nak cakap..tapi kebiasaanya fizik ni dia pakej sekali dengan subjek akauntan semasa di sekolah menengah..tapi kalau tak de pun tak pe rasanya..

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: