Kesilapan Semasa di Temuduga

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kesilapan Semasa di Temuduga 1
Tips Temuduga

Temuduga merupakan salah satu penilaian untuk melayakkan seseorang diterima kerja mahupun program dimohon di IPTA atau pengajian lanjutan lain. Menghadiri temuduga sebenarnya bukan senag kerana ia menduga segala ilmu, pengetahuan serta personality seseorang. Kadangkala sekiranya dalam keadaan gemuruh atau diduga banyak personaliti sebenar calon akan terbongkar oleh penemuduga yang berpengalaman. Oleh demikian, dibawah disediakan kesilapan-kesilapan personaliti biasa terjadi ketika ditemuduga yang perlu dielakkan.

Suara perlu dijaga

Kalau boleh, semasa temuduga tidak perlulah bercakap seperti bercakap dengan isteri atau teman wanita/lelaki. Tidak perlulah bercakap terlalu lembut, manja, dan perlahan. Ada sesetengah calon pula bercakap dengan penuh yakin dan kuat semasa temuduga. Perbuatan suara terlalu kuat juga menunjukkan diri terlalu bongkak dan tidak sopan. Oleh demikian, bercakaplah dengan sederhana yag penting ia jelas dan berkeyakinan.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Melakukan perbuatan yang menganggu tumpuan

Ada sesetengah calon tidak perasan dengan tangannya asik sibuk dengan memintal rambut, memegang mulut, muka, menggeliat, menggelengkan kepala. Selain itu ada juga yang gemar bermain dengan pen, ia menunjukkan calon tidak berkeyakinan dan bermasalah dengan fokus sebenar.

Memotong percakapan penemuduga

Ada juga calon cuba menunjukkan diri hebat dan tidak sopan dengan memotong percakapan penemuduga, Sebaiknya dengarlah sebaiknya nasihat, soalan penemuduga. Hal ini kerana kita adalah diuji dan bukannya kita menguji.

Menggunakan singkatan yang menampakkan anda malas

Menggunakan perkataan “ A’ah” atau mengangguk-angguk kepala serta semaksud dengannya menunjukkan anda tidak bersungguh-sungguh. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi penilaian.

Menyebut nama panel temuduga tana gelaran sewajarnya

Setiap penemuduga mempunyai gelaran tersendiri, gelaran sekurang-kuranya “encik “ bolehlah digunakan. Tapi sebainya gunakan lah seperti Tuan/Puan lebih mesra. Janganlah menganggap penemuduga sebagai adik atau kawan sendiri dengan memanggil namanya. Ia menampakkan personaliti yang kurang sopan.

Elakkan penggunaan slang

Walau dimana anda berasal, tidak kira timur barat ataupu utara selatan, tidak perlulah menggunakan slang masing-masing ketika ditemuduga walaupun penemuduga sekampung atau sebelah rumah anda. Dibimbangi penemuduga atau penemuduga lain tidak faham dan menampakkan anda kurang terbuka dari segi komunikasi diluar lingkup anda sendiri.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Mata yang terbeliak ketika bercakap

Memanglah anda nak tunjukkan kesungguhan untuk diterima permohonan. Tapi tak perlulah menunjukkan kesungguhan dengan terbeliakkan mata ketika menjawab atau berkomunikasi dengan penemuduga.. Walaupun jarang-jarang anda menunjukkan perlakuan terbeliak, perbuatan itu sedikit sebanyak membuatkan penemuduga tidak selesa dan mungkin juga menjadi mimpi ngeri penemuduga apabila tidurnya nanti.

Menggoyakkan kaki dan bersilang kaki

Kebiasaanya calon akan berasa gemuruh, maka secara tidak sedar kaki boleh bergoyang dan menyilangkan kaki. Ada yang terlalu gemuruh sampai menimbulkan gegaran 9.5 skala rechter kepada tempat kejadian temuduga. Ini membuatkan penemuduga tidak selesa dan menampakkan anda tidak yakin dan masih belum cukup matang dalam dunia pekerjaan atau pendidikan. Cubalah belajar untuk membuat latihan temuduga dirumah supaya rakan anda boleh membantu mengawal gegaran anda itu.

Mengunyah gula-gula atau gula-gula getah

Walaupun anda lapar atau gementar, tolonglah jangan makan semasa ditemuduga. Walaupun anda tidak makan nasi lemak ketika ditemuduga, memakan benda kecil seperti gula-gula pun menampakkan kekurangan adab ketika ditemuduga.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang perlu di ambil berat oleh calon, apapun tindakan yang dibuat fikirkanlah tentang adab sopan dan kajilah perkara penting untuk opsyen atau bidang yang ingin dimohon.

Panduan Teknik Menjawab Temuduga ( Maklumat Lanjut )

4 thoughts on “Kesilapan Semasa di Temuduga

  1. Salam bang.. td sy iv sy scra x sgja n sdar yg sy tlah mmberi gelaran kpd panel sy dgn glaran ‘akk’.. adkh tndkn ni mmbuatkn prmhonan sy di tolak?

    1. Salam, penggunaan akk ni sebenarnya bergantung pada temuduga tu..kdg2 kalau temuduga untuk kerja tidak formal tidak kisah, tapi kalau untuk institusi besar memang tidak berapa sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *