Kursus Pengajian di Giat MARA Adalah Berharga

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mungkin ramai yang tahu jika disebut berkaitan Giat MARA ni. Namun demikian Kursus Pengajian Giat MARA bukanlah sesuatu yang boleh dilihat sebelah mata. Melihat kepada senarai kursus dan latihan yang ditawarkan giatmara, ianya sangat berbaloi dan berharga. Mungkin ada cerita negatif disebalik pengajian giatmara ini, namun bagi kami pengajian di Giatmara ini adalah satu peluang yang positif kerana bukan senang untuk medapat ilmu kemahiran lebih-lebih lagi jika ianya dibuat secara professional dan pengiktirafan.

Untuk bersaing dalam ekonomi yang serba mencabar kini, ramai orang berlumba mengejar untuk mendapat pekerjaan. Perlumbaan ini menyebabkan banyak peluang pekerjaan popular telahpun direbut oleh kebanyakan orang. Kebanyakan akan merebut peluang untuk bekerja kerajaan ataupun  “ makan gaji “. Bidang perniagaan juga ramai yang ceburi termasuk menjual barangan dan ianya menjadi sangat sengit untuk mencari pendapatan. Namun demikian, bidang pembuatan dan perkhidmatan masih lagi boleh dicuba untuk menjana pendapatan. Hal ini kerana tren kini orang hanya ingin berniaga tetapi tidak tahu barangan apa yang ingin dijualkan atau harga lebih murah.

Bagi mereka yang celik dan kreatif, mungkin patut berfikir untuk menjadi golongan orang yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan sendiri. Bagaimana untuk membuat produk dan perkhidmatan sendiri? Inilah penting untuk anda ketahui, betapa pentingnya kemahiran. Hanya kemahiran seseorang sahaja yang mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan sendiri. Ramai mereka diluar sana yang mengambil untung dari kemahiran yang mereka ada.

Info Tambahan :  Jual Template Online 2023: Boleh Mengkayakan Ke?

Untuk kali ini kami tertarik untuk menunjukkan kursus dalam Giatmara yang sebenarnya sentiasa ada didepan mata anda dan ianya sangat murah kosnya dan berbaloi. Kebanyakan kursusnya tidaklah terlalu lama hanya beberapa bulan sahaja. Mungkin anda pernah mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan, mungkin ada yang telah berjaya dan mungkin ada yang telah gagal. Bagi yang gagal mendapat sebarang pendapatan seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak berupaya menguruskan kewangan dan kemahiran yang sedia ada serta tidak belajar dengan penuh minat sebelum ini.

Kursus di Giatmara

Kluster Computer & Networking Technology

  • Computer System And Networking
  • Teknologi Sistem Komputer

Kluster Creative Media And Printing

  • 3D Animation Production
  • Desktop Publishing Artist
  • Graphic Design And Advertising
  • Multimedia Design And Production
  • Teknologi Animasi
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Percetakan
  • Videography And Visual Effect

Kluster Elektrikal

  • Pendawai Elektrik (EIU 2nd Grade)
  • Pendawai Elektrik (PW1)
  • Pendawai Elektrik (PW2)
  • Pendawai Elektrik (PW4 – 12 Bulan)
  • Pendawai Elektrik (PW4 – 24 Bulan)
  • Penjaga Jentera Elektrik
  • Penjaga Jentera Elektrik
  • Penjaga Jentera Elektrik

Kluster Elektronik/Mekatronik

  • Elektronik Industri
  • Mekatronik
  • Teknologi Elektronik Audio Visual
Info Tambahan :  Tingkatan Enam 2023: Permohonan Kemasukan dan Semakan Tawaran 2023

Kluster Fabrik

  • Fashion And Dressmaking
  • Hiasan Dalaman
  • Mascot Costume**
  • Men’s Jacket Apparel**
  • Pattern Cutting And Garment Production
  • Seni Sulaman Kreatif
  • Seni Sulaman Kreatif (Sulaman Mesin)**
  • Seni Sulaman Kreatif (Sulaman Tangan)**
  • Seni Sulaman Berkomputer**

Kluster Hairdressing And Cosmetology

  • Seni Reka Gaya Rambut
  • Solekan Dan Gaya Rambut
  • Solekan Dan Terapi Kecantikan

Kluster Hospitaliti

  • Early Childhood Education And Training
  • Holistic And Wellness Spa

Kluster Kulinari

  • Beverages**
  • Confectionary And Bakery
  • Masakan Dan Pramusaji

Kluster Mekanikal

  • Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam
  • Teknologi Kimpalan Lanjutan
  • Teknologi Kimpalan Lanjutan GTAW
  • Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara
  • Tool And Die Technology (Tahap 1)
  • Tool And Die Technology (Tahap 2)
  • Tool And Die Technology (Tahap 3)

Kluster Pembuatan

  • Boat Building And Repair
  • Fibreglass And Composite Technology
  • Teknologi Perabut Dan Rekaan Dalaman

Kluster Pengangkutan

  • Juruteknik Servis Tayar
  • Motorsikal Berkuasa Tinggi
  • Pemanduan Kenderaan Perdagangan
  • Pemasangan Gas Asli Kenderaan
  • Penyelenggaraan Enjin Marin
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Automotif Lanjutan
  • Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan
  • Teknologi Motosikal

Kluster Senibina

  • Building Maintenance
  • Industrial Maintenance
  • Seni Landskap Dan Taman

Jika anda teliti senarai Kursus yang ditawarkan adakah anda dapat bayangkan betapa cerahnya masa depan anda sekiranya anda pandai merancang dan berusaha. Mungkin sedikit ilmu berkaitan pemasaran anda perlukan untuk menjadikan anda berjaya dalam bidang kemahiran anda.

One thought on “Kursus Pengajian di Giat MARA Adalah Berharga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *