Lepasan STPM Ulangan dan Kemaskini Keputusan STPM Permohonan UPU

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
graduation_cap
Kemaskini

Untuk memohon UPU, keputusan terkini peperiksaan amatlah penting. Bagi yang mohon UPU awal tahun ini, pastinya ada diminta mengisi keputusan STPM. Namun demikian, ada masalah dan kekeliruan bagi yang mengulang STPM penggal 3. Kekeliruan berlaku kerana kebanyakan calon tertanya bila keputusan terkini ulangan penggal 3 mereka boleh di kemaskini di UPU. Kami ada menerima pertanyaan berkaitan ini :

Cikgu, saya  lepasan STPM 2014 ,  saya baru dapat keputusan mengulang iaitu  kputusan keseluruhan saya . . adakah sy boleh utk mngemaskini balik perbaiki  permohonan UPU sy ?

Untuk pengetahuan, keputusan ulangan atau keputusan akhir diambilkira dan calon boleh kemaskini apabila dibuka kembali nanti. Bagi lepasan STPM 2014 yang mengulang  penggal ke-3 akan ada kemaskini FASA 2 pada tarikh 1 hingga 6 Mei 2015 ini. Apabila dibuka nanti bolehlah anda memperbaiki keputusan STPM berdasarkan keputusan terbaru mengulang tadi.

Info Tambahan :  7 Peluang Kerjaya di Bidang Teknologi 2023

Walaubagaimanapun, calon mestilah telah membuat permohonan awal sebelum ini dan bukannya permohonan baru.

Membuat keputusan mengulang juga satu inisiatif baik sekiranya masih belum betul-betul berpuas hati  atau ingin memperbaiki  keputusan yag diterima sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *