Maksud SOCSO Serta Faedah Kepada Pekerja

0
1767

Mungkin ramai yang masih tidak mengambil peduli dengan kepentingan socso.  Anda perlu tahu maksud SOCSO serta faedah jika anda dibawahnya.

Maksud SOCSO

SOCSO merupakan singkatan kepada Social Security Organization dalam bahasa inggerisnya adalah pertubuhan yang ditubuh untuk melaksanakan dan mentadbir skim-skim keselamatan social di bawah akta keselamatan social pekerja.  Perkerja mendapat perlindungan berkaitan bencana pekerjaan seperti kemalangan sewaktu menjalankan tugas kerja, penyakit khidmat dan juga kematian.

Maksud SOCSO
Maksud SOCSO

Faedah SOCSO Kepada Pekerja

Terdapat 2 faedah dalam skim ini iaitu skim bencana pekerjaan dan skim keilatan.

Kebaikan skim bencana pekerjaan

Skim ini memberikan perlindungan kepada semua pekerja jika mengalami kecederaan ataupun kemalangan semasa bekerja.

  • Faedah hilang upaya sementara / kekal
  • Elaun layanan sentiasa
  • Program return to work
  • Faedah pengiurusan mayat
  • Faedah pendidikan
  • Faedah perubatan
  • Faedah orang tanggungan
Baca Juga :  3 Cara Jadi Juruterbang Lepasan SPM/ STPM setaraf

Kebaikan skim keilatan

Skim ini memberikan perlindungan kepada pekrja yang hilang upaya mahupun meninggal dunia ataupun sebarang sebab yang tiada kaitan dengan pekerjaan mereka.

  • Pencen ilat
  • Bantuan ilat
  • Pencen penakat

Terdapat beberapa fungsi di dalam socso. Antaranya adalah :

  • Mendaftarkan majikan dan pekrja
  • Memproses tuntutan dan bayaran faedah kepada pekerja yang ditimpa kemalangan dan di bawah tanggunggannya.
  • Memberikan pemulihan jasmani dan vokasional
  • Memupuk kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan.

Untuk pengetahuan anda, sumbangan socso adalah wajib kepada pekerja Malaysia yang berpendapatan bawah  RM3,000. Jumlah sumbangan socso ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

  1. Skim bencana pekerjaan
  • Pekerja yang belum mencapai umur 60 tahu perlu  dicarumkan di bawah kategori ini
  • Sumbangan dalam kategori ini adalah hanya mengambil sebanyak 0.5 peratus syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja. Jika mempunyai angka yang lebih tinggi perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan.
  1. Skim bencana pekerjaan sahaja
  • Perkerja yang berumur 60 tahun keatas.
  • Orang berinsurans yang masih bekerja dan mendapat pencen ilat  juga mendapat kurang 1/3 daripada gaji bulanan purata sebelum menghidapi keilatan.
  • Syer majikan adalah sebanyak 1.2 peratus  daripada gaji bulanan.
Baca Juga :  5 Kelebihan Tingkatan 6 Aliran Sains

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :