Masalah kecelaruan personaliti narsistik

Salam persahabatan kepada semua pelawat ataupun ahli xpresi. Kali ini kita akan bincangkan sedikit tentang penyakit yang selalu juga kita jumpa sejak akhir ini. Dalam arus moden dan dunia yang penuh cabaran ini, ada kalanya sebagai insan yang mahukan keselesaan dan kegembiraan dalam hidup akan cuba mengejar kejayaan.

Walaubagaimanapun usaha yg kita lakukan hendaklah sentiasa dalam kawalan kita, kawalan minda kita. Jaganlah sesekali kita menjadikan diri kita terlalu taksub dengan apa sahaja hal yang mana matlamat itu adalah sangat mustahil kita capai. Semasa kita menjadi pelajar, disekolah atau di universiti kerap kali kita lihat pelajar yang asik belajar. Dalam pembelajaran itu pasti pelajar itu akan menetapkan kejayaan yang akan dicapai. Perlu diingatkan, seperti artikel minggu lepas sebenarnya kejayaan itu juga bersifat subjektif. Dimana tahap yg kita capai tidak tentu memberi kepuasan kepada kita melainkan mereka yang sentiasa bersyukur.

Baca Juga :  Kanak-kanak Berusia 7 Tahun Disahkan Gila Kerana Belajar

Sikap memburu kejayaan yang keterlaluan sehinggakan mampu mengubah personaliti seseorang adalah amat dibimbangi. Keterlaluan yang digambarkan termasuk tidak pandai bergaul, selalu mempergunakan orang lain dan selalu marah2..

Menarik :

Begitu juga bidang pekerjaan, kerap kali juga kita lihat mereka yang ” gila kuasa ” yang suka mengejar pangkat yang keterlaluan sehinggakan tanpa disedari mengubah personalitinya. Sebagai contoh, seorang pekerja yang sentiasa berusaha mencari kuasa samaada lantikan ataupun autoriti di tempat kerja. Adakalanya pekerja inni akan memperguna orang lain, menindas orang bawahan, membuat teguran tidak bertempat, cemburu, iri hati semata-mata inginkan dirinya dipuji, menjadi perhatian ketua.Oleh kerana itu dia fikirkan dirinya akan cepat naik pangkat. Tetapi sekirannya matlamat yang diidamkan tidak tercapai pekerja ini akan berubah personaliti dengan lebih garang kerana tidak berpuashati kerana kuasa yang diidamkan tidak tercapai.

Baca Juga :  Cerita Budak Paling Bodoh Di Dunia

Pesakit ini sekirannya berlarutan dan terlalu kerap tergolong dalam ” personality disorder ” kategori kecelaruan personaliti narsistik. Pesakit ini adalah bersifat enggan menerima kegagalan sehingga membawakan diri dibawah kesedarannya. Pendek kata, adalah baik jika kita sedar keupayaan diri sendiri sentiasa bersederhana dan bermatlamat mengikut potensi yang ada dalam diri kita. Yang paling penting kita hendaklah sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang tuhan berikan. Sekirannya diri bersyukur maka walaupun sedikit… kita rasakan terlalu banyak untuk kita nikmati..Mengejar ilmu dan peningkatan kualiti hidup adalah tidak salah..ia adalah perlu demi menjadikan diri kita insan yang cemerlang..tetapi, dalam proses tersebut kita perlu tidak terlalu taksub hingga menganggu kesedaran kita. adalah lebih baik jika segala kerja dan perbuatan kita diselangi dengan perkara lain ataupun ilmu2 lain supaya ia mampu memberikan keseimbangan dalam pemikiran kita..

One thought on “Masalah kecelaruan personaliti narsistik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *