Memilih ke Asasi Walaupun Telah Mengesahkan ke Matrikulasi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Membuat pilihan
Membuat pilihan

Dalam membuat pilihan, ada kalanya kita akan keliru dan juga bimbang diri melanggar peraturan permohonan. Selalu kami menerima pertanyaan berkaitan memilih asasi dan matrikulasi. Kebanyakan pertanyaan berasa bimbang kerana telah mengesahkan matrikulasi tetapi ingin ke program Asasi di IPTA. Kejadian ini berlaku kerana keputusan matrikulasi lebih awal berbanding keputusan UPU yang dijangka minggu ke 2 bulan depan iaitu mei 2015 sedangkan keputusan matrikulasi telahpun keluar. Berikut adalah soalan yang ditanya melalui email kami :

Kalau saya dah dapat tawaran matrikulasi dan sudah pun terima, lepastu bila upu keluar, saya dapat tawaran asasi dan daftar asasi sedangkan saya dah terima matriks. Boleh ke macam tu?

Sebenarnya kerap berlaku begini, kebanyakan pelajar  tidak segera  mengesahkan ke matrikulasi sehingga tarikh tutup pengesahan. Itu hanya jika tarikh tutup pengesahan itu masih lagi dibuka semasa keputusan UPU/ asasi nanti. Sekiranya tarikh tutup pengesahan adalah sebelum keputusan UPU/ asasi, kebanyakan pelajar akan sahkan sahaja ke matrikulasi. Sekiranya keputusan UPU/ asasi keluar, ramai juga yang akan juga memilih untuk ke asasi walaupun telah sahkan ke matrikulasi. Ia dibolehkan, namun ada sesetengah pelajar yang membuat surat penolakan dan disertakan tawaran asasi. Sebenarnya anda yang tentukan kemana anda hendak pergi. Pihak matrikulasi akan membuat penyusunan semula dan membuat panggilan kedua bagi yang telah membuat rayuan.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Untuk pengetahuan, Asasi dan matrikulasi adalah pilihan yang baik dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kesemuanya adalah berdasarkan pilihan dan pertimbangan anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *