Mencuri demi susu anak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Amin  keluar membeli barangan bayi kesayangan nya. Ketika itu amin ingin mendapatkan susu bayi.

Puas amin berpusing mencari dimana letaknya bahagian susu bayi, akhirnya amin terpandang satu almari cermin besar berkunci, didalam almari tersebut tersusun rapi susu bayi. Agak sukar amin untuk membeli dan membuat penilaian kerana susu itu berkunci. Di depan cermin tertulis tekan loceng ini untuk bantuan. Apabila amin tekan butang tersebut maka datanglah penjaga bahagian itu 3 minit kemudian.

Ketika isteri amin sedang asik memilih barangan susu tersebut amin berkesempatan menemuramah si penjaga bahagian itu. “ adik, saya tengok barangan-barangan mahal lain yang berharga rm50 keatas tak juga diletak dalam almari berkunci. Kenapa susu bayi ini dikunci?” adik penjaga tempat itu menjawab “ sebenarnya kami kunci sebab untuk mencegah kecurian..selalu berlaku kecurian susu bayi ni “ amin berfikir, susu bayi pun nak dicuri?tergamaknya ibu bapa memberikan susu yang dicuri?bukan kah ia menjadi darah daging anaknya membesar..? amin bertanya lagi “ wah, pernah berlaku kecurian, bila tu?” “ Ada minggu lepas paling terdekat, seorang ayah kepada bayi berusia 2 bulan mencuri susu di tempat ini, sebenarnya saya kesian dengan dia tu sebab dia seorang yang miskin. Mengikut cerita dia dan hasil siasatan kami, orang yang mencuri itu sangat miskin, gaji sehari hanya rm200.  Isterinya tertekan kerana anak selalu sakit kerana kekurangan susu badan. Susu badan isterinya tidak banyak kerana kerap kali isterinya tidak cukup makan kerana kesempitan hidup.Oleh kerana itulah bapanya keluar mencari susu kepada anaknya “ mendengar penjelasan itu amin berfikir sejenak kerana hatinya tersentuh bahawa ada orang seperti itu sanggup mengambil risiko mencuri demi mendapatkan makanan untuk susuan anaknya dan betapa malangnya keluarga tersebut.

Amin terfikir bayi tersebut adalah insan yang tak bersalah juga tidak pernah minta untuk dilahirkan kepada keluarga tersebut. Amin juga berasa simpati dan cukup memahami perasaan ibunya yang tertekan kerana tidak mampu menyediakan susu badan kerana diri sendiri tidak cukup makan. Amin terfikir macam mana masa depan keluarga tersebut?macam mana nak bapa tersebut mengubah masa depan yang lebih baik kepada keluarganya? Amin menggelengkan kepala bila semua itu terkubur bila ditanya kembali kepada adik si penjual susu tadi bahawa bapanya hanya bersekolah sehingga tingkatan tiga sahaja…

Macam mana dengan kita? Sudahkah kita memperlengkapkan diri sebelum menghadapi kehidupan bekeluarga??? Kasihanilah mereka, jangan buat orang lain yang tidak bersalah merana kerana kesalahan diri kita sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *