Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 2

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pelaksanaan Program NILAM  yang berkesan perlu perancangan yang teliti dan mempunyai sasaran untuk dicapai. Dalam hal ini, pelaksanaan NILAM perlulah bersifat spesifik dan mempunyai petunjuk prestasi (KPI) yang boleh diukur. Sehubungan dengan itu, penubuhan Jawatankuasa NILAM peringkat sekolah yang diterajui oleh pengetua adalah perlu. Jawatankuasa ini perlu berbincang untuk;-

  1. Menetapkan objektif pelaksanaan Program NILAM peringkat sekolah.
  2. Menetapkan pencapaian sasaran.
  3. Membincangkan modus operandi pelaksanaan
  4. Mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat
  5. Mewujudkan pelan pemantauan.
  6. Membincangkan bentuk ganjaran
  7. Membuat penambahbaikan secara berterusan.

Kejayaan Program NILAM  sangat bergantung kepada kepimpinan sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam tulisan-tulisannya berkaitan kepimpinan sekolah, seorang pengetua mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi setiap individu di institusinya. Kepimpinan seorang pengetua mampu merubah  halatuju, membentuk iklim pembelajaran dan mempengaruhi tahap profesionalisme guru-guru  dalam pelaksanaan tugas serta pencapaian pelajar. Pengetua selaku pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam menggerak dan menjayakan program NILAM. Pemahaman yang mendalam dan disertai dengan misi yang terancang membolehkan beliau menyampaikan taklimat kepada guru dan ibu bapa, memastikan program NILAM berjalan  lancar melalui pemantauan, perjumpaan dengan guru dan temubual murid, menjadi pendorong dan penggerak kepada seluruh warga sekolah, mengenalpasti masalah dan membuat penambahbaikan serta merancang  latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru supaya pengajaran di sekolah menjurus kepada pembacaan aktif. Kepimpinan yang memandang serius pelaksanaan NILAM akan membolehkan seluruh warga sekolah ‘bergerak dalam rentak yang sama’

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Guru Perpustakaan Media (GPM) memainkan peranan penting sebagai suri teladan   terutama dalam  pelaksanaan proses P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif.  GPM perlu sentiasa mempromosi Program NILAM dalam apa jua bentuk dan perlu dikenali oleh warga sekolah sebagai penggerak utama NILAM selain pemimpin sekolah. Jadikan NILAM sebagai fokus utama dalam pelaksanaan tugas. Dalam hal ini, GPM perlu menggunakan pelbagai pendekatan kemanusiaan  (human approach) untuk mendekati dan menarik perhatian guru-guru dan para murid. Biarlah dikenali sebagai ‘cikgu NILAM’ atau ‘cikgu yang selalu suruh membaca’. Jadikan NILAM sebagai bahan yang ditutur di bibir. Bersikaplah sebagai guru yang banyak  membaca dan mungkin menjadi idola kepada kebanyakan murid. GPM juga perlu bersifat inovatif dan kreatif dalam pelaksanaan aktiviti. Rancanglah aktiviti berteraskan pembacaan dan literasi maklumat yang bersesuaian dengan budaya sekolah .

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 1

Sambungan : Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 3

One thought on “Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *