Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 4

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kolaborasi dengan panitia dan unit-unit lain di sekolah contohnya Unit Bimbingan dan Kaunseling dan kelab persatuan akan menjadikan Program NILAM sebagai akar tunjang kepada seluruh pergerakan aktiviti sekolah. Kekuatan ini membolehkan penetapan objektif NILAM sekolah yang ditetapkan akan lebih mudah tercapai. Senario ini juga mampu mengubah budaya kerja guru-guru ke arah lebih professional dan cemerlang. Pemuafakatan dan ikatan antara warga sekolah akan lebih erat terjalin.

Pelaksanaan NILAM secara menyeluruh juga akan mengubah senario sekolah. Para murid lebih terdorong senyap dan membaca. Dalam jangka panjang, budaya ini mampu memberi impak berkesan kepada pencapaian murid dalam akademik, suasana bising akan hilang, masalah disiplin akan berkurangan dan lahirlah ramai pemimpin-pemimpin kecil yang bertindak sebagai Rakan Pembaca. Kepimpinan yang digilap merupakan aset besar kepada sekolah dalam menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Laluan-laluan ilmu yang diusahakan oleh panitia-panitia mata pelajaran akan menukarkan panorama sekolah kepada suasana ceria dan bermaklumat. Paparan maklumat di persekitaran sekolah boleh digunakan oleh guru-guru dalam aktiviti pembelajaran dan kokurikulum. Pembelajaran aktif di luar bilik darjah senantiasa dinanti oleh para murid kerana lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan. Alangkah menariknya murid-murid berlari dan berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu !

Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 3

Sambungan : Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 5 ( Akhir ) 

2 thoughts on “Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *