Mohon Direct Debit PTPTN Percuma

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
PTPTN
PTPTN

Nama PTPTN memang tidak asing lagi, kini PTPTN menyediakan kemudahan bayaran Direct Debit secara percuma bagi memudahkan urusan bayaran peminjam. Direct Debit adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPNi yang mana peminjam / pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa mereka.

Cara Mohon Bayaran Direct Debit PTPTN

Layari Portal Rasmi PTPTN  (www.ptptn.gov.my)

Klik pada ikon Permohonan Direct Debit

Permohonan Direct Debit Pinjaman

–    Klik Mohon Direct Debit Pinjaman

–    Masukkan No Kad Pengenalan > Klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan.

Mohon Direct Debit PTPTN Percuma 1

Permohonan Direct Debit SSPNi

–      Klik Mohon Direct Debit Deposit SSPNi

–      Masukkan No Kad Pengenalan Pendeposit

–      Klik Semakan Penyata SSPNi

–      Masukkan No Kad Pengenalan Pendeposit

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

–      Masukkan Kata Laluan

Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu pada alamat emel yang dimasukkan.

Senarai bank yang menyediakan kemudahan Direct debit PTPTN

Bank Tempatan

  • Bank Islam
  • HSBC
  • CIMB Bank
  • OCBC Bank
  • CIMB Bank Islamic
  • OCBC Al – Amin
  • Bank Rakyat
  • Standard Chartered
  • Maybank
  • Standard Chartered Saadiq
  • Maybank Islamic Bank
  • Public Bank
  • Public Islamic Bank
  • RHB Bank
  • RHB Islamic Bank
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank

Bank Antarabangsa

  • HSBC
  • OCBC Bank
  • OCBC Al – Amin
  • Standard Chartered
  • Standard Chartered Saadiq

Direct Debit Adalah Percuma

Kemudahan Direct Debit adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya. Walau bagaimanapun, bayaran/ deposit pendaftaran dikenakan sebanyak RM1.00 pada setiap kali permohonan dibuat dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman/ simpanan PTPTN dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

Syarat-syarat permohonan Direct Debit adalah seperti berikut:

  1. Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang / Akaun Simpanan yang masih aktif.
  2. Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
  3. Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Direct Debit mestilah berstatus Aktif.
Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Kelebihan yang dinikmati peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman menggunakan Direct Debit

  1. Peminjam layak menikmati Diskaun 10% menerusi insentif Bajet 2017 bagi setiap potongan yang berjaya dilakukan.
  2. Peminjam boleh memastikan bayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten.
  3. Peminjam boleh mengelakkan hutang pinjaman menjadi tertunggak sekaligus mengelakkan tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman.
  4. Peminjam boleh mengelakkan rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) apabila tiada tunggakan pinjaman.
  5. Memastikan simpanan secara konsisten setiap bulan.

*Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut, anda dinasihatkan merujuk Laman Rasmi PTPTN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *