Panduan Memilih Kursus Sebelum Memohon (Lepasan SPM, STPM atau matrikulasi)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Panduan Memilih Kursus Sebelum Memohon

Panduan memilih kursus sebelum memohon untuk melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut :

SECARA UMUM:

  1. Kenali KELAYAKAN anda – anda perlu tahu tahap anda kelulusan anda sebelum memohon sesuatu agar anda tidak membazirkan masa memohon sesuatu yang pasti anda tidak akan dapat
  2. Kaji setiap SYARAT KELAYAKAN MINIMUM supaya anda tidak rugi memohon sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
  3. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Bisnes? Sastera? Sains? Teknikal? – amat penting agar anda tidak tersilap langkah demi masa depan anda jua. Kebanyakan pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang mereka ambil.
  4. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DENGAN DIRI ANDA – ramai yang tidak gemar berjauhan dengan keluarga dan ini boleh menyebabkan anda terganggu semasa belajar. Maka pilihlah tempat yang jauh atau dekat berdasarkan kemampuan anda menahan “homesick”.
  5. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan BINCANGKAN dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda – minta pendapat mereka.
  6. Jangan sesekali ambil kursus yang anda TIDAK MINAT LANGSUNG kerana akan melemahkan semangat untuk belajar.
  7. KENALI KEMAMPUAN anda – jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan tetapi pastikan anda juga mencurahkan usaha yang 100%.
  8. Setelah mendapat keputusan tetapi masih keliru dan dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH – semoga ALLAH membantu anda.
Info Tambahan :  E-Sukan dan Hiburan: Kursus dan Peluang Perniagaan 2023

FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:

– Pencapaian akademik  pelajar

– Cita-cita (kerjaya)

– Minat dan keinginan sendiri

– Kehendak ibu bapa

– Pengaruh rakan sebaya

– Lokasi IPT dan pilihan program pengajian

Faktor pemilihan kursus boleh bergantung kepada semua yang di atas atau hanya 1 atau 2 sahaja yang berkaitan. Namun, harus diingat tiada siapa mempu memuaskan hati semua pihak. Perbincangan yang baik perlu terutamanya di kalangan ibu bapa yang  bertentangan kehendak dengan anak-anak. Tolak ansur dan muafakat amatlah perlu agar tiada pihak yang akan menyesal di kemudian hari.

STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  1. Tentukan aliran anda;
  2. Pastikan syarat minimum kursus tersebut mencukupi;
  3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan – letakkan pilihan pertama di atas sekali
  4. Pilihan program pengajian diperluaskan – jangan terlalu berharap kepada satu pilihan
  5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan
PANDUAN MEMILIH IPTS (Insitut Pengajian Tinggi Swasta):
  1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  2. Kemudahan fizikal
  3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  5. Bantuan kewangan – cuba dapatkan bantuan kewangan dari dana-dana negeri mahupun syarikat atau pertubuhan tertentu.
  6. Tanya rakan-rakan yang pernah belajar di situ.
  7. Kemudahan penginapan – pastikan selesa untuk dijadikan tempat tinggal anda buat jangka masa yang lama walaupun tidak mewah.
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Panduan Memilih Kursus Sebelum Memohon (Lepasan SPM, STPM atau matrikulasi) 1

Diolah oleh: niaron

19 thoughts on “Panduan Memilih Kursus Sebelum Memohon (Lepasan SPM, STPM atau matrikulasi)

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya skit.. saya baru lps habis spm, saya budak aliran sains tp saya tak minat dgn sains. Klu saya mohon dkt upu saya amek bidang sastera sprti sains kemanusiaan, saya boleh diterima ke?

  2. Assalamualaikum,

    Saya sebenarnya berminat dalam bidang farmasi and thinking of nak amik asasi. But, asasi yang ditawarkan sikit je. And kalau nak ceburi bidang farmasi, saya mesti ambil asasi sains tapi Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan UA tak benarkan saya ambil pilihan sama. And saya terpaksa selitkan yang diplomma. Apa patut saya buat? Perlu ke saya pilih asasi, tapi asasi bidang lain? Harap dibantu. Terima kasih. 🙂

  3. Askum…ustaz boleh tanya…saya adalah lepasan diploa dari ipts…saya mengambil diploma pengurusan pelancongan…cgpa saya cuma 2.82….saya ingi menukar kursus kepada ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan….ada harapan ke saya nak dapat tempat ke ipta…..?sebab pointer rendah….matematik cuma lulus sahaja…subjek lain ok…..lagi satu mendapat tempat di universiti terkemuka seperti upm…usm tu susah ke…?…saya risau kalau2 salah pilih universiti…..takut percaturan x betul…

    1. wslam.. ia pointer agak rendah, tapi bergantung juga dengan UA yg kita pilih.. atas rezeki juga, sebab kebiasaanya mudah dapat jika ada kekosongan tempat pengajian tu..tapi kalau UA yang jadi rebutan ramai dah tentu ia akan utamakan pointer lebih tinggi.. kne pandai buat sedikit tinjauan di meddia massa dan internet. Cuba juga mohon di UA yang najihah rasa xramai org pilih..

  4. Salam , saya bakal menghadapi stpm tahun ini. Sewaktu SPM saya telah mengambil 5 subjek teras dan 3 subjek pilihan iaitu perdagangan , rekacipta dan seni visual. Saya mendapat keputusan yang baik dalam SPM iaitu 5A 3B 1C. Saya mempunyai keputusan yang cemerlang dalam subjek sains dan sejarah. manakala subjek english saya juga mendapat keputusan yang agak baik iaitu B+. Saya teruskan belajar ke peringkat stpm dengan mengambil subjek sejarah, syariah , pengajian am dan bahasa melayu. dan mempunyai kelulusan muet. Boleh bagi cadangan untuk pemilihan bidang di peringkat ijazah sarjana muda di universiti?

    1. Salam, bergantung pada keputusan STPM nanti.. dari subjek STPM nampaknya saudari sesuai untuk ke fakulti Bahasa, kemanusiaan,undang-undang dan beberapa lagi.. boleh semak ijazah dan pilih ijazah yg diminati di fakulti yg dinayatakan..

  5. assalammualaikum…
    sama ke bidang politik dgn sains politik
    dan klau sy nak ambil bidg sains politik where university is the best?

    1. Waalaikumussalam.. sains politik akan belajar berkaiatan politik dan model2 politik termasuk sejarah dan strategi serta isu semasa. Politik yang belajar di IPT bukanlah politik parti, ia lebih pada ilmu politik dan kepimpinan. Kalau nak tanya pasal IPT yang terbaik saya xbleh jawab.. cubalah lihat sejarah universiti tersebut dan pencapaiannya..

  6. saya betul betul minat dalam bidang kefarmasian . dekat sek men saya dapat aliran sains tulen tapi kelas saya dibahagii kkn kepada due, pelajar yang ambil bio akan tambah pakej subjek sainsukan dan pelajar yang ambil fizik akan tambah pakej subjek rea cipta . dan bile saye n mohon diploma kefarmasian semue mintak result trial spm yang ade fizik . so saya tak tau saye dapat tak farmasi . harap dapat beri penyelesaian 🙂

  7. salam, saya lepasan smt, saya minat nak sambung apa yg saya belajar kat smt tu, kejuruteraan mekanikal. apa coarse yg nk ambil eh kat universiti? kelirulah

  8. saya minat math, tapi masa form 4 saya ambil kos bio. masa nak pilih kerjaya saya konfius.boleh tolong tak?

  9. Salam nak tanya, saya minat farmasi. Tetapi saya buntu sama ada mahu mengambil subjek fizik atau sains komputer kerana saya ditawarkan untuk belajar di matrikulasi. Memandangkan saya minat dalam biologi dan kimia, adakah saya patut untuk mengambil subjek fizik itu juga?

  10. Assalamualaikum.

    Saya ada pertanyaan untuk anak saya.

    1/ Kejuruteraan mana yang lebih banyak menawarkan bidang pekerjaan? kejuruteraan elektrik atau mekanikal?

    2/ pemilihan UPU mengikut kursus/diploma atau mengikut instusi pengajian?

  11. saya minat dengan subjek matematik. saya juga agak cemerlang dengan subjek kimia. jadi kursus apa yang sesuai saya pilih? tolong lah…saya sangat keliru.

    1. anda minat matematik cemerlang dalam kimia…. anda rasa apa yang mampu membahagiakan anda?

      1) anda mungkin gembira bila mengambil sesuatu yang berkaitan kimia seperti farmasi, chemist kerana anda pasti dapat melakukannya dengan cemerlang
      2) anda mungkin gembira bila mengambil sesuatu yang berkaitan math seperti akaun, bisnes atau lain2 kerana itu minat anda (cemerlang atau tidak mungkin jatuh no 2 dalam situasi ini)

      maka pilihan di tangan anda.. pandang masa depan anda 10 tahun akan datang, semasa di alam pekerjaan. apa yang anda bayangkan sebagai pekerjaan anda dan anda gembira dengannya itulah pilihan anda… 🙂

      1. salam adreen affendy

        ada 2 bidang yg saya cadangkan:
        (1) kejuruteraan kimia (chemical engineering)
        (2) kimia industri (industrial chemistry)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *