Panduan Memohon guru Cemerlang

0
4

Semua guru ingin menjadi seorang guru cemerlang yang berjaya. Namun, berapa ramaikah yang mampu mengikuti segala panduan untuk memegang ‘title’ sebagai seorang guru cemerlang meskipun telah berkhidmat sekian lama.

Berikut merupakan panduan yang boleh anda ikuti ke arah seorang guru cemerlang. Semoga bermanfaat.

Fahami Jawatan Guru Cemerlang

Konteks cemerlang itu sendiri perlu anada fahami dengan sebaik mungkin. Masih ramai guru-gury yang beranggapan bahawa menjadi seorang guru cemerlang itu adalah mampu memegang jawatan penting dalam pentadbiran sekolah sepertu HEM mahupun guru besar serta pengetua.

Ternyata, anda silap dan tanggapan anda sendiri. Guru cemerlang itu dinilai berdasarkan cemerlangnya anda sebagai seorang guru dalam mata pelajaran yang diajar dalam meningkatkan potensi kecemerlangan dan pencapaian pelajar dan pihak sekolah.

Dengan kata mudahnya, guru cemerlang dinilai melalui sumbangan anda terhadap pencapain subjek mata pelajaran anda meskipun anda kurang aktif dalam sumbangan terhadap kokurikulum.

Baca Juga :  Tips Menghadapi Peperiksaan Untuk Keputusan Yang Cemerlang

Pilih Subjek Mata Pelajaran Bersesesuaian Dengan Kepakaran

Pemilihan subjek mata pelajaran memainkan peranan penting keoada anda sebagai seorang guru dan bakal guru cemerlang. Markah penilaian sewaktu anda memohon guru cemerlang akan dinilai secara berbeza-beza bergantung keoada subjek mata pelajaran yang anda ajar.

Pastikan, anda mempunyai kepakaran yang tinggi dalam tempoh bertahun-tahun anda mengajar dengan subjek mata pelajaran gersebut. Jika masih terdapat keraguan dalam diri anda, sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu berkenaan subjek mata pelajaran manakah yang banyak sumbangan yang telah anda berikan.

Jika anda kerap berpindah sekolah, pastikan juga subjek mata pelajaran yang anda pilih itu telah anda ajar melebihi tempoh 3 tahun. Kesilapan anda dalam memilih subjek matapelajaran anda akan mengakibatkan anda gagal dalam keputusan permohonan guru cemeelang sekaligus memberikan kekecewaan.

Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkap

Pastikan anda telah mengisi borang permohonan dengan selengkapnya dan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan. Jangan bersikap sambil lewa dan ambil mudah ketika membuat permohonan.

Baca Juga :  E Penyata Gaji Slip Gaji Kakitangan Kerajaan

Sifat itu, akan membuatkan permohonan anda dipandang remeh dan bakal ditolak. Nyatakan bidang tuvas anda dengan sebaiknya. Jika tidak pasti dengan bidang tugas anda sendiri, anda boleh membuat semakan satu persatu. Ini kerana penilai borang akan membuat penilaian bergabtung kepada perkara yang boleh memberikan anda markah.

Fokus kepada subjek yang dipohon

Berikan tumpuan sepenuhnya kepada kepakaran anda dalam subjek mata pelajaran tersebut. Nyatakan dengan lengkap tugas, peranan juga sumbangan anda kepada subjek kepakaran anda itu.

Sekiranya anda ada menganjurkan sebarang kelas tambahan di luar sekolah dengan subjek kepakaran itu, nyatakan sekali pada borang dan lampirkan bukti-bukti kukuh. Bukti tersebut termasuklah dokumen, sijil-sijil ataupun berbentuk gambar.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Dan

Jika ingin berkongsi Artikel Seperti Di atas..

Sertai Pertandingan Penulisan Kami

Hadiah Terkumpul Sehingga RM 100

Maklumat Lanjut

MENARIK

Aplikasi Pendapatan 50k sebulan, hanya pengguna android dan smartphone sahaja Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta
Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut ) Kekosongan Upah Tugasan Menaip dan Memasukkan data dari Syarikat Terpilih ( Maklumat Lanjut )

Apa Komen Anda :