Panduan Menjadi Doktor Bidang Perubatan

Panduan Menjadi Doktor Bidang Perubatan

by fiziesss on August 17, 2011

Doktor mana ni?

Menjadi doktor merupakan idaman ramai pelajar, Mungkin sedikit panduan ini mampu membantu memberikan info berkaitan pengajian bidang perubatan ini . Ramai yang mengakui bukanlah senang untuk diterima masuk ke IPTA bidang ini ia memerlukan kelulusan yang tinggi untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan. Untuk menjadi seorang doktor seharusnya mempunyai kelayakan minima Ijazah Sarjana muda di mana-mana institusi yang diiktiraf.

Laluan kerjaya secara umum

Secara umum, untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan ini ialah mempunyai keputusan SPM yang cemerlang terutama dari aliran sains dan mempunyai keputusan subjek-subjek sains seperti kimia, matematik tambahan, biologi, fizik, matematik dan bahasa inggeris. Antara subjek sains itu pula, subjek biologi dan kimia serta bahasa inggeris paling sinonim dan paling ditekankan kecemerlangan termasuk menguasai bukan sahaja teori malahan aplikasinya.

Selepas SPM perlu menyambung keperingkat pra universiti seperti ke matrikulasi ataupun tingkatan enam, bagaimana pula diploma? yang diploma tu saya tak pasti. Kemungkinan dari diploma sains hayat atau diploma kesihatan yang berkaitan boleh turut sama memohon ke perubata ini.

Keputusan peperiksaan dan nilaian gred semasa di matrikulasi, tingkatan 6, diploma mestilah tinggi iaitu sekitar PNGK 3.0-4.0. Tetapi kebanyakan universiti awam dan universiti Malaysia yang terkenal lebih gemar mengambil calon yang mendapat tinggi dari  3.5-3.8 malahan ada yang hanya mengambil yang 3.8-4.0 sahaja.

Tempat pengajian dan nama pengajian

Kebiasaanya kursus ini memerlukan tenaga pengajar yang berpengalaman dan bukan sebarang universiti yang dapat mencari tenaga profesional untuk menjadi tenaga pengajarnya. Oleh itu kebiasaanya universiti yang lama bertapak serta terkenal sahaja yang menyediakan kursus ini, walaubagaimanapun di universiti baru dan biasa ada menawarkan tetapi kebiasaanya ia meminjam tenaga pengajar.

Kebiasaanya pengajian diperingkat ini jika diperingkat ijazah dinamakan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dengan kepujian.

Matlamat kursus

Pengajian adalah lebih mementingkan integrasi berlandaskan organ atau sistem dengan memberi penumpuan kepada penyelesaian masalah.

Tempoh pengajian

Pengajian Ijazah Doktor Perubatan ini kebanyakan mengambil masa selama 5 tahun. Ia dijalankan secara integrasi berasaskan penyelesaian masalah kesihatan pelbagai penyakit pesakit dan berorientasikan komuniti. Ia dijalankan mengikut 3 fasa iaitu fasa 1 ( tahun pertama ), fasa 2 ( tahun kedua dan ketiga ), fasa 3 ( tahun keempat dan kelima ).

Kerjaya

Rasanya tak perlulah nak hurai panjang, nama kursus sendiri memberi gambaran pekerjaan yang bakal ditempuhi. Dari segi kekosongan dan luas pasaran rasanya tiada masalah kerana doktor ini merupakan salah satu bidang pekerjaan yang kritikal. Lebih-lebih lagi bagi yang pandai mengubati penyakit-penyakit kritikal :) .

p/s: Klik LIKE dibawah jika anda berterima kasih dan rasakan penulisan diatas berguna.



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

{ 157 comments… read them below or add one }

leonie June 9, 2013 at 3:36 am

Salam & a very good day. I have some query.;)
I’m an ex-matric student and i only get 3.81 for my result..i got band 4 for muet.,,,and i really,really interested to apply for medic course in UPM or UNIMAS or UNISZA or UMS….am i qualified to apply?will i get at least a chance to further my study in medic course? btw,thank u.

Reply

AINI AQILAH June 9, 2013 at 12:18 am

Salam.. encik, sy ada satu soalan. sy student matrik 2012/2013 dan baru2 ni pngk sy 3.78. sy ingin mohon ke bidang perubatan unimas/unisza/ums. adakah MUET juga mmpengaruhi pengambilan pelajar?? mohon penjelasan.

Reply

azwan May 22, 2013 at 9:33 pm

slm,sayer nak tanyer…..boleh tak saye sambung blajar lagi dlm bdg perubatan tp umo sayer dh 28 thn…dulu time stpm saye ambik clon persendirian…p.am-b+,bio-A-,kimia-A-,fizik-A-…..kalau saya mohon tajaan JPA,lulus ke tak oweeee.

Reply

sara May 9, 2013 at 3:42 pm

salam..tumpang tanya..keputusan asasi sye agak memberangsang kn..dan lepas syarat untuk mnganbil perubatan..tetapi result muet sye sperti tdak memuaskn..mungkin kn sye juga boleh memohon perubatan di upu..penting mana kah muet ini..ty :)

Reply

Sasvatha April 26, 2013 at 11:59 pm

Hello..this is really a helpful and informative post. Thank you. I just finished my spm last year and recently i received an offer from matriculation. I have always wanted to do form 6. What is your advice and views on matriculation? Should i accept the offer? Thank you.

Reply

ina April 19, 2013 at 2:16 pm

assalamualaikum
nak tanya apa beza asasi sains dan asasi sains hayat?
kalau kita ambil asasi sains bukan asasi sains hayat,boleh ke menjurus jadi dokter?
terima kasih :)

Reply

zikri April 13, 2013 at 6:23 pm

Assalammualaikum. Saya pelajar asasi sains UiTM. Saya dapat merasakan yang pointer saya mungkin tidak mengizinkan saya untuk sambung medic. Jadi, soalan saya ialah jika saya ambil ijazah sarjana muda kepujian biologi, dan setelah menamatkan program ini bolehkah saya guna result ini untuk menyambung ijazah sarjana muda doktor perubatan? Dan adakah bidang degree yang lain yang saya boleh guna untuk sambung ijazah sarjana muda perubatan?

Reply

Hakim April 2, 2013 at 8:49 am

Assala Mualaikum. Minta Tunjuk Ajar Daripada Semua.
Jika Diploma Bidang Fisioterapi, Boleh Jadi Doktor atau tidak eak? :)

Reply

awal March 22, 2013 at 6:01 pm

sy nk tnye……..bleh ke sy sambung perubatn dlm mne -mne asasi kalu Bi sy dapt B+ dan subjek lain sy dpt A………sy lepasn SPM 2012 ……………….tolong….

Reply

fiziesss March 24, 2013 at 12:09 pm

Boleh..cuma kena pastikan ambil asasi perubatan atau sains hayat dan keputusan nanti cemerlang

Reply

jeriko March 22, 2013 at 12:19 am

sy MA pointer 3.82..blh ker sy ambl kos medic

Reply

Ally March 21, 2013 at 3:46 pm

Salam. Saya nak tanya saya minat dalam bidang mata . Untuk nak isi upu saya patut pilih sains kesihatan ker?
Dalam peperiksaan spm saya dapat c+ untuk subjek bio,che,fz dan addmath. A- dalam math dan B dalam bi . saya masih ada peluang ker untuk menceburi bidang ini?

Reply

Sarra March 19, 2013 at 2:07 pm

Assalamualaikum..sy lpasan spm 12..klo nk ambk frmasi plak bpe thun?leh trgkan x?gaji ok x..sbb sy ad dgr frmasi gji x sbrape..

Reply

mira March 2, 2013 at 6:34 pm

saya nak jadi doktor pakar ortopedik macam mne caranya,dan saya berpendapat nak masuk asasi…tolong beri panduan kepada saya..

Reply

naqib johari February 21, 2013 at 5:35 pm

sy sekarang di t5 di sebuah sbp di seremban..menjadi seorang doktor merupakan cita2 saya sejak kecil lagi..bolehkah tolong berikan saya tips2 atau perkara yg sy perlu tumpukan dalam perjalanan saya untuk menuju kerjaya ini? Terima kasih banyak..

Reply

Nadiah February 15, 2013 at 3:27 pm

Assalamualaikum..Apakah perbezaan sains tulen dan sains kesihatan/bersekutu..?

Adakah kedua-dua bidang ini menuju kepada kerjaya yang sama iaitu menjadi doktor?

Reply

didi June 6, 2013 at 3:35 pm

salam..nk tmpang tnye.. sy dpt 3.9 dan lpasan matrikulasi..bleh ke sy nk mgambil jrusan doktor pergigian wlaupun sy tidak mgambil biologi smasa matrikulasi..sy ambil sns fizik..tq..:)

Reply

amir February 6, 2013 at 10:01 pm

salam, sya bru shaja tamat pengajian di IPTs dan sya berminat utk mengambil doktor prubatan namun pointer sya hanya 3.31 shaja…masih lyak ke sya untuk mengambil jurusan ini atau lebih sya mengambil course kesihatan yang lain? jika boleh course apa yang sesuai ni sebab sya mengmbil DMLT ni….sekiann terima kasih

Reply

fatiha February 5, 2013 at 8:20 pm

Salam, sy nk tumpg tnya. Blh ke sy nk ambl bidang prubatan klau masa sy tgkatan4, sy hnya ambl aliran kimia dan bio, addmaths tp tiada fizik?

Reply

QStaff1 March 24, 2013 at 12:18 pm

Salam..boleh..pastikan layak masuk matrikulasi atau asasi

Reply

NANA February 4, 2013 at 5:02 pm

salam.. nak tanya.. saya dapat 3.75 dan sy dr matrikulasi. agak2 boleh tak dapat course pergigian di ukm dan farmasi di uitm? help2

Reply

QStaff2 February 5, 2013 at 8:28 am

Salam.. untuk saya katakan mesti dapat rasanya tidaklah semestinya.. sebab kami bukan kakitangan UKM atau Uitm.. tetapi jika mengikut pengalaman kami dan kemasukan sebelum ini, ada pelajar yang 3.5 berjaya masuk pergigian dan farmasi. walaubagaimanapun ia mengikut kekosongan semasa dan kelayakan semasa..

Reply

Lee Dong Wook January 31, 2013 at 11:53 pm

hello…saya lepasan SPM 2012…saye amik aliran sastera…subjek yg saye amik math,& science biase….tapi boleh kah kolo saya ingin smbung STPM, saye amik sains tulen….adakah saya berpeluang lagi untuk menceburi bidang perubatan ini…….sila beri pandangan??

Reply

QStaff1 March 24, 2013 at 12:16 pm

Hai, tak boleh..utk sambung aliran sains STPM perlu aliran sains tulin masa STPM

Reply

Miiya January 30, 2013 at 4:30 pm

Assalamualaikum QStaff, saya lepasan SPM 2012 (Sc option) & REALLY interested in neurology.. So right now,what is the best way I can step into it? Sy bercdang nak msuk asasi instead of matrikulasi… Lepas tu ape yg sy perlu buat? Tolong~ Really curious,..

Reply

QStaff1 January 31, 2013 at 11:11 pm

Asasi juga adalah terbaik.. kalu boleh masuk asasi yang ada kursus neurologi di peringkat ijazah.. nanti akan seang sambung.

Reply

Mell January 29, 2013 at 3:16 pm

Salam…Sy mrupkn lpasan SPM’12 , jika nk ambk medic sy prlu ambk bdang pe?
Sy jd cnfuse bla nk fill borang UPU ttg Sains hayat,Sains keshatan n Sains prubtan..Sptutnye sy ambk yg mne stu?

Reply

fikri January 18, 2013 at 5:01 pm

salam … sya nak tanye … kalu blajar bidang perubatan ada subjek math mksud sya yg seakan2 subjek itu yg memerlukan pengiraan dan kefahaman ????

Reply

QStaff1 January 31, 2013 at 11:01 pm

Salam.. ada jugak..

Reply

kirin January 18, 2013 at 2:40 am

salam….saya nak tahu…berapakah kos pengajian ini untuk satu sem dan secara keseluruhannya?

Reply

QStaff1 January 31, 2013 at 11:01 pm

Salam..kos pegajian berlainan ikut institusi.. anggaran adalah lebih dari 30 ribu sepanjang pengajian.. dan kebanyakan dalan 40-50 ribu..

Reply

Izzati January 12, 2013 at 12:47 pm

salam. sy pljar lepasan spm 2012. nk tnye klau nk jadi doktor gigi plak mcm mne laluannye? adakah sme cam doktor prubatan? n klau sy nk mohon di IPTA, ape yg sy perlu mohon. hrap segera di balas. terima kasih. :)

Reply

QStaff1 January 31, 2013 at 10:57 pm

Salam..nanti kami cuba usahakan buat penulisan tentang kerjaya doktor gigi ni..

Reply

elicia January 4, 2013 at 11:34 pm

nak tny bole ? sya m’punyai dip dlm sians ksihatan tp sekarang sy dlm proses utk mgulang kebali paper spm sy utk subjek sains tulen spt kimia , fizik , & biology . klu ptusan sy cemerlang ada sy b’pluang bsar untuk memasuki bidang kedoktoran ??

Reply

Nazrin December 22, 2012 at 7:13 am

Assalamualaikum QStaff1. Saya ada sedikit pertanyaan. Saya sekarang masih menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari & Kewangan) dan bercadang mengambil kursus perubatan sebagai second degree.
Masih adakah peluang untuk saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ?
(Untuk pengetahuan QStaff1 result SPM saya dapat 10A & Asasi Sains UiTM Shah Alam saya dapat 4.00)

Reply

QStaff1 January 31, 2013 at 10:14 pm

Waalaikumussalam.. wah..keputusan adalah baik dan melayakkan permohonan..boleh cuba mohon ijazah perubatan nanti..tapi kne habiskan dulu yg ada ni..

Reply

hamidah December 16, 2012 at 11:48 pm

assalamualaikum..sy ingin brtanya….bolehkah jika pelajr lepsn spm menyambung terus dlm bidang medic ke universiti al azhar mesir…?..jika boleh…apakah kelayakn yg mesti ada pd pelajar lepsn spm trsebut utk menymbung peljrn terus ke universiti al azhar mesir…?..jwpn drpd encik amt di hrpkn….trima kasih..

Reply

QStaff1 January 31, 2013 at 10:07 pm

Waalaikumusalam.. isu ni telah kami bincangkan sebelum ni..cuba cari/search

Reply

tablet metformin December 8, 2012 at 1:14 am

salam..saya merupakan penjawat penolong pegawai perubatan..boleh ke saya melanjutkan pelajaran dlm doktor perubatan ni..sebb kerja saya sekarang ni mmg dah mcm doktor dah pun..pendek citer..ape yg doktor tahu..saya pun tahu..rasanya kalau saya boleh melanjutkan pelajaran dlm bidang doktor perubatan ni mmg xde masalah…cuma bagaimana??? melalui apa??/ saya terlalu berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam doktor perubatan..

Reply

QStaff1 December 11, 2012 at 9:39 am

Penolong pegawai perubatan adalah agak jauh bidangnya dengan doktor sebenarnya. Walaupun menjalankan tugas seakan sama dengan doktor, terdapat juga aspek teori, analisis, dan kelayakan iktisas serta perakuan yang mungkin saudara/i tidak ada. untuk menjadi doktor mungkin menjadi kelebihan untuk saudara/i. cuba memohonya di IPTA dengan mengambil jurusan Ijazah Perubatan. Mungkin ada IPTA swasta atau awam yang menerimanya.

Reply

tablet metformin December 11, 2012 at 3:47 pm

terima kasih Qstaff1 diatas information anda…=) saya akan cuba memohon di mana2 IPTA yang berkaitan…

Reply

Faris Idris December 4, 2012 at 4:11 pm

as salam ,
saya merupakan pelajar spm 2012 ,
saya mengambil sain tulen ,
tetapi saya tidak berapa pandai dalam kimia , subjek lain semuanya oke terutama sekali subjek biology n add mate,
boleh ke saya amik bidang medic kalau saya lemah dlm kimia?
bidang doktor pakar yng mane paling bagus ?

Reply

fieqah December 1, 2012 at 12:16 am

kalau nak jdi dktor,,sbjek apa kena score A..??
addmath ,,fzik n kimia kena dpat brpa (minimum)..??

Reply

QStaff1 December 11, 2012 at 10:04 am

Semua kena A.. terutama biologi dan kimia

Reply

ain November 24, 2012 at 9:39 pm

saya nak amik medic tapi saya mungkin lemah sikit dalam add math dan matematik . bolehkah saya amik bidang medic untuk jadi pediatrik .

Reply

QStaff1 November 27, 2012 at 7:23 am

Susah, medic mahukan keputusan yang penuh, sebab ramai orang nak mohon dan bimbang takut tidak boleh meneruskan pengajian nanti.

Reply

Miss_Dreaming November 24, 2012 at 1:25 am

sya mau tanya kalau orang tu sudah ada degree yg selain dr bidang medic masi ada pluang ka untuk ambik medic… sbb sya ambik jurusan perniagaan kat u tp msih mau mjadi doctor? ada x alternative lain untuk study medic… sbb skrang sya tgah jalan lain utuk capai cita2 sya nie.. mungkin nampak mustahil tp sya x takut mencuba kalo ada jln lain..

Reply

QStaff1 November 27, 2012 at 7:20 am

memang tidak ada yang mustahil jika ada kemampuan, cuma agak sukar untuk Miss hadapi. pertama saudari kena perbaiki keputusan SPM pastikan keputusan SPM dapat penuh A. Selepas itu boleh cuba mohon Asasi Sains ( 1 Tahun )dimana-mana universiti awam dan swasta yang masih menerima berdasarkan umur miss, selepas itu cuba pula mohon Ijazah perubatan ( 5 Tahun ) dimana-mana universiti awam atau swasta yang masih menerima mengikut umur saudari. Semoga berjaya.

Reply

YUNIE November 21, 2012 at 9:13 am

Sy pljr lpsn spm ingin mngmbil dip. sains ksihatn.. minta jelaskn apkh krjya tntg sains ksihatn?

Reply

QStaff1 November 27, 2012 at 7:02 am

Sains kesihatan ni bergantung kepada pengkhususan kebiasaanya ia ada pengkhususan. jika ia berkaitan Sains Kesihatan Dietetik boleh rujuk disini http://www.xpresi.org/pengajian-bidang-sains-kesihatan-dietetik/ tapi jika ia umum mungkin ia ada melibatkan sedikit perubatan umum seperti komponen melayakkan menjadi seorang Medical Asistant.

Reply

SYAFIQAH October 26, 2012 at 11:31 pm

salam.. saya nak tanya boleh tak saya nak belajar dlm bidang medik jika spm saya tiada sains tulen..
saya ingin mengambil bidang medik di universiti al azhar.. insya-ALLAH..

Reply

QStaff2 November 17, 2012 at 9:25 am

Salam, tak bolehlah..komponen seperti kimia dan biologi adalah penting dalam ambil mana-mana perubatan.

Reply

fasrina October 12, 2012 at 3:33 pm

saya calon spm 2012 . saya berminat nak ambil bahagian perubatan tetapi saya tidak mengambil sains tulin . jurusan yang saya ambil skrng ialah sains tambahan , sains, sains pertanian ,matematik tambahan . bagaimana cara untuk saya memohon bahagian perubatan jika saya tiadak ambil sains tulin???

Reply

Ain October 8, 2012 at 6:42 pm

Salam,
saya masih dalam pengajian program sains biology 1st degree,saya ada hasrat nak sambung medik..is it possible? apa yg boleh saya lakukan untuk sambung medik sebaik sahaja saya selesai dgn 1st degree saya nie?

Reply

Farah September 28, 2012 at 11:46 am

salam..
sy pelajar asasi biosc di uia dan currently cgpa 3.8 ..

soalan sy, layak x sye memohon ijazah perubatan di usm kerana di uia..hanye pelajar asasi perubatan akn diserap ke ijazah perubatan di uia. di sini, saingan sengit utk pelajar foundation in biosc apply ke medicine utk degree nanti.

Reply

nakia September 23, 2012 at 3:09 pm

bagaimana caranya untuk mendapatkan biasiswa MARA jika a.kita hendak ambil jurusan perubatan luar negar

Reply

Siti Nuradibah September 20, 2012 at 10:38 pm

Assalamualaikum. Saya pelajar tingkatan 4. Saya ingin menjadi doktor dalam bidang sukan contohnya merawat athletes. Boleh tak terangkan secara terperinci tentang doktor bidang sukan? Course apa yg perlu saya ambil nanti? Terima kasih.

Reply

nazrul September 17, 2012 at 1:23 pm

kalau kita ambil bidang kedoktoran dekat ipts perlu juga ambil asasi sains ker??

Reply

QStaff1 October 17, 2012 at 8:32 pm

Tengok keadaan..tapi biasanya asasi sains penting untuk bidang doktor..mungkin IPTS tu buat asasi sahulu sebelum ke Ijazah kedoktoran

Reply

SYAZ_19 September 16, 2012 at 10:45 pm

SALAM…saya nak tanya sikit…apa langkah seterusnya selepas spm?matrik ataupun terus mohon ke unversiti?

Reply

QStaff1 October 17, 2012 at 8:29 pm
aziz August 5, 2012 at 12:56 am

salam..
saya diberitahu bahawa pelajar tajaan jpa akan terikat dengan kerajaan selama 10 tahun..
soalan saya boleh kah saya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi(master/PhD) walaupun kontrak belum habis..

Reply

QStaff1 September 12, 2012 at 8:19 am

Salam, boleh tak ada masaalah.

Reply

Unknown July 29, 2012 at 9:32 pm

Salam , kalau pointer orang lelaki semasa di matrikulasi 3.75 layak tak / diterima ke medik ?

Reply

QStaff1 September 12, 2012 at 8:16 am

Salam.. pointer yg baik.. tapi agak sukar juga untuk ke istitusi awam..

Reply

amir July 16, 2012 at 11:33 pm

saya nak tnya. JPA akan sponsor pelajar medic secara AUTOMATIK. jadi saya keliru sama ada JPA akan tanggung yuran pengajian untuk tahun pertama (saya kena rm 3k) ataupun kena pakai duit sendiri dulu?? yakni masa pendaftaran nanti. tq

Reply

baharum June 12, 2012 at 12:51 pm

Assalamu’alaikum. Saya hampir habis buat optometri. Umur saya sudah 22 tahun. Ingin nak buat bidang perubatan. Masih boleh lagikah dan kalau boleh macammana nak pohon. TK

Reply

QStaff1 June 17, 2012 at 3:29 pm

Optometri dan perubatan am agak banyak beza, perlu mengambil ijazah perubatan lain untuk ke bidang lain..

Reply

hehefromhere May 25, 2012 at 3:53 am

saya nak tanya mengenai jenis2 doktor. saya berminat mahu menjadi doktor tetapi saya tidak berminat dalam hal pembedahan. adakan doktor2 itu dipisahkan kepada doktor perubatan dan doktor pembedahan

Reply

QStaff1 June 17, 2012 at 3:08 pm

Ia dipisahkan, tetapi semua doktor seharusnya belajar dan tahu untuk membuat pembedahan kecil ataupun besar, pembedahan kecil seperti melibatkan jahitan walaupun jahitan luka sekalipun..

Reply

hidayah May 25, 2012 at 2:11 am

Salam..saye nak tanye adekah syarat cgpa semasa di ipta bidang pergigian same dgn bidang perubatan yg mostly mahu student 4flat shaje?

Reply

QStaff1 June 17, 2012 at 3:07 pm

Tidak, pergigian lebih senang sedikit.. ada kes 3.5 dah dapat..

Reply

hidayah July 2, 2012 at 1:35 am

owh ye ke..
ini bg ipta ker @ipts??
adekah betul pandangan orang utk sambong di ipta msti dpt for
medic -4flat
dentist-3.9
pharma-3.8

Reply

Mohd Hareez May 12, 2012 at 10:53 pm

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya merupakan pelajar SPM 2011 dan pelajar aliran sains tulen iaitu 9 subjek. Alhamdulillah saya berjaya mendapat semua A dalam SPM. Saya ingin bertanya apa bezanya jika saya melanjutkan pelajaran ke asasi atau matrikulasi untuk mengambil bidang perubatan. Saya dengar kalau sambung belajar di matrikulasi seseorang itu perlu mendapat tepat2 cgpa 4.0 baru boleh mengambil bidang perubatan dan saya ade dgr yg saingan untuk ipta ini bnyk oleh itu adakah universiti tidak pandang saya sehingga saya mendapat cgpa 4.0 ketika asasi. Pandangan saya ialah jikalau begitu lebih baik saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi krn saya dgr pembelajaran matrikulasi lg sng drpd asasi sekaligus membuka peluang saya untk mendapat cgpa 4.0. Saya mengambil satu situasi, jika saya mendapat cgpa 3.8 ketika asasi dn seorang pelajar ini mendapat cgpa 4.0 ketika matrikulasi. Antara kami mana yg universiti lebih mahukan dlm bidang perubatan ini?

Reply

QStaff2 May 23, 2012 at 10:28 am

Untuk menjadi doktor..tempat yang di adakan adalah juga agak terhad..yang mendapat 4.0 juga kadangkala terlebih sedikit darinya..rata2 pengalaman lepas jarang sangat yang bawah 3.8 diterima untuk medic IPTA kecuali swasta.. Apa2 pun mendapat 4.0 adalah jalan paling selamat tidak dikira ambil dimana2 sekalipun..jika diasasi ia ada kelebihan untuk terus menyambung ke institusi berkenaan.

Reply

hanis :) April 25, 2012 at 4:29 pm

assalamualaikum.. saya ade sedikit konfius ni.. ape perbezaan bidang pergigian dgn perubatan ? adakah bakal doktor gigi belajar teori yg same dgn doktor perubatan ? emm saya berniat nak lanjutkan pelajaran ke oversea.. da lame simpan hasrat ni.. tp xde rezeki dpt biasiswa.. jd adakah peluang untuk saya fly lepas asasi/ matrik ? tanpa ambil ib melalui jpa atau mara? thx ;)

Reply

QStaff2 May 14, 2012 at 9:54 pm

Walikumussalm.. perubatan dan pergigian lain.. perubatan umum belajar sukatan yang lebih umum berbanding pergigian yang lebih khusus..

Reply

makram manan April 18, 2012 at 3:07 pm

sama2 insyaallah

Reply

makram April 17, 2012 at 6:45 pm

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MENGETAHUI MENGENAI PERUBATAN,KELAYAKAN UTK MENGAMBIL KURSUS DOKTOR PERUBATAN/MBBS,KELAYAKAN,SYARAT BOLEH MENGAJUKAN SOALAN ANDA KEPADA SAYA, MAKRAM..INSYAALLAH SAYA AKAN BANTU/JAWAP SETAKAT YG BOLEH DI FACEBOOK SAYA MAKRAM MANAN ATAU EMAIL [email protected] atau telefon 013-9284360

Reply

fiziesss April 17, 2012 at 9:17 pm

Terima kasih makram, kalau saudara nak kongsi lebih lagi tentang realiti dunia perubatan, sudi-sudilah untuk berkongsi di http://www.xpresi.org/kerjayaxpresi/ dan saya akan terbitkan di xpresi nanti..

Reply

makram April 17, 2012 at 9:44 pm

terima kasih atas kesudian tuan memberi laluan kepada saya untuk berkongsi maklumat di laman blog tuan. Saya sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan yg luas mengenai bidang perubatan melainkan sedikit shj..insyaallah kalau ada kesempatan saya akan kongsi sedikit sebanyak mengenai bidang tersebut

Reply

makram manan April 18, 2012 at 1:49 am

sama2 tuan..terima kasih kerana memberi ruang utk sy berkongsi maklumat di laman blog tuan..sy sebenarnya x mempunyai pengetahuan luas dlm bidang perubatan melainkan sedikit shj..insyaallah klau diberi kesempatan sy akan berkongsi maklumat:)

Reply

fiziesss April 18, 2012 at 7:18 am

Tak apa..saya ada org bantu pun dah cukup syukur..saya pun tak lah serba tahu..dunia kerjaya ni begitu luas dan ia akan sentiasa berubah tahun demi tahun :) terima kasih kerana membantu..

Reply

norafzan April 12, 2012 at 10:43 pm

salam…sya nk tanya pendapat… pertama berkenaan dgn lepasan asasi.. adakah kita boleh memohon untuk bertukar u untuk sambung degree…? kerana adek sya telah mengambil asasi di unimas… yang kedua… sya ingin meminta pendapat.. adek saya telah berbincang ingin memohon untuk smbg blaja di universiti al-azhar, mesir dalam bidang perubatan… di bawah kementerian tinggi malaysia… apa pendapat encik sekiranya adek saya mahu memohon belajar di sana selepas tamat tahun asasi di unimas….

Reply

QStaff1 April 27, 2012 at 8:40 pm

Salam..tak boleh rasanya.asasi untuk institusi bekenaan..agak sukar kalau nak ke Al Azhar..kecuali jika habiskan peringkat ijazah dahulu.

Reply

seer April 2, 2012 at 10:55 pm

salam.kalau saya nak ambil perubatan bidang mana yang patut saya pilih sains tulen atau sains kesihatan/sains bersekutu

Reply

makram April 17, 2012 at 6:57 pm

Salam seer, kalu nak ambil bidang perubatan saya syorkan ambil sains kesihatan/sains bersekutu kerana ia lebih rapat dengan bidang perubatan..kalau ambil sains tulen pun boleh jgk kalu ambil diploma atau ijazah/degree dalam bidang biologi ke,kimia ke..yg penting dapat pointer yg bagus sekurang kurangnya 3.50 utk diploma atau 3.30 utk ijazah dalam bidang sains..kalau nak ambil ijazah perubatan melalui asasi/foundation,matrikulasi,diploma kena pakai keputusan spm sekurang kurangnya B bagi subjek biologi,kimia,fizik,matematik dan matematik tambahan..

Reply

fiziesss April 17, 2012 at 9:15 pm

Salam..terima kasih kerana membantu.. :)

Reply

makram April 17, 2012 at 9:45 pm

sama2 tuan:)

Reply

makram manan April 18, 2012 at 12:42 am

salam..sama2 tuan:)

Reply

nurul94 March 31, 2012 at 5:39 pm

salam,sy dpt kimia A,fizik dgn biologi C…rase2 ade peluang x lgi utk sy ambk course prubatan nie?yelah psaingan skrg nie kn byk..arp dpt tolong sy…mekasehhh….

Reply

makram April 17, 2012 at 10:34 pm

salam nurul94..bukan rasa2 tp anda masih berpeluang utk ambil kursus perubatan melalui stpm dgn ambil sekurang kurangnya 3 sbjek sains atau melalui ijazah sarjana muda/degre/bachelor dlm bidang dalam bidang sains..untuk pengetahuan anda bidang sastera atau kemanusiaan pun boleh dgn syarat dpt sekurang kurangnya cgpa 3.50..untuk pengtahuan lanjut buka laman web malaysian medical council dan klik pd bhg “minimun entrance reqiurement”..persaingan mmg byk terutama utk dpt tempat di ipta..kalau x dpt pun masuk yg swasta tp masalh kos yg terlalu tinggi pula..namun demi mencapai cita2(kalau teringin sgt nk jd doktor)..soal kos x perlu difikir sgt..boleh buat pinjaman

Reply

makram manan April 18, 2012 at 12:41 am

salam nurul 94..takde rasa2..ada peluang lg..awk boleh ambil stpm dgn ambil sekurang kurangnya 3 subjek sains (biologi,kimia,fizik atau matematik) dan dpt gred BBB atau ABC atau AAC dlm 3 subjek trsebut..kalau pakai spm mesti gred B dalam subjek biologi,kimia,fizik dan matematik(atau matematik tambahan)dan B dlm isubjek lg..tp kalau mintak matrikulasi dpt sains hayat mungkn ada peluang lg insyaallah tp kena dpt cgpa 3.0 keatas kalu x silap..alternatif lain melalui ijazah sarjana muda/degree/bachelor dlm bidang sains dan dpt sekurang kurangnya cgpa 3.30..bidang sastera dan kemanusiaan pun boleh (rujuk laman web malaysian medical council dan klik “minimun entrance requirement” utk keterangan lanjut mengenai kelayakan utk ambil kursus perubatan..persaingan mmg byk terutama utk mendpt tmpat di ipta..kalau x dpt ipta..ipts boleh tp kos tinggi..namunn x perlu difikir soal kos demi capai cita2(kalau teringin sgt nk jd doktor)..insyaallah awak boleh:)

Reply

iera March 30, 2012 at 6:31 pm

salam.saya lepasan spm 2011.saya meminati bidang dietitian.tapi setahu saya bidang ni tak banyak peluang kerja.betul ke?so,bila difikir balik saya ingin cuba bidang pharmacy.peluang kerja pharmacy pula bagaimana?hope boleh beri pandangan.thanks :)

Reply

makram April 17, 2012 at 10:47 pm

salam iera..saya x pasti samada bidang dietetik ada peluang kerjaya atau tidak..memang bagus sangat awak ingin ambil bidang farmasi..peluang kerjaya insyallah ada..kalau x dpt kerja kat hospital pun boleh buka farmasi sendiri dgn syarat mempunyai ijazah sarjana muda farmasi..peluang kerja farmasi jgn difikir sgt..insyaallah mmg ada..mmg bagus sgt amik bidang farmasi..antara bidang paling disegani dlm dunia perubatan selepas bidang perubatan..tp awak mesti ingat kalau nk smbg degree/ijazah sarjana muda/bachelor farmasi, kelayakan diperlukan sangat tinggi..kalau melalui diploma mesti sekurang kurangnya cgpa 3.80..kalu melalui asasi/matrikulasi/stpm kurang sikit 3.00 kalu x silap..mmg bagus sgt kalu amik bidang farmasi ni:)

Reply

anis March 30, 2012 at 4:56 pm

assalamualaikum..ble bg tips bljr sbjek sains?

Reply

makram April 17, 2012 at 10:52 pm

walaikumussalam anis..apa yg saya boleh bg ialah awak mesti segera mengulangkaji topik yg telah diajar utk memperkukuh pengtahuan.pemahaman dan ingatan..kalau boleh anda perlu memahami sebaiknya apa yg dipelajari..kalau x paham minta penjelasan guru..rajin rajinlah membuat latihan selalu:)

Reply

farahin ayin March 29, 2012 at 11:23 am

saya nak tanya ape beza sains hayat dengan sains kesihatan bersekutu?

Reply

makram April 17, 2012 at 11:02 pm

salam farahin ayin..ape yg saya tahu sains hayat lebih kpd bidang biologi dan dsb kalu dr konteks matrikulasi subjek sains hayat termasuk biologi ,kimia dan matematik ia sains yg boleh dikatakn umum..sains kesihatan bersekutu ni spesifik sikit..ia merangkumi bidang berkaitan perubatan dan kesihatan..contoh sains farmasi,sains kesihatan, sains paramedik dsb:)

Reply

Marwan March 29, 2012 at 2:34 am

Saya Mengambil Subjek Kimia dan Bio sahaja.. adakah saya layak untuk melanjutkan pengajian ke arah perubatan ?? mohon pendapat .

Reply

QStaff1 March 31, 2012 at 10:48 pm

Perlu juga ada matematik tambahan jika di matrikulasi hayat..tetapi mungkin boleh cuba ke asasi sains..

Reply

makram April 17, 2012 at 11:29 pm

salam marwan..kalau nak melanjutkan pengajian bidang perubatan kamu mesti ambil subjek fizik dan matematik(atau matematik tambahan)kalau nak sambung bidang perubatan melalui spm dan mesti dapat B dalam biologi,fizik,kimia dan matematik(atau matematik tambahan serta Bdlm satu subjek lain..alternatif lain kalau dah lepas spm boleh sambung perubatan melalui stpm dgn ambil sekurangnya 3 subjek sains(biologi,fizik,kimia atau matematik)dan dapat gred BBB atau ABC atau AAC dlm 3 subjek tersebut..utk keterangan lanjut saudara rujuk syarat masuk perubatan oleh majlis perubatan malaysia..buka laman web malaysian medical council dan klik pd “minimun entrance requirement”:)

Reply

anne March 28, 2012 at 3:03 pm

nak tnya,slps tmat pngajian ijazah doktor perubatan kta akn dpt kja sbg doktor terus atau perlu memohon terlebih dahulu??bingung sgt nie tkt dh pnat2 study tmat pngajian x dpt keja yg diimpikan plak…

Reply

QStaff1 March 31, 2012 at 10:46 pm

Pegawai perubatan memang berkurang.. :)

Reply

makram April 17, 2012 at 11:42 pm

salam anne..jangan bimbang..susah payah jerit payah pengajian doktor perubatan memang berbaloi kerana peluang pekerjaan doktor perubatan terbuka luas:)

Reply

Princess Erra March 28, 2012 at 10:44 am

Salam..saya merupakan lepasan spm 2011..saya nak tnya mcm mne klau seorg pljar 2 tdk mgmbil subjek sains tulen,bio,kimia,fizik dan hnya mgmbil subjek geografi,perdagangan dan subjek teras lah..adakah dya bleh mjadi seorg doktor??blehkan saya tnya lagi klau pljar 2 msuk Universiti,plajar 2 ambil aliran apa utk jdi doktor??bleh saya minta penjelasan kah..Terima Kasih krn dah mberi komen n penjelasannya..

Reply

ANONYMOUS April 10, 2012 at 11:28 am

Princess Erra@
1) klau nk jadi doktor , time form 4 MESTI pilih sains tulen . klau pilih selain drpd , minta maaf mmg peluangnya tipis sbb subject yg diperlukan utk masuk Medic course kt pra-U nnti adalah biology,chemistry dll .

2) dlm U , ada 3 jenis laluan utk jadi doctor . iaitu:
I)foundation atau Asasi sains .
II)Diploma in science
dan utk layak masuk dlm bidang perubatan atau sains kesihatan (local University) , peringkat SPM , sekurang-kurangnya 5 credit , Biology B+ , Chemistry B+ dan Math B+ .. English pun kena high kredit .

Reply

makram manan April 18, 2012 at 3:18 pm

salam princess erra..kalau awak teringin sangat menjadi doktor..kalau boleh (tp ini mgkin susah sikit) awak duduki spm balik ambil subjek sains(biologi,kimia,fizik,matematik(atau matematik tambahan) dan dpt sekurang kurangnya B bagi subjek tersebut..kalau tidak pun ambil stpm dgn subjek sains kalau boleh sekurang kurangnya 3 subjek (biologi,kimia,fizik) dan dpt gred BBB atau ABC atau AAC dlm subjek tersebut contohnya A dlm biologi, A dlm fizik dan C dalam kimia..sila rujuk “minimum entrance requirement” dlm laman web malaysian medical council:)

Reply

yana March 27, 2012 at 11:14 pm

Assalamualaikum..
saya nak jadi dotor
tp melalui stpm
bolehke??dan bgimana pula
subjek yang kene amik??

Reply

fiziesss March 31, 2012 at 11:13 pm

waalaikumussalam..
untuk menjadi doktor melalui saluran STPM ialah perlu ke STPM aliran sains.. di setiap sekolah dah tetapkan matapelajarannya..pastikan ada subjek berkaitan fizik dan bio..

Reply

makram manan April 18, 2012 at 12:49 am

waalaikumussalam yana..boleh sangat melalui stpm..awak perlu ambik sekurang kurangnya 3 subjek sains (biologi,kimia,fizik atau matematik) dan mesti dapat gred BBB atau ABC atau AAC dlm subjek tersebut contohnya awak dpt A dlm biologi, B dlm kimia, C dlm fizik:)

Reply

Zul March 27, 2012 at 9:08 pm

assalamualaikum…nk tanya kalu result spm utk biologi dan kimia b+… masih ader peluang lagi x utk masuk bidang perubatan??

Reply

makram manan April 18, 2012 at 12:55 am

waalaikumussalam zul..kalau biologi dan kimia dapat gred B+ boleh la tu tapi mesti juga dapat B dlm subjek fizik dan matematik(atau matematik tambahan) dan B dlm 1 subjek lg:)

Reply

fia March 27, 2012 at 8:37 pm

saya telah mndapat 5a dlm spm.utk subjek bm,bi,sj,ag,math manakala utk subjek bio-b+,add mth-c,kimia-c+ dan physics-d.saya minat utk mengambil program sains hayat.saya ada baca di bahagian matrikulasi yg program tersebut memerlukan sekurang-kurangnya c utk salah satu subjek bio atau physics.adakah saya layak utk memasuki matrik untuk program sains hayat?…terima kasih

Reply

eeca March 27, 2012 at 12:47 am

salam_
kalau sains gunaan tu lbey kearah ape ye ??
agak keliru sket dgn sains bersekutu n tulen_

Reply

ashikin March 25, 2012 at 11:36 pm

saya nk tnye,klau nk jd dktor..boleh x saya mhon asasi sains hayat mcm asasi sains hyat um?sbb saya ad bace dlm stu wbsite n dia kte asasi sains hyat ni untuk engineering btul k?

Reply

makram manan April 18, 2012 at 1:08 am

salam ashikin..kalau nk jd doktor memang ptut mohon sains hayat kerana ia memang laluan utk ambil bidang perubatan dan sains tersebut mmg berkaitan pun..kalau utk kejuruteraan itu sains fizikal!:)

Reply

nur March 25, 2012 at 10:53 pm

As salam, saye nak tanye kalo asasi sains kesihatan bersekutu boleh ambil farmasi tak lepas abis asasi???

Reply

ana March 25, 2012 at 5:16 pm

sy dpt a-biologi, a+kimia, a fizik….layak x sy amek prubatan…any suggestion u mana y bley sy apply n dterima?

Reply

ana March 25, 2012 at 10:12 pm

i g0t 11A

Reply

fiziesss March 26, 2012 at 7:37 am

Tahniah Ana !! :)

Reply

makram manan April 18, 2012 at 1:24 am

salam ana..tahniah byk2 ana..anda tersangat layak utk amik perubatan..selain kimia.fizik dan biologi awak juga perlu sekurang2nya B dalam matematik(atau matematik tambahan) dan B dlm 1 subjek lg..sy dapati awk dpt 11A jd x de mslh lah! sama dgn adik sy!byk jgk ipta kt malaysia ni yg boleh awak mintak dan diterima iaitu um,usim dan uitm bg kursus mbbs(sarjana muda perubatan dan sarjana muda pembedahan) dan upm,usm,ukm,ums,unimas,uiam dsb..kalau x dpt ipta, ipts pun byk tawar kursus perubatan macam cucms,insaniah,aimst(antara yg paling murah dsb)selamat belajar perubatan ana!:)

Reply

makram manan April 18, 2012 at 1:28 am

tambahan lg..ipta yg selain um,usim dan uitm guna istilah MD(medical doctor/ijazah sarjana muda doktor perubatan)benda sama je dgn mbbs..istilah je berlainan!:)

Reply

nas March 24, 2012 at 4:00 pm

boleh ke kalau saya ambik asasi sains hayat untuk sambung belajar jadi doktor perubatan atau doktor pensyarah dalam bidang pendidikan

Reply

QStaff1 March 31, 2012 at 10:28 pm

Ya boleh

Reply

qies March 24, 2012 at 1:31 am

nk tnya sikit..mcm mna klu seseorg tu dapat keputusan yg rendah dlm spm..then bila msuk matrikulasi dia dapat keputusan yang terbaik(contoh dpt pointer 3.8-4.0) adakah dia layak untuk mintak doktor perubatan..:)

Reply

QStaff1 March 31, 2012 at 10:24 pm

bleh..xde masalah..cuma harap SPM tu tak teruk sangat subjek sains, bi dan mat

Reply

makram manan April 18, 2012 at 1:43 am

salam qies..tambahan lg..kalau ikut syarat majlis perubatan malaysia..dlm spm awak mesti dapat sekurang2nya B dalam biologi,fizik,kimia,matematik(atau matematik tambahan) dan B dlm 1 subjek lain..kalau pointer matrikulasi 3.00 pun dh boleh klau x silap(mesti cgpa 3.00 dlm 3 subjek(kimia,biologi,fizik atau matematik)..kalau awk x dpt ambik perubatan melalui matrikulasi(disbbkn oleh pointer kurang atau spm gred x cukup)ade lg jalan utk ambik perubatan melalui ijazah sarjana muda/degree/bachelor dalam bidang sains..bidang sastera atau kemanusiaan pun boleh dgn syarat pointer cukup spt ditetapkan mmc..x perlu keputusan spm..rujuk laman web malaysian medical council dan klik pd “minimum entrance requirement” utk keterangan lanjut:)

Reply

NAZWEEN March 23, 2012 at 11:14 pm

SALAM,saye pelajar tingkatan 5 dn berminat untuk mengambil bidang perubatan,brape A yg dprlukan untuk mmbolehkan saye mngmbil bidang ini di universiti??

Reply

QStaff1 March 31, 2012 at 10:20 pm

Sebaiknya semua A..perlu memenuhi syarat untuk masuk ke matrikulasi serta mendapat atas 3.8 dalam peperiksaan di matrik

Reply

makram manan April 18, 2012 at 3:25 pm

salam nazween..untuk mengambil bidang perubatan anda mesti dapat sekurang kurangnya gred B bagi subjek biologi,kimia,fizik dan matematik(atau matematik tambahan) dan B bagi 1 subjek lain..sila rujuk “minimum entrance requirement” dlm laman web malaysian medical council utk keterangan lanjut:)

Reply

Aisyah March 23, 2012 at 7:50 am

Salam. Sy lpsn spm 2011. Sy nk amek prubatan tp sy tak tahu nk pilih sains ksihatan or sains tulen or sains hayat? And satu lg. Sy dpt semua A tp bahasa inggeris sy B+. Layak ke sy nak mntk medic? Ke sy patut mntk jurusn lain? Sy sendiri pn keliru. Harap dpt balas dgn sebaik mungkin. Sy nak ke,askini upu . Terima kasih.

Reply

fiziesss March 31, 2012 at 10:10 pm

Salam, Yg paling dekat ialah sains kesihatan dan sains hayat..paling popular ialah sains hayat sebab ia lebih memberi peluang lain sekiranya tidak berjaya ke perubatan nanti..

Reply

makram manan April 18, 2012 at 3:30 pm

salam aisyah..awak memang layak sanagt untuk mengambil kursus perubatan walau subjek bahasa inggeris b+. itu sudah cukup bagus..

Reply

riana March 22, 2012 at 8:22 pm

ape syarat asai sains perubatan?

Reply

makram manan April 18, 2012 at 3:37 pm

salam riana..apa yg saya boleh jawap kalau nak mengambil bidang perubatan dlm spm mesti dapat sekurang kurangnya gred B dlm subjek biologi,kimia,fizik dan matematik(atau matematik tambahan) dan b dalm 1 subjek lain serta kredit bahasa inggeris kalau x silap..sila buka laman web malaysian medical council dan klik pada “minimum entrance requirement” untuk keterangan lanjut:)

Reply

hairiana March 22, 2012 at 12:38 pm

assalamualaikum, sekiranya saya ingin mnjadi MEDICAL ASSISTANT ,MA bidang apa yg saya perlu ambil, dan adakah slepas SPM sy perlu terus apply utk MA atau perkara ini berperingkat ? harap dpt beri tunjuk ajar. thanks .

Reply

fiziesss March 25, 2012 at 9:58 pm

Assalam kalau ma boleh cuba isi n mohon di JPA ..jika akbil diploma kesihatan juga ada keoebihan mohon ma

Reply

fna March 10, 2012 at 12:02 am

Slm.kalau nak jadi doktor,sains mana yg patut ambik? sains kesihatan/bersekutu atau sains tulen .

Reply

QStaff1 March 21, 2012 at 8:06 pm

slm..dua2 boleh..

Reply

NAD February 19, 2012 at 1:43 pm

salam
better ambil perubatan dalam negara atau luar negara??

Reply

QStaff2 February 22, 2012 at 4:39 pm

Salam..ada pro dan kontranya.. sebagai rakyat Malaysia..pasti kita perlu percaya pada sistem pendidikan kita..lagipun kita dapat mengurangkan pengaliran wang keluar dari negara..kecuali jika dihantar untuk belajar ke sana..jika dihantar kesana, bemakna kepakaran disana diperlukan untuk saudara/i bawa kesini..

Reply

deera February 13, 2012 at 12:11 pm

salam,,,saya ingin tahu brpkah pointer kelayakan prubatan yg trbaru?

Reply

fiziesss February 14, 2012 at 7:55 am

Salam..susah nak ckp kalau ni..sbb institusi macam2..lain institusi, lain pula pengambilannya..tapi setakat yg saya tahu..sekarang ni dia ada koata dan ia terhad..maka rata 4.0 sahaja yang memenuhi koata tu..masih ramai juga 4.0 yang tidak dapat masuk disebabkan ia telah dipenuhi..

Reply

makram manan April 18, 2012 at 6:13 pm

salam deera..pointer kelayakan perubatan yg terbaru bagi asasi sains/matrikulasi/kursus pra perubatan cgpa 3.00 sekurang kurangnya dlm 3 subjek (fizik,kimia,biologi atau matematik) dan mesti sekurang kurangnya gred B peringkat spm bg subjek biologi,fizik,kimia dan matematik(atau matematik tambahan)dan B dlm 1 subjek lg..kalau peringkat diploma berkaitan 3.50 dan mesti sekurang kurangnya gred B peringkat spm bg subjek biologi,fizik,kimia dan matematik(atau matematik tambahan)dan B dlm 1 subjek lg..nk ambil perubatan melalui ijazah juga boleh..dgn pointer tertentu..sbg jalan terakhir..sila rujuk laman web malaysian medical council dan klik pd “minimum entrance requirement” utk lebih jelas:)

Reply

hakim January 29, 2012 at 3:17 pm

salam..
saye bru je abes spm dalam sains stream..
baru je nk isi borang upu nie n x tahu ape beza sains gunaan,sains kesihatan bersekutu dan sains tulen..
kalau nk amek jurusan bioteknologi kena amek asasi ape?
antara asasi,matriks n diploma mne lg bgos?
saye minat biology jd kerjaye ape yang sesuai?
harap dapat bantu..

Reply

QStaff2 January 31, 2012 at 12:55 pm

salam
Banyak betul yang nak dijawab..tapi sebaiknya hakim baca dulu penulisan sebelum ini tentang membuat pilihan pengajian http://www.xpresi.org/masalah-pilihan-matrikulasi-asasi-stpm-diploma-dan-kursus-kemahiran/

Reply

amira January 23, 2012 at 2:15 pm

saya nak isi borang upu. tapi tak tahu apa itu sains kesihatan/bersekutu, sains gunaan dan sains tulen. saya berminat untuk ambil perubatan. jadi sains yang mana perlu saya pilih? thanks,

Reply

fiziesss January 24, 2012 at 7:35 am

untuk jadi doktor..sains kesihatan bersekutu dan sains tulen..tapi yg saya pasti sains tulen..

Reply

vivi January 11, 2012 at 8:14 pm

terima kasih!!kini saya lebih jelas tentang matlamat saya..:)

Reply

fiziesss January 12, 2012 at 1:10 pm

Sama-sama, saya pun gembira bila dapat membantu..selamat berjaya yer vivi.. :)

Reply

vivi January 10, 2012 at 11:05 am

salam..saya merupakan pelajar lepasan spm 2011..saya nak tanya kalau nak jadi doktor,perlukah saya ambil asasi sains atau diploma sains di universiti tempatan nanti..dan apakah pula perbezaan asasi sains dan asasi perubatan?terima kasih:)

Reply

fiziesss January 11, 2012 at 8:45 am

Salam, asasi sains, diploma sains dan asasi perubatan semuanya kearah dan boleh memohon ijazah perubatan.. cuma kalau bila ambil asasi sains/diploma pilih lah berkaitan komponen2 sains hayat.. jika pilih asasi sains perubatan ia lebih dekat lagi dengan bidang perubatan.. :)

Reply

iqa December 30, 2011 at 6:56 pm

mcm mne klau seorang pelajar tue tdk mengmbl subjek sains tulen yg lngkap iaitu tiada subjek bio dlm spm tetapi hanya mengmbl subjek kimia n fizik,adakah dia boleh menjadi seorg doktor perubatan?..minta penjelasan..terima kasih..

Reply

fiziesss December 31, 2011 at 9:29 am

Tak boleh..sebab biologi tu penting..dalamnya ada kandungan asas tentang manusia dan hidupan.. kalau fizik tu lebih pada kejuruteraan..

Reply

ina August 18, 2011 at 11:05 am

aik, bertukar plak template xpresi ni. rajin betul tuan dia ni tukar2 dan ubahsuai dia punya design…makin cantik…mesti rmai peminat ni…

Reply

fiziesss August 18, 2011 at 11:57 am

Betul ke cantik? ikhlas ke ni…komen sikit..

Reply

Leave a Comment

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.
*

Previous post:

Next post: