Pelajar dan Politik

Pelajar dan Politik

Sempena pilihan raya yang bakal menjelang ini, saya ingin sekali membicarakan isu ini. Namun saya hanya membicarakannya secara umum kerana bimbang menjadi terlalu sensitif dan tidak sesuai untuk diterbitkan. Lagipun saya hanya seorang penulis bebas dan bukan menulis untuk mempromosi atau mengempen mana-mana pihak. Sebagai seorang pelajar, saya akan memilih berdasarkan pemerhatian yang menyeluruh dan bersandarkan kesejahteraan semua bukan untuk kepentingan diri.

Disini saya ingin mendefinisikan pelajar yang saya maksudkan dalam tajuk diatas adalah merujuk kepada pelajar institute pengajian tinggi tidak kira swasta mahupun awam. Maka mereka ini berumur 18 tahun ke atas. Namun seperti semua sedia maklum mereka yang layak mengundi haruslah berumur 21 tahun ke atas. Maka dengan itu kebanyakan mereka yang berumur lingkungan 21 tahun ke 25 tahun ini adalah pelajar IPTA dan IPTS.

Pada dasarnya, ramai pihak yang kurang bersetuju penglibatan pelajar dalam politik. Ingin saya katakan disini bahawa kehidupan para pelajar tidak dapat lari dari politik. Penglibatan mereka sebenarnya perlu kerana mereka sahaja yang tahu apa yang mereka mahu. Namun mungkin ramai berfikiran bahawa pelajar-pelajar ini harus lebih menumpukan perhatian kepada pengajian mereka berbanding mengambil tahu hal-hal politik. Pada pendapat saya yang tidak seberapa ini amatlah tidak bersetuju kerana pelajar-pelajar ini adalah measa depan negara dan mereka berhak menyumbang dalam hal politik. Walaubagaimanapun, saya tetap menolak perbuatan ini dilakukan oleh pensyarah mahupun pelajar mengempen di kampus adalah perbuatan yang tidak sopan. Malah perkara ini boleh mencemarkan imej politik negara. Kita tidak wajar meracuni pemikiran sesiapa pun malahan di dalam kuliah pembelajaran.

Baca Juga :  Permohonan Matrikulasi 2017/2018

Penglibatan pelajar bukanlah hingga terlalu ke arah politik lalu mengabaikan pengajian. Cukuplah sekadar memberi idea dan membuat pilihan yang tepat semasa pengundian. Jangan sesekali membawa hal politik ke dalam kampus atau kelas kerana ia bakal menyebabkan pertelingkahan terutamanya mereka yang berlainan pendekatan dan pilihan. Jangan sesekali membangkang pilihan orang lain tanpa usul periksa. Setiap rakyat adalah bebas untuk membuat pilihan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menarik :

Baca Juga :  Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Selain daripada itu, terdapat segelintir pelajar yang bersikap tidak ambil tahu. Walaupun umur telah mencecah 21 tahun mereka tidak peka dan mengabaikan tanggungjawab mereka sedangkan kita sepatutnya tahu bahawa kita pelajar mempunyai sumbangan yang besar untuk negar. Maka haruslah kita menunaikan tanggungjawab kita seadilnya. Mengundi pemimpin dalam pilihan raya sememangnya suatu perkara yang harus dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Disamping itu juga, saya ingin memperkatakan tentang golongan yang menjadi penghasut. Golongan seperti ini tidak sepatutnya wujud terutamanya di institute pengajian tinggi. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar kita walaupun sudah berumur 21 tahun, namun mereka masih mentah dan pegaruh yang tidak baik seperti ini adalah tidak patut. Pelajar seharusnya diberi peluang mengeksplorasi sendiri dunia politik lalu memahami dengan sepenuhnya. Setelah itu, barulah mereka membuat keputusan yang sebaiknya untuk diri mereka, masyarakat dan juga sekelian rakyat.

Baca Juga :  Pengambilan TLDM 2017 Jom Masuk Tentera

Kesimpulannya, pelajar memang mempunyai peranan sendiri dalam politik negara dan peluang menyuarakan pendapat patut diberikan tanpa sekatan kerana inilah pemikiran-pemikiran yang segar daripada anak-anak muda. Dengan itu, sama-samalah kita berganding bahu dengan semua pihak.

 

Wallahualam.

2 thoughts on “Pelajar dan Politik

  1. Pelajar juga bleh menentukan siapa pemimpinnya.. cuma jangan terlalu over. undi tetap rahsia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *