Peluang Belajar Pra Diploma Kerjasama UiTM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Peluang Belajar Pra Diploma Kerjasama UiTM 2012 1
GDAB

Maklumat  ini merupakan satu informasi kepada pelajar yang tidak berjaya ditawar kemana-mana institusi. Satu program pengajian dirangka oleh Gerakan Destini Anak Bangsa ( GDAB ) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) bagi memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk turut sama mendapatkan peluang belajar di peringkat pengajian tinggi.

Kursus yang ditawarkan :

  • Pra Perdagangan
  • Pra Sains
Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

Syarat Memohon

  • Pelajar miskin yang mempunyai pendapatan / gaji kasar ibu bapa kurang dari RM 2000 sebulan
  • Sihat tubuh badan, tidak menghidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus.
  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM tahun : 2011, 2010, 2009, 2008. 2007 dan 2006

Syarat Am Dan khas program

  • Pengajian adalah 6 Bulan/ 1 semester
  • Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dan lulus matematik/matematik tambahan/sains
  • Lulus Bahasa Inggeris

Selepas tamat pengajian serta lulus baik taraf ( LNT ) layak diserapkan ke program diploma :

Pra Perdagangan

  1. Diploma Pengajian Perdagangan
  2. Diploma Perbangkan
  3. Diploma Perakaunan
  4. Diploma Pengurusan Pejabat
  5. Diploma Seni Lukis dan Senireka
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Pra Sains

  1. Diploma Mekanikal
  2. Diploma kejuruteraan Awam
  3. Diploma Kejuruteraan Elektrik
  4. Diploma Bangunan

Kelebihan yang disediakan termasuk :

  1. Yuran pengajian percuma
  2. Asrama Percuma
  3. Elaun sara diri ( bulanan )diberikan.

Bagaimana untuk memohon ?

Boleh mendapatkan borang permohonan di :

Pejabat Pengurusan MDAB, Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Shah Alam

Tel : 03-55437966/7967/03-55211306 atau fax ke : 03-55437969

Atau

Pusat Gerakan Destini Anak Bangsa ( GDAB )

Y-126A, Blok H, Jalan Plumbum Y7/Y, Pusat Komersil SS7, 40000, Shah Alam, Selangor

Email :  [email protected]m

Sila rujuk Iklan penuh permohonan program Pra Diploma Kerjasama UiTM

15 thoughts on “Peluang Belajar Pra Diploma Kerjasama UiTM 2012

  1. Salam dan selamat sejahtera .. saya nak tanya yuran pengajian memang percuma dan tidak perlu bayar sebelum pendaftaran ke?

  2. assalamualaiku.. sy dulu lepasan spmv aliran automotif.. sy dah baca syarat2 kelayakan.. jika sy masuk pra sains boleh ke? walaupon sy xde science dan math tambahan?

  3. SALAM…saya telah terima tawaran pra diploma perdagangan di uitm kelantan..mcm mane cara pembelajaran bgi yang pra diploma nie..sy kurang faham?? 🙂

  4. Asslamualaikum..tak boleh buat prmohonan secara online ke?nk dptkn borang2 ni kat mane?trima ksh..

Leave a Reply to NURUL FARHANA BINTI CHE IBRAHIM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *