Peluang Pengajian, Semakan ke Tingkatan 6 tahun 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keputusan Matrikulasi dah keluar, mungkin ada yang kecewa. Tahukah anda masih banyak lagi peluang terbuka luas untuk anda? Tingkatan 6 merupakan salah satu peluang yang baik untuk anda meneruskan pengajian dan menyambung pengajian ke Ijazah kelak. Untuk pengetahuan, Ijazah sarjana muda masih terbuka bukan sahaja kepada pelajar matrik tetapi terbuka juga kepada pelajar STPM. Bagi yang berminat dan dapat meneruskan pengajian dengan cemerlang di STPM masih boleh melayakkan diri mengikuti Ijazah di Universiti.

Semakan tawaran ke tingkatan 6 telah mula dibuka, bagi yang berminat dan berkaitan bolehlah cuba menyemak nama masing-masing menerusi aplikasi online yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semakan tingkatan enam boleh diakses di LINK SEMAKAN dengan memasukkan no kad pengenalan masing-masing.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Syarat kemasukan tingkatan 6 ( jurusan Sains dan Kemanusiaan )

Peluang Pengajian, Semakan ke Tingkatan 6 tahun 2014 1
Jurusan Sains / Kemanusiaan

Syarat Kemasukan tingkatan 6 ( jurusan Agama )

Peluang Pengajian, Semakan ke Tingkatan 6 tahun 2014 2
Jurusan Agama

Cara pengiraan mata gred

Peluang Pengajian, Semakan ke Tingkatan 6 tahun 2014 3

Untuk mengira mata gred, anda pilih 3 yang terbaik dari setiap kumpulan yang dinyatakan diatas.

CTH : 3 gred Keputusan yang paling tinggi  SPM anda ialah : BM A-, BI B, Sejarah B+

oleh itu setelah dicampur A- ( 2 ) , B ( 4 ), B+ ( 3 ) = 9 .. Oleh demikian anda layak ditawar sebab mata yang diperolehi 9 iaitu tidak lebih dari 12 seperti yang disyaratkan.

Selepas semakan dibuat, Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.

Sekiranya berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 05 MEI 2014.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

Sukacita dimaklumkan bahawa murid yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2014 dan sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2, mereka diberi pelepasan awal iaitu pada 02 Jun 2014. Mereka akan mula mendaftar masuk ke Tingkatan Enam pada 04 JUN 2014 (Rabu). Sementara itu, calon yang terpilih untuk mengikuti PLKN Kumpulan 3 dikehendaki membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui laman web JLKN www.khidmatnegara.gov.my.

Semoga Berjaya meneruskan pengajian dan mencapai cita-cita yang diimpikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *