Peluang Pengambilan TLDM Tentera Laut 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan tentera laut TLDM dibuka kepada belia yang berminat dan bersemangat waja dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ). Belia tanah air yang berkelayakan dan memenuhi syarat perlu menghadiri sesi pemilihan :

  • Laskar Muda lelaki
  • Laskar Muda Wanita

Bagi yag berjaya seterusnya akan berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah ( Lain-lain Pangkat ) dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

Pemilihan Laskar Muda TLDM ini adalah bagi siri 213/2015 dan pemilihan akan dibuat dilokasi-lokasi terpilih mengikut masa yang ditetapkan.

Menjadi anggota tentera merupakan tugas mulia dan ianya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Segala kemahiran mempertahan Negara akan dipelajari selepas pemilihan anda berjaya.

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Anggota TLDM juga mempunyai banyak kelebihan seperti kemudahan elaun-elaun dan kebajikan anggota yang lebih terjamin. Biarpun latihan yang bakal ditempuhi kelak agak sukar, namun ianya juga memberi keseronokan kepada mereka yang berminat.

Seperti yang dimaklumkan tadi, untuk berjaya dalam sesi pemilihan, calon perlu terlebih dahulu mengetahui syarat kelayakan dan lokasi dan masa pemilihan akan dibuat. Untuk itu, anda digalakkan merujuk Iklan penuh yang disediakan untuk memudahkan pemahaman dan melihat kelayakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *