Peluang Permohonan Biasiswa Top Glove

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Top Glove
Top Glove

Biasiswa adalah satu sumber kewangan yang sangat diperlukan oleh pelajar. Satu permohonan biasiswa Top Glove dibuka yang perlu direbut bagi mereka yang layak. Biasiswa ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak yang sedang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa di universiti-universiti awam tempatan.

Hanya calon yang berjaya akan diumumkan melalui email dan/atau panggilan telefon.

Syarat Permohonan

  • Umur di bawah 25 tahun
  • Menerima keputusan akademik yang baik dalam SPM / STPM
  • Telah mendapat tawaran untuk masuk ke universiti awam tempatan
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Kurang sumber kewangan untuk melanjutkan pengajian tinggi
Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Jurusan Pengajian yang layak memohon

  • Kejuruteraan Mekanikal / Elektrik / Kimia
  • Kimia / Bio Kimia / Fizik / Matematik
  • Sains Polimer / Sains Gunaan
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Undang-undang
  • Kejuruteraan awam

Jumlah Biasiswa

  • Hingga RM 7000 per tahun untuk pelajar Seni, Undang-Undang, dan Pengurusan
  • Hingga RM 8000 per tahun untuk pelajar Sains dan Kejuruteraan
  • Hingga RM 9000 per tahun untuk pelajar Perubatan dan Pergigian

Jaminan kerja dengan pihak Top Glove Group of Companies selama 3 tahun setelah graduasi.

Bagaimana ingin memohon

Pemohon perlu menghantar borang permohonan yang telah sempurna diisi selengkapnya dan salinan dokumen-dokumen perlu yang disahkan benar.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Berikut ialah borang permohonan Biasiswa Top Glove ( Maklumat Lanjut )

Tarikh Tutup Permohonan dan Maklumat lanjut

Permohonan sentiasa dibuka bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke Institusi/ Universiti.

Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk merujuk Maklumat penuh di Laman rasmi Biasiswa Top Glove.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *