Pengajian Bidang Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengajian Bidang Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral 1
Mineral Emas

Bidang kejuruteraan bahan dan mineral mungkin asing bagi sesetengah individu, bidang ini banyak melibatkan aspek inovasi, dan penigkatan nilai komersial ataupun kepenggunaan bahan termasuk sumber mineral semula jadi yang ada dibumi.

Apa itu mineral bumi

Mineral itu secara mudah ialah bahan-bahan yang terdapat dalam bumi seperti logam, seramik, komposit, polimer, timah, silica, batu kapur, emas, kaolin, granit, arang batu dan banyak lagi.

Kursus dalam bidang kejuruteraan bahan dan sumber mineral

Terdapat banyak kursus berkaitan yang ditawarkan oleh universiti awam mahupun swasta. Jika di peringkat ijazah boleh dicontohkan seperti berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( kejuruteraan Sumber Mineral )
Info Tambahan :  Jual Template Online 2023: Boleh Mengkayakan Ke?

Diskripsi : Pengajian berkaitan perlombongan, pemprosesan, pengurusan sumber mineral dan alam sekitar, mengkaji bahan logam, emas, kuprum, dan timah serta bukan logam seperti Silica, Batu kapur, Liat, Kaolin, Granit dan Arang batu.

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( kejuruteraan Bahan )

Diskripsi : Kajian mengenai logam, seramik, Komposit, Polimer, dan Bahan Semikondukter serta elektronik. Termasuk kajian bahan Komponen enjin, bahan rintangan hakisan, bio-bahan, ubin, besi dan keluli.

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( kejuruteraan Polimer )

Diskripsi : Pembangunan dan penyelidikan, rekabentuk produk dan kimia industri yang berkaitan polimer atau plastik.

Tempoh pengajian

Seperti biasa, tempoh pengajian dia  4 tahun, tak lama..jangan bimbang,,tu pun kalau tak mengulang atau ada masalah kehadiran..

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

Kerjaya masa depan

Soalan ni selalu ditanya bila melibatkan pengajian kebiasaanya pelajar akan berpeluag menceburi bidang pembuatan dan pemprosesan, industri rekabentuk, industri kuari, dan perlombongan, penyelidikan, perundingan, pendidikan. Anda juga boleh menjadi jurutera projek, jurutera proses / pengeluaran, Jurutera rekabentuk, jurutera logi dan kawalan

P/s : Klik LIKE dibawah jika anda suka dengan maklumat saya ini dan rasakan ianya bermakna, Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *