Pengajian Bidang Kesetiausahaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengajian Bidang Kesetiausahaan 1
Kesetiausahaan

Bidang kesetiausahaan bukanlah bidang baru dalam sistem pendidikan tinggi negara, bidang ini ada ditawarkan di universiti tertentu seperti di UITM dan beberapa kolej swasta. Kesetiausahaan ini ditawar melalui program diploma mahupun ijazah dimana ia bagi memenuhi keperluan jawatan setiausaha dan pembantu tadbir dalam mengendali tugas berkaitan kemahiran pejabat, komputer serta mampu mengendalikan pelbagai jenis dokumentasi dan proses-proses pejabat yang lain.

Sekiranya mengambil diperingkat diploma seperti Diploma Kesetiausahaan, pelajar juga boleh meyambung pengajian di peringkat ijazah lain yang berkaitan seperti  Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat.

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Tujuan Pengajian

  • Kesetiausahaan ini pelajar akan belajar untuk menjadi lebih mahir mengendalikan teknologi untuk menyelesaikan masalah tugas berkaitan pentadbiran pejabat serta surat meyurat dan dokumentasi dalam pentadbiran.
  • Selain itu, belajar kesetiausahaan ini dilatih untuk lebih senang dan biasa berkomunikasi samaada secara lisan atau terancang. Selain itu juga latihan komunikasi secara professional bahasa melayu atau bahasa inggeris dalam pejabat juga akan dipelajari.
  • Latihan lain juga diterapkan seperti pengurusan masa, menyelesaikan masalah dan latihan bekerja secara berkumpulan mengikut situasi sebenar kerja nanti.

Peluang Kerjaya

Kebiasaanya lepasan pengajian kesetiausahaan ini akan berpeluang bekerja dalam ruang lingkup berasaskan pejabat dan pentadbiran seperti :

  • Pegawai Tadbir
  • Setiausaha Eksekutif
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu pejabat
  • Setiausaha Peribadi
  • Penolong Peribadi
  • Setiausaha institusi swasta atau kerajaan

2 thoughts on “Pengajian Bidang Kesetiausahaan

Leave a Reply to seri pendita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *