Pengajian Bidang Sains Pergigian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengajian Bidang Sains Pergigian 1
Belajar Anatomi Gigi

Bidang pergigian ini juga merupakan bidang yang popular dikalangan pilihan remaja. Menjadi Pegawai Pergigian ini juga lebih dikenali dengan panggilan Doktor Gigi yang mana ianya juga termasuk dalam bidang pekerjaan yang agak kritikal kini. Hal ini kerana bertugas sebagai doktor gigi ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia bukan sahaja melibatkan perawatan dan aspek luaran pergigian tetapi ia juga berkaitan dengan pembedahan-pembedahan mahupun pembedahan kecil.

Tempoh pembelajaran dan kurikulum

Program ini kebiasaannya dinamakan sebagai Ijazah Doktor Pergigian jika ia dipelajari di peringkat Ijazah sarjana muda. Kebiasaannya tempoh pengajian adalah mengambil masa 5 tahun. Pembelajaran adalah berorientasikan penyelesaian masalah penyakit gigi dan berorientasikan komuniti. Dalam 5 tahun pembelajaran ia terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

  • Fasa I ( Tahun Pertama ) – Sains Asas Perubatan dan Pergigian
  • Fasa II ( Tahun kedua dan Ketiga ) – Sains Pra-Klinikal
  • Fasa III ( Tahun keempat dan Kelima – Sains klinikal pergigian perubatan.
Info Tambahan :  5 Alat dan Perisian untuk Kerja dari Rumah

Syarat  kelayakan

Secara ringkas dan umum, pengambilan ke doktor perubatan ini melalui 3 saluran iaitu bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Setaraf.

Calon STPM

  • Lulus STPM mendapat sekurangnya PNGK 3.00
  • Sekurang-kurang gred B ( NGMP 3.00 ) peringkat STPM dalam matapelajaran seperti Bio,fizik,kimia,matematik tambahan/further mat T
  • Kepujian BI dalam SPM
  • Band 4 MUET
  • Semestinya lulus temuduga 🙂

Calon Lepasan Matrikulasi

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred B ( 3.00 ) di matrikulasi bagi subjek seperti kimia, bio,fizik,matematik
  • Kepujian dalam BI peringkat spM
  • Mendapat sekurangnya band  4 MUET
  • Dan lulus temuduga

Calon Lepasan Diploma/ setaraf

  • Memiliki diloma yang berkaitan dengan kursus dipohon yang mana mendapat PNGK 3.00
Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

Lapangan Pekerjaan

Doktor gigi? Rasanya tak perlu dijelaskan panjang kemana nak kerja. Tetapi pastinya perlu terlebih dahulu mempunyai kelayakan yang cukup serta perakuan sebelum ditempatkan ke istitusi kerajaan seperti hospital kerajaan, namun demikian bagi yang tidak tertakhluk pada mana-mana perjanjian boleh juga memohon di klinik atau institusi swasta ataupun membuka klinik gigi sendiri.

P/s : klik LIKE dibawah jika anda berterima kasih dan rasakan ianya berguna. Terima Kasih

7 thoughts on “Pengajian Bidang Sains Pergigian

  1. keputusan STPM saya baru2 ini GP=A-, ADMAT=B+, BIO=C+,CHE=C+. Adakah keputusan ini melayakkan saya belajar pergigian di Universiti di Indonesia. Kalau diterima tamat belajar dan ingin bekerja di sini. Adakah ia akan menjadi masalah dengan kementarian berkenaan. Harap dr dapat beri pencerahan.

  2. assalamuaikum. saya sebenarnya pelajar lepasan SPM 2011. ada beberapa perkara yang saya agak musykil. soalan saya:

    1) pilihan yang mana satukah yang menjadi pilihan terbaik bagi saya belajar sebelum saya sambung belajar dalam bidang pergigian, sama ada matrikulasi, atau pun asasi? sebabnya saya ada terbaca artikel mengenai kerjaya doktor perubatan (keratan artikelnya);

    ‘Keputusan peperiksaan dan nilaian gred semasa di matrikulasi, tingkatan 6, diploma mestilah tinggi iaitu sekitar PNGK 3.0-4.0. Tetapi kebanyakan universiti awam dan universiti Malaysia yang terkenal lebih gemar mengambil calon yang mendapat tinggi dari 3.5-3.8 malahan ada yang hanya mengambil yang 3.8-4.0 sahaja.

    Rujukan : https://www.xpresi.org/panduan-menjadi-doktor-bidang-perubatan/#ixzz1q17aexJT

    maknanya lebih baik ambil asasi daripada matrikulasi?

    2)antara asasi sains hayat UM (PASUM) dan asasi sains UiTM, yang manakah lebih bagus dan kurang tekanan? saya takut kalau tersalah pilih sebab UM merupakan universiti tempatan yang top dalam Malaysia.

    itu sahaja buat masa sekarang. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *