Pengajian Dalam Bidang Teknologi Industri

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tahukah anda, Pengajian dalam teknologi industri ini merupakan bidang yang ada ditawarkan di universiti-universiti. Masih ramai yang belum tahu berkenaan diskripsi serta prospek kerjayanya. Bidang ini melibatkan hal-hal yang berkaitan industri termasuk pembuatan, penghasilan, proses, dan segala aspek pengeluaran produk sesuatu industri tidak kira kecil atau besar.

Pengajian yang selalu ditawarkan

Kebiasaanya di universiti menawarkan kursus seperti teknologi bioproses, teknologi makanan, teknologi biosumber dan ada juga yang dinamakan teknologi persekitaran.

Cth : Ijazah sarjana muda teknologi ( Persekitaran )

Prospek kerjaya

Jika mengambil kursus teknologi persekitaran anda boleh memohon untuk bekerja sebagai teknologis, jurutera, konsultan, penyelidik, pendidik, pembuat polisi, pengurus dan eksekutif persekitaran yang berkaitan dengan masalah pencemaran dan keharmonian alam sekitar. Skop peluang merangkumi pengilangan, pemprosesan dan pembuatan di organisasi swasta ataupun kerajaan.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Jika mengambil teknologi makanan, biasanya akan bekerja di perkilangan bijirin, penghasilan bakeri, pengisaran dan penceraian gula, pengurus sumbermanusia di sektor kilang gula dan coklat, tenusu, jabatan perikanan, sayuran dan banyak lagi.

3 thoughts on “Pengajian Dalam Bidang Teknologi Industri

  1. Ade maklumat yang lebih terperinci tak mengenai kos ini..
    Saya ingin tahu adakah kos persekitaran ini merupakan salah satu kos yang baru dikenali di Malaysia…

    Terimakasih utk maklumat yang berguna… :)))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *