Pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara IKBN

IKBN

Institut Kemahiran Belia Negara menyediakan banyak peluang latihan kepada pelajar lepasan SPM setiap tahun bagi mempelajari kemahiran asas untuk mendapatkan peluang kerjaya yang lebih baik serta memenuhi permintaan pasaran kerja serta memberi peluang kepada pelajar yang berminat dengan kemahiran berbanding pembelajaran teori.

Jika pelajar dapat menyambung belajar kemahiran di sini, biaya yuran ditanggung oleh Kementerian Belia dan Sukan serta diberikan elaun bulanan. Kursus akan dilaksanakan di Institut Latihan Kemahiran Swasta dan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan mengikuti latihan secara sepenuh masa.

Pihak institusi berkenaan yang bertanggungjawab sepenuhnya melatih para pelajar mengikuti tempoh dan persijilan yang ditetapkan. Pelajar yang terampil akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, mengikut tahap dan pencapaian pelajar. Kementerian akan membiayai sepenuhnya yuran latihan pelajar dan elaun sebanyak RM 210.00 sebulan.

  • Terhad : Simkad, Prepaid Panggilan, SMS dan Internet Termurah

  • Syarat Kemasukan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN

    •  warganegara Malaysia
    • berumur 17-25 tahun
    • kelayakan minima ialah tamat Tingkatan 5 serta menduduki peperiksaan SPM/SPMV
    • bujang/belum berkahwin
    • tidak mempunyai rekod jenayah
    • lulus pemeriksaan kesihatan

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Kemahiran di talian 03-88713686, 3688, 3660.

    Bidang latihan dan tempoh pengajian

    1. Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam,  Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    2. Juruteknik Sistem Komputer, Tahap 2 & 3, Tempoh 12 bulan.
    3. Perekabentuk Multimedia, Tahap 2 & 3, Tempoh 12 bulan.
    4. Artis DTP / Pereka Grafik, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    5. Penyelia Kaunter Hadapan, Tahap 2 & 3, Tempoh 12 bulan.
    6. Tempahan dan tiketan, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    7. Pemandu Pelancong, Tahap 3, Tempoh 6 bulan.
    8. Penyediaan Makanan,  Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    9. Penyeliaan Makanan dan Minuman, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    10. Penyediaan Kek & Pastri, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    11. Mekatronik, Tahap 1 & 2, Tempoh 9-12 bulan.
    12. Teknologi Plastik, Tahap 1 & 2, Tempoh 6-9 bulan.
    13. Elektronik Industri, Tahap 1 & 2, Tempoh 9 bulan.
    14. Jurukecantikan, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    15. Pendandan Gaya Rambut, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    16. Jahitan Pakaian Wanita, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    17. Teknologi Percetakan, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    18. Juruelektrik, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
    19. Mekanik kenderaan Bermotor, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.

    Maklumat yang disediakan mengenai IKBN ini mungkin sentiasa mengalami perubahan mengikut tahun pengambilan. Diharapkan informasi ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran apa itu IKBN serta kelebihan-kelebihan yang ada.Selamat berjaya. Amin

    Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

    ( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

    Majalah e- Xpresi


    SIM KAD EKONOMI JIMAT UNTUK PELAJAR DAN PEKERJA HANYA RM 10
    Murah, Laju dan Menjana Pendapatan 
    
    KELEBIHAN :
    - Panggilan, SMS, Internet Termurah dan Laju
    - Sim kad Rm 10 Sahaja
    - Tempoh Tamat 28 Bulan
    - FREE SMS setiap bulan sehingga 1800 sms setahun
    - Boleh Kekal no Asal atau Guna Nombor Baru
    - Sumber Pendapatan Sampingan/ Tetap anda
    - Top Up di mana sahaja Seperti Telco lain
    - Rangkaian Luas seperti Celcom
    - Syarikat Telco Berdaftar
    - Telus dan Tiada cas tersembunyi 
    - Semudah, Beli Sim kad RM 10 > Guna Call, SMS@ Internet > Jika Jimat beritahu kawan anda > Setiap kali Kawan2 Anda top up, anda dapat duit
    Maklumat Lanjut

    6 thoughts on “Pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara IKBN

    1. SALAM .SAYA NK TANYA BILA PERMOHONAN IKBN DI BUKAKAN

    2. as’sallam…….maaf klau mngangu……sye ade solan untuk encik…..bhagian aircond xde erghh..???

    3. Salam,
      Nak tanya untuk kemasukan pada 2014 ada open lagi tak?
      Kalau ada bila?

      Tq

    4. Assalammualaikum . sesi 2013 untuk bulan julai 2013 ada bukak tak ?

    5. salam,saya nak tanya bila permohonan IKBN akan dibuka?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *


    *

    Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

    PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.