Pengambilan Tentera Udara Jom Masuk Tentera Lelaki dan Wanita 2018

8
988
Tentera Udara
Tentera Udara

Satu pengambilan tentera udara untuk kemasukan januari 2018 telah dibuka. Permohonan ini dibuka kepada lelaki dan wanita yang berminat dan mempunyai semangat kental menganggotai pasukan keselamatan tentera Udara.

Syarat Akademik

TUGAS KHUSUS.

Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM.

SKM

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM.

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM.

KEISTIMEWAAN

Gaji dan Elaun Tetap 

Pemohon yang berjaya akan mengangkat sumpah setia dan dilantik ke pangkat Perajurit Muda Udara (PjM U).  Seterusnya akan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan.  Anggota yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan akan dinaikkan ke pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di dalam perjawatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengikut kepakaran dan cawangan yang telah ditetapkan.

Gaji dan elaun
Gaji dan elaun

Keistimewaan LLP.  Selain daripada menerima gaji dan elaun tetap, anggota TUDM juga akan menerima keistimewaan seperti berikut (tertakluk kepada syarat dan kelayakan):

 Elaun dan Insentif.

1.      Bayaran Insentif Penerbangan. 

2.      Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung

3.      Elaun Perjalanan ke Tempat Bertugas.  

4.      Elaun Khas Pasukan Khas Udara.

Keistimewaan Lain.

1.      Makan dan tempat tinggal percuma

2.      Rawatan perubatan dan pergigian percuma (anggota dan keluarga).

3.      Pakaian Seragam percuma.

4.      Waren Perjalanan Tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga.

5.      Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

6.      Semua jenis Pinjaman Kerajaan.

7.      Peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma.

8.      Cuti Tahunan.

Cara Permohonan

Calon yang memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan boleh memohon secara atas talian di laman sesawang http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login (Kata Kunci : Jom Masuk Tentera) semasa tingkap permohonan dibuka.

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2017

Maklumat Lanjut

MARKAS TENTERA UDARA 

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 

KERJAYA DAN PENGAMBILAN

TINGKAT 7, BANGUNAN TH SELBORN

153, JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR    

 Tel : 03-2681 2412/13

 

Anda dinasihatkan merujuk Iklan penuh dan Maklumat lanjut Prospek Permohonan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

8 COMMENTS

  1. sya nk daftar utk ank SPM tahu ini..bila dh daftar utk jd juruterbang bole ke trus dpt jd juruterbang @ jika tidak dpt mereka tolak di bhgian lain. minta penjelasan.

    terima kasih

Apa Komen Anda :