Pengenalan Kepada Universiti Malaya ( UM ) Malaysia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengenalan Kepada Universiti Malaya ( UM ) Malaysia 1
LOGO UM

Kali ini ingin memberikan sedikit info mengenai Universiti Malaya ( UM )  atau University Malaya untuk infomasi pemohon, adik-adik serta pelawat kami. Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah Penubuhan UM

Universiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).

Universiti Malaya mendapat namanya dari istilah ‘Malaya’ yang kemudiannya menjadi nama negara. Suruhanjaya Carr-Saunders, yang mengesyorkan penubuhan universiti ini, dalam laporannya pada 1948 mengatakan: “Universiti Malaya buat pertama kalinya akan menyediakan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bercampur gaul dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat. Bagi Universiti Malaya, inilah dia sebuah universiti untuk Malaya.”

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Pembangunan Universiti yang sangat pesat pada abad pertama penubuhannya menyebabkan pelaksanaan pembahagian dua Divisyen berautonomi pada 1959, satu terletak di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur. Dalam tahun 1960, kerajaan bagi kedua-dua kawasan menyatakan keinginan untuk mengubah status Divisyen kepada universiti nasional. Permohonan ini diluluskan pada 1961 dan tertubuhlah Universiti Malaya pada 1 Januari 1962.

Pada 16 Jun 1962, Universiti Malaya meraikan perlantikan Canselornya yang pertama iaitu Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga Perdana Menteri negara yang pertama. Naib Canselor UM yang pertama adalah Profesor Oppenheim, Ahli Matematik terkenal dunia.

Kini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah merupakan Canselor Universiti Malaya.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon pula telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang kesepuluh pada 8 November 2008. – RUJUK SUMBER

Senarai Fakulti, pusat dan Akademi Universiti Malaya UM

  • Fakulti Alam Bina
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Sastera dan Sains Sosial
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Bahasa dan Linguistik
  • Fakulti Undang-undang
  • Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
  • Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Akademi Pengajian Melayu
  • Akademi Pengajian Islam
  • Pusat Sukan
  • Pusat Kebudayaan
  • Pusat Dialog Peradaban
  • Pusat Penyambungan Pendidikan (UMCCed)
  • Pusat Asasi Sains
  • Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya
  • Pusat Penyelidikan Bioteknologi Agrikultur (CEBAR)
  • Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP)
  • Institut Pengajian Pasca Siswazah
  • Institut Asia-Eropah
  • Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA)
  • Institut Pengajian Kepengetuaan
  • Institut Pengajian China (ICSUM)

Lokasi Universiti Malaya ( Map )


View Larger Map
Sumber : Laman Rasmi Universiti Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *