Penggunaan Papan Buletin dan Papan Kenyataan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Papan kenyataan dan papan buletin biasa kita lihat ditempat laluan utama setiap institusi. Jarang sekali ia dihuraikan betapa pentingnya pada pelbagai aspek terutama pendidikan dan komunikasi. Papan Buletin merupakan satu kelengkapan bagi membuat sebaran dan makluman kepada komuniti setempat bagi tujuan tertentu. Kebiasaanya papan buletin ini diletakkan di kawasan yang menjadi laluan utama dan tempat berehat kebanyakan orang.

Institusi pendidikan seperti sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak, papan buletin dan papan kenyataan ini amat penting untuk proses memudahkan urusan penyebaran maklumat dan komunikasi sehala. Sebagai contoh di sekolah ia digunakan untuk memaparkan maklumat dan ilmu pendidikan termasuk subjek-subjek pelajaran serta pencapaian pelajar. Bagi pusat asuhan kanak-kanak, papan buletin ini digunakan untuk pelbagai fungsi seperti makluman waktu pulang ataupun info penting kepada ibu bapa penjaga.

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Ciri Papan Buletin dan kenyataan yang baik

Papan buletin perlu dalam keadaan baik untuk meningkatkan lagi kefungsiannya. Papan kenyataan yang tidak menarik akan kurang menarik perhatian orang melaluinya sekaligus melemahkan penyampaiannya. Untuk itu, papan buletin perlulah mempunyai :

·        Tarikh

·        Tajuk

·        Hiasan bingkai

·        Hiasan bertema

·        Warna yang cerah

·        Warna yang menarik perhatian

·        Warna latar yang kontra dengan tulisan

·        Dibahagikan mengikut tujuan, sagmen berlainan

·        Mempunyai banyak fungsi

·        Maklumat disusun mengikut segmen/ bahagian

·        Mempunyai poket/ tempat letak bahan

·        Kemas dan tidak berlebihan

Tujuan dan Kelebihan Papan Buletin dan Kenyataan

Papan buletin kini mempunyai cara online atau offline, penggunaan papan buletin secara offline masih relevan kerana ia juga merupakan salah satu kompunen yang boleh menyumbang kepada keceriaan sesuatu lokasi. Papan buletin mempunyai banyak kelebihan seperti :

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

·        Medium penyampian maklumat

·        Medium penyebaran maklumat

·        Penyumbang keceriaan bertema

·        Membantu proses pembelajaran

·        Memohon bantuan dan sumbangan

·        Makluman ibu bapa penjaga/ pelanggan/ staff

·        Pengiktirafan atau penghargaan positif komuniti

·        Pertukaran maklumat

·        Maklumat lebih kemas dan teratur

Contoh papan buletin

 

Papan buletin
Papan buletin

Penggunaan Papan Buletin dan Papan Kenyataan 1

Papan buletin yang baik seharusnya mempunyai hiasan yang tidak keterlaluan dan sebaiknya mempunyai tempat untuk menulis dan meletakkan bahan.

Lokasi papan buletin kebanyakannya perlu diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti :

·        Tepi pintu utama

·        Lorong tumpuan ramai

·        Di tepi tangga

·        Hadapan bangunan

·        Bilik khas menunggu

·        Bilik tetamu

·        Lokasi mengambil

·        Kantin/ cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *