Penjelasan KPM Isu IPG Ditutup

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Isu IPG Ditutup
IPG Raja Melewar

Baru-baru ini segelintir masyarakat berbincang berkaitan Isu IPG ditutup. Isu ini akhirnya dijawab oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kenyataan media menerusi Laman Rasmi KPM. Institut Pendidikan Guru ( IPG ) merupakan institusi yang penuh manfaat apabila institusi bekenaan banyak menabur bakti untuk melahirkan keluaran pendidik yang mampu memenuhi sektor pendidikan negara. Jika benar penutupan IPG ini boleh memberi banyak kesan baik dan buruk. Walaupun demikian, secara jelas penutupan IPG mampu menjejaskan jumlah pengambilan pelatih guru akan datang dan juga akan berlaku pergerakan tenaga pengajar sedia ada. Bagi menjawab isu ini, KPM telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu ini.

Kenyataan media penutupan IPG

kenyataan-media-penjelasan-berhubung-dakwaan-penutupan-ipg-edit-12_15tgh1

kenyataan-media-penjelasan-berhubung-dakwaan-penutupan-ipg-edit-12_15tgh2

KPM ingin menjelaskan bahawa tiada IPG yang akan ditutup.

Daripada kenyataan media KPM menegaskan tidak ada IPG yang ditutup, namun demikian terdapat 27 kampus IPG seluruh negara, sembilan IPG antaranya akan ditukar kepada Kolej Vokasional atau Politeknik berikutan galakan kerajaan memperkembang keperluan Latihan Teknik dan Vokasional  ( TVET ). Menurut KPM belum ada IPG tersebut yang dimuktamadkan.

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Selain itu, 2 daripada 27 IPG tersebut akan dijadikan Pusat Permata seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalu Bajet 2017. IPG tersebut ialah IPG Kampus Raja Malewar, Negeri Sembilan dan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Pengambilan Guru Pelatih PISMP

Penukaran IPG ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengambilan pelatih. Namun demikian KPM membuat penyelarasan dengan jumlah kekosongan semasa kerana persaraan dan permintaan guru baharu bagi mengelak wujudnya lambakan guru.

Data Pengamambilan guru seperti yang ditunjukkan melalui kenyataan media KPM menunjukkan penurunan pengambilan guru pelatih iaiatu seramai 5000 orang pada tahun 2010 menurun sehingga 1576 orang sahaja 2016. Data tersebut menunjukkan bilangan guru diperlukan semakin berkurang.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

IPG sedia ada mencukupi

Menurut KPM, baki  16 IPG diseluruh negara yang tidak ditukar mampu menampung keperluan baharau guru ambilan latihan PISMP. KPM juga memaklumkan tren pengambilan guru akan datang sekitar 1600 orang.

IPG yang ditukar tersebut tidak lagi mengambil guru pelatih tetapi pelajar sedia ada akan turus menghabiskan pengajian di IPG bekenaan.

Tenaga Pengajar IPG

Tenaga pengajar IPG bekenaan pula akan mengalami penyuraian ke institusi pendidikan lain sekitarnya tanpa menjejaskan apa-apa gred atau opsyen.

Apa arespon anda? Pastinya ia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *