Penting, Jadual Waktu SPM 2016

Jadual waktu adalah sangat penting, untuk pengetahuan Jadual Waktu SPM 2016 telahpun dikeluarkan sebelum ini. Mungkin ada pelajar yang masih belum maklum dan bersedia dengan jadual waktu mereka sendiri. Sebenarnya jadual waktu SPM ini telahpun dikeluarkan awal dan kebanyakan sekolah juga akan mengedarnya kepada calon menerusi guru. Namun demikian, kemarin kami ada menerima email dari pelawat bertanyakan jadual waktu SPM 2016. Mungkin calon tersebut ketinggalan maklumat ataupun belum lagi dibekalkan jadual SPM.

Jadual Waktu SPM 2016

Untuk pengetahuan, jadual waktu  telah dikeluarkan dan boleh dimuat turun di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Jadual waktu adalah dalam bentuk ( pdf ). Bagi yang masih belum mempunyai jadual tersebut bolehlah muat turun ( Jadual Waktu SPM 2016 )

Jadual Waktu SPM

Jadual Waktu SPM

Mengikut Jadual waktu  yang dikeluarkan, peperiksaan SPM akan bermula pada hari isnin 7 November 2016 iaitu kertas Bahasa Melayu kertas 1 ( 8.00-10.15 pagi )

Menarik :

Kertas akhir SPM pula ialah English for Science and Technology Kertas 2 ( Aneka Pilihan ) iaitu pada 6 Disember 2016. Namun demikian, ada calon yang akan habis peperiksaan lebih awal mengikut subjek SPM yang diambil 2016.

Bersedia Lebih Awal

Apa sahaja yang diusahakan lebih awal pastinya akan lebih membuahkan hasil. Jadual Peperiksaan sahaja sebenarnya boleh sedikit sebanyak membantu meningkatkan kecemerlangan calon. Melalui jadual yang diberi mampu memberikan lebih gambaran bila sesuatu subjek akan berlangsung dan persediaan mental dan fizikal perlu dilengkapkan berdasarkan waktu yang ditetapkan.

Melalui informasi jadual waktu ini juga mampu memberikan lebih motivasi kepada calon bahawa peperiksaan semakin hampir dan pasti. Motivasi dan kesedaran ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan lagi usaha calon untuk lebih mengulangkaji pelajaran.

4.67 (93.33%) 3 votes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*