Peperiksaan SPM dan Jadual SPM 2015

one seoPeperiksaan SPM akan berlangsung 7 hari lagi, Jadual SPM 2015 merupakan perkara penting dalam membuat persediaan. Menurut KPM peperiksaan SPM akan bermula 2 november 2015 hingga 8 Disember 2015. Peperiksaan SPM tahun ini melibatkan calon seramai 440,682 orang yang telah mendaftar. Sebanyak 3,501 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh Negara. Oleh itu, seramai 34,146 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar.

Persediaan SPM 2015

Seperti biasa, persediaan emosi penting dalam menghadapi peperiksaan. Untuk mengawal emosi sebaiknya anda lebih bersedia dengan banyak praktis latihan yang ringan supaya meningkatkan lagi keyakinan diri.

Baca Juga :  Contoh Nota Serah Tugas Perpindahan Guru

Disaat akhir menjelang peperiksaan tidak perlu lagi baca buku teks atau buku yang tebal, cukuplah dengan membuat latihan tahun lepas atau terpilih disamping mengulangkaji nota ringkas atau peta minda yang telah dibuat sebelum ini.

Menarik :

Selain itu untuk mempersiapkan diri lebih bersedia ketika menjawab soalan peperiksaan SPM sebenar nanti. Adalah lebih baik anda membiasakan diri menjawab soalan sama waktu dgn peperiksaan sebenar. Ada kes pelajar terbiasa belajar waktu malam yang mengalami ketidakselesaan atau kebuntuan ketika menjawab soalan sebenar pada waktu petang.

Baca Juga :  Borang Permohonan Cuti Kuarantin Penjawat Awam

Dapatkan Jadual peperiksaan SPM 2015 lebih awal

Untuk mengelakkan dari tidak bersedia, ada baiknya anda mendapatkan jadual SPM 2015 lebih awal dan membiasakan diri denan waktu peperiksaan sebenar. Untuk mendapatkan jadual peperiksaan SPM 2015 sebenar anda boleh dapatkannya dari guru anda atau muat turun di Laman Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Anda juga boleh muat turun melalui pautan ( Jadual SPM 2015 ).

Semoga anda teliti dengan baik jadual yang disediakan dan lebih banyak membuat persediaan. Semoga Berjaya

Terima Kasih

Baca Juga :  Soalan Percubaan Sejarah SPM 2016 Mengikut Negeri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*