Perasaan Dimainkan Perasaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sifat marah merupakan perkara biasa dan selalu terjadi kepada sesiapa sahaja. Sifat marah terbentuk semestinya disebabkan oleh beberapa perkara. Sifat marah ini merupakan emosi sekunder yang terbentuk hasil dari sebab-sebab primer yang mampu mencetuskan kemarahan itu.

Kebanyakan sifat marah ini terbentuk dari emosi-emosi primer seperti risau, disisihkan, tidak puas hati, cemburu dan sebagainya. Melalui pembentukan emosi primer itulah yang menjadi punca emosi marah itu terbentuk. Penting untuk kita sedari bahawa emosi marah itu sebenarnya dipermainkan oleh emosi-emosi primer tadi. Oleh itu, perasaan marah itu sendiri perlu dikawal kerana apabila kita dipengaruhi oleh emosi marah itu menunjukkan kita berada dibawah sedar.

Sekiranya kita membenarkan diri kita berada di bawah sedar sedikit sebanyak mempengaruhi corak pemikiran kita serta keputusan yang kita buat. Hal ini sudah tentu akan membuatkan timbulnya tindakan yang tidak rasional serta boleh menjejaskan orang lain disekitarnya. Jadi, adakah kita masih memilih untuk dipermainkan oleh perasaan kita sendiri? fikir-fikirkanlah..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *