Perbezaan Ijazah ( Kepujian ) dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Perbezaan Ijazah ( Kepujian ) dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah 1
Gambar Hiasan

Pernahkah kita lihat perkataan kepujian ( Hons ) semasa ingin memohon universiti atau melihat sekeping ijazah? Perkataan “ Kepujian “ ditulis bersama dengan kursus yang diambil contohnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. Menjadi tanda tanya, ada juga permohonan universiti atau transkrip ijazah yang tidak tertulis kepujian contohya Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Mungkin ia menimbulkan persoalan, apa beza ada perkataan kepujian dengan tidak ada kepujian?

salam , saya keliru mengenai dua benda ni . apa beza antara ijazah sarjana muda dengan kepujian dan ijazah sarjana muda sahaja ? adakah title ” kepujian ” tu bagi kesan apa-2 di alam pekerjaan nanti ? terima kasih

Menjawab kepada pertanyaan pelawat kami bekenaan persoalan ini, kami terbitkan disini bagi membantu serta menjadikan informasi ini lebih terbuka kepada umum untuk membincangkannya. Sebelum itu, perkataan kepujian itu sebenarnya bukanlah kepada sesetengah kursus sahaja. Perkataan kepujian itu boleh diberikan kepada mana-mana kursus Ijazah yang diambil tidak kira ia sains, sastera, kejuruteraan atau kemanusiaan. Masalah disini, kadangkala kita melihat perkataan kepujian itu ditulis dan kadangkala tidak ditulis. Apa beza perkataan kepujian itu? Adakah ia mempengaruhi pekerjaan?

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Kami cuba bertanya kepada ilmuan dan beberapa individu, jawapan mereka adalah seakan sama dan kadangkala agak samar. Kami juga ada bertanyakan hal ini kepada admin xpresi dan jawapanya juga sama.

Untuk tidak mengecewakan pelawat yang bertanya, dapat kami bantu dengan memberikan istilah kepujian itu mengikut sistem pendidikan tinggi luar Negara.

Di Australia kepujian itu diberikan kepada pengajian yang mempunyai kajian di akhir pengajian dan ia juga bergantung pada pencapaian pelajar tersebut secara berterusan semasa tahun ke 2-3. Pelajar juga perlu membuat thesis  dan menerbitkannya. Oleh demikian, kepujian itu diberikan kepada pelajar yang cemerlang sahaja dalam kursus yang diambil.

Untuk di United Kingdom UK, kepujian itu membezakan kelulusan professional/ ijazah khas dan ijazah biasa. Untuk mendapatkan kepujian perlulah cemerlang paling kurang CGPA 2.00 ( Kelas kedua ) semasa menamatkan pengajian. Selain itu, kajian juga perlu dilakukan semasa tahun akhir pelajar bekenaan.

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

Untuk di Malaysia ini, kami tidak dapat memberikan ketetapan atau penerangan yang lebih baik kerana apa yang telah berlaku kini agak mengelirukan ( kelemahan kami ) berbanding penggunaan “ Kepujian “ itu sebelum tahun 90an. Jika dahulu, pemberian kepujian adalah bagi Ijazah yang berkualiti iaitu mendapat keputusan akhir yang baik ( kelas pertama ) untuk mendapatkan taraf Kepujian itu.

Kesimpulan : Kami mohon maaf kerana tidak berupaya membantu dalam persoalan ini, namun demikian dapatlah dibuat kesimpulan pemberian kepujian ini adalah bagi kursus yang mempunyai kajian ( thesis ) semasa tempoh pengajian dan juga memerlukan keputusan CGPA yang baik. Cadangan kami, sebelum memilih pengajian adalah lebih baik jika memilih kursus yang mempunyai tawaran kepujian. Jika ditanya yang mana lebih diberi keutamaan dalam memohon kerja? Kami pasti anda tahu jawapannya.

9 thoughts on “Perbezaan Ijazah ( Kepujian ) dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah

  1. ijazah yang ada kepujian tempoh belajar adalah 4 tahun, di tahun akhir ada kajian.
    ijazah yang tiada kepujian tempoh belajar adalah 3 tahun sahaja dan tiada kajian.

  2. Salam, pada pemahaman sy, tak tau la betul ke tak.. kalau ade diploma dan sambung amik ijazah, ade kepujian. contohnya kalau pelajar diploma perakaunan, sambung Ijazah sarjana muda perakaunan (kepujian). tapi kalau dari stpm atau matrikulasi, amik ijazah, jd Ijazah sarjana muda perakaunan. mungkin la..sbb mcm penah dengar org ckp tp saya xde sumber nk tunjuk..hehe..

    1. Maaf ye saudara.. tak semestinya lepasan stpm atau matrik, jika sambung ijazah xde kepujian. Sbb sy sambung ijazah selepas stpm.. msh ada ijazah dgn kepujian. Jika sy slh fhm, maafkan sy.

  3. Salam sejahtera,

    Setelah saya baca entri ini, saya menjadi ragu-ragu utk menerima tawaran ke ipta yang telah saya dapat. Ini kerana program yg ditawarkan kepada sy tidak mempunyai kepujian. Pada pendapat tuan, adakah sy patut memohon pada ipta lain yg mpunyai program beserta kepujian?

    1. Salam sejahtera.. kebanyakan taearan sekarang ini banyak yang mempunyai kepujian..mungkin pihak universiti tidak update atau ada sedikit kesilapan. Sebaiknya cuba dapatkan pengesahan kepujian itu dari pihak universiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *