Perkongsian Kerjaya Seorang Guru

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

*** Dibawah ini ialah kiriman Asri Fahmi, Pahang, salah seorang pembaca xpresi.org untuk dikongsi bersama.

Nama anda?/tempat/negeri anda? ( Tidak perlu isi jika ingin rahsiakan
nama )
Asri Fahmi, Pahang

Saya nak kongsi pekerjaan sebagai?
Guru / Pendidik sekolah menengah

Tujuan saya nak kongsi?
Supaya memberikan minat serta panduan kepada pembaca di laman web ini.

Ceritakan ketika di sekolah menengah/aliran?
Di sekolah menengah saya adalah pelajar biasa. Saya mendapat keputusan
yang agak memuaskan semasa PMR, Oleh itu saya dimasukkan ke aliran
sastera semasa tingkatan . Semasa SPM saya juga dapat keputusan
sederhana dan menyambung pengajian peringkat STPM. Di STPM saya ambil
aliran kemanusiaan iaitu BM, Peng AM, Sej, sastera. Saya banyak
menyesal dan bertekat untuk ke universiti. Akhirnya pada tahun 2002
saya dapat keputusan cemerlang dalam STPM. 3A 1B.Saya memohon
universiti UPSI, UPM..kesemuanya aliran pendidikan. AKhirnya saya
dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi di UPSI.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Ceritakan ketika di universiti aliran/kursus?
Ketika di Universiti, saya banyak belajar subjek-subjek pecahan kepada
geografi dan juga subjek-subjek pecahan pendidikan seperti pedagogi,
psikologi pendidikan dan sebagainya.
Mendapat pointer 3.3 semasa akhir semester.

Ceritakan semasa praktikal atau latihan industri?
Saya praktikal di sekolah di daerah manjong perak.Banyak kenangan
disana yang saya dapat.

Serba ringkas aliran untuk menjadi kerjaya seperti anda sekarang?
Selepas praktikal saya dikehendaki memohon penempatan guru. Borang
saya dapatkan di UPSI.
Setelah tamat belajar..saya menunggu lebih 3 bulan dan akhirnya
dipanggil temuduga. Selepas temuduga , tidak lama selepas itu saya
dipanggil untuk ditempatkan di Johor.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Purata gaji penuh anda sebulan sekarang?
Rahsia

Bagaimana peluang untuk naik pangkat dan gaji?
Saya perlu tingkatkan prestasi kerja untuk meningkatkan gred saya
iaitu DG 41 ke DG 44 seterusnya DG 48 dan seterusnya. Saya juga
berhasrat menyambung pengajian Ijazah Sarjana Geografi dan ingin jadi
pensyarah.

Nasihat anda?
Tiada apa yang mustahil jika kita ingin dan bersungguh2 mengejar
impian. Belajarlah rajin2 supaya ilmu yang kita ada mampu mengubah
nasib keluarga dan masa depan kita.

Lain-lain?
Terima kasih kerana memberi peluang saya kongsikan disini..semoga
berjaya.

Asri Fahmi, Pahang

Jika Anda berminat dan sukarela ingin berkongsi tentang kerjaya anda seperti diatas.. silalah Klik disini atau klik pada sahabat kerjaya@xpresi untuk mengisi borang soalan..Keperihatinan anda amat dihargai..terima kasih

3 thoughts on “Perkongsian Kerjaya Seorang Guru

  1. Selamat sejahtera cikgu..Saya pelajar lepasan spm tahun 2018 tapi saya masih lagi tidak menuntut pengajian seterusnya disebabkan keadaan keluarga dan juga pada masa tu saya sangat konfius untuk memilih pengajian mana🤔..Tapi cikgu masa sekolah rendah & menengah saya ada impian untuk jadi guru terutamanya dalam bidang geografi,ekonomi rumah tangga dan perniagaan..Tapi saya tidak tahu laluan mana yang sesuai untuk jadi guru..Saya tidak dapat mana-mana tawaran seperti STPM disebabkan tidak capai syarat masuk..Result spm saya dapat 2B 3C+ 3C 1 D

    BM = B
    SEJ = B
    SC = C +
    MT = C +
    BT = C +
    PM = C
    GEO = C
    PERNIAGAAN = C
    B.INGGERIS = D

    Cikgu boleh guide saya macam mana nak menjadi guru dan kursus mana yang sesuai untuk jadi guru🙏🙏..

    Please help me cikgu

    1. Untuk menjadi guru agak sukar kerana persaingan sengit.. persaingan membuatkan keputusan yang terbaik megikut merit akan dipilih. Saluran popular seperti IPG, Ijazah pendidikan pun masih ramai juga tidak ditempatkan.. Untuk sheelah boleh cuba perbaiki keputusan yg ada dan cuba memohon menjadi guru institut swasta. Gaji mungkin agak rendah dari kerajaan, tetapi ia juga tetap ada kenaikan. ada banyak tempat institut pendidikan swsata yang menawarkan jawatan guru seperti pusat tuisyen sekolah integrasi. Jika dapat belajar ke tahap ijazah sarjana muda atau master mungkin boleh juga ke US/IPTS menjadi tenaga pengajar di sana..

  2. Harap saya pun dapat jadi cikgu seperti awak..ops..knape jadi rahsia gaji tu.. :laugh: :laugh: ape2 pun..thaks for sharing..I :yes:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *