Perlaksanaan Psikometrik IKK EPKM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Psikometrik IKK epkm
Psikometrik IKK epkm

Secara berkala, setiap sekolah kebiasannya ditetapkan untuk membuat perlaksanaan psikometrik IKK EPKM. Sebelum itu, Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif. Ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.

Pengenalan Inventori Kematangan Kerjaya ( IKK )

IKK bertujuan untuk mengumpul data mengenai tahap kematangan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan lima. IKK mengandungi 50 item yang mengukur domain sikap dan domain kecekapan merangkumi 25 item bagi setiap satu domain. Kedua-dua domain tersebut dapat mengukur tahap kesediaan murid untuk melakukan aktiviti yang berkaitan alam kerjaya.

IKK juga dapat mengenal pasti maklumat mengenai perasaan, reaksi subjektif, kemahiran, kecenderungan, dan minat seseorang murid semasa membuat sesuatu pilihan kerjaya. Tujuan IKK adalah untuk mengukur kematangan murid dari segi sikap, kebolehan, kemahiran dan kecekapan dalam membuat keputusan pemilihan kerjaya (Crites, 1978, 1995; Rohany Nasir, 2003, 2005).

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Objektif Perlaksanaan Inventori Kematangan Kerjaya IKK

  • Mengukur tahap kematangan kerjaya murid merangkumi domain sikap dan domain kecekapan,
  • Menilai keselarasan tingkah laku kerjaya dengan tahap umur murid tingkatan lima,
  • Mengupayakan murid dalam menentukan pemilihan kerjaya yang tepat dengan personaliti diri,
  • Menggalakkan murid meneroka maklumat kerjaya secara mendalam bersesuaian dengan personaliti diri.

Bagaimana Cara Untuk Melaksanakan Ujian Psikometrik IKK epkm

Inventori IKK ini agak baru diperkenal untuk dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 5. Inventori IKK ini adalah sulit tidak boleh diedarkan kepada individu lain melainkan guru kaunseling yang mendapat tanggungjawab melaksanakanya.  Oleh demikian, sedikit panduan disediakan bagaimana untuk mengisi dan mengira markah pada borang soalan IKK untuk panduan guru dan pelajar semasa menjawab TANPA mendedahkan soalan dan kunci jawapan IKK.

Menjawab solan dan Pengisian ke kotak markah
Menjawab soalan dan Pengisian ke kotak markah
  1. Untuk menjawab soalan IKK, pelajar terlebih dahulu perlu menulis maklumat penting seperti nama, kelas, tarikh, jantina dan no kad pengenalan.
  2. Baca soalan yang disediakan, Sekiranya soalan no 1 anda pilih setuju sila tandakan pada kotak no 1 bulatkan S di kertas jawapan anda.
  3. Seterusnya anda baca dan jawab soalan seterusnya dan bulatkan pilihan anda samaada S atau TS.
Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan
Pengiraan Markah IKK
Pengiraan Markah IKK
  1. Setelah anda menjawab kesemua soalan, kebiasanya guru akan membantu anda untuk mengira skor.
  2. Guru akan memberitahu jawapan kepada setiap soalan samada S atau TS.
  3. Sekiranya jawapan no 1 setuju S dan jawapan yg anda bulatkan juga S maka anda perlu meletakkan 1 di kotak putih sebaris denganya.
  4. Begitulah sampai kesemua jawapan dimaklumkan oleh guru dan setiap soalan terisi markahnya samaada 1 atau 0.
  5. Selepas itu markah dikira dengan menambah kebawah dan markah dicatat dikotak yang disediakan.
  6. Markah-markah itu pula dicampur secara melintang untuk mendapatkan markah keseluruhan untuk domain tersebut.
  7. Cara yang sama juga dibuat untuk domain kecekapan.
  8. Selepas itu markah keseluruhan dikira seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Ilustrasi markah yang ditunjukkan adalah contoh sahaja, markah mungkin berlainan bagi setiap individu.

Setiap markah yang berjaya anda dapat mempunyai maksud tersendiri yang akan dihuraikan oleh guru kaunseling anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *