Permohonan Asrama 1 Malaysia Tingkatan 1 2017 KPM

Berita baik kepada lepasan UPSR terbaru, satu permohonan Asrama 1 Malaysia dibuka. Permohonan ini adalah bagi kemasukan ke tingkatan 1 tahun 2017 nanti. Asrama 1 Malaysia A1M menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1 Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tiggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.

Permohonan Asrama 1 Malaysia

Permohonan Asrama 1 Malaysia

Penubuhan A1M adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan saling menghormati, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu, aman dan makmur.

Baca Juga :  Penjelasan KPM Isu IPG Ditutup

Menarik :

Sekolah menawarkan program Asrama 1 malaysia

  1. Asrama 1 Malaysia ( A1M ) KPM – Jln kuantan Kuala Lumpur Pelajar ditempatkan di 4 buah sekolah iaitu SMK Victoria Kuala Lumpur, SMK St John Kuala Lumpur, SMK ( L ) Methodist Kuala Lumpur, SMK Sentul Utama Kuala Lumpur.
  2. SMK ( P ) Sultan Ibrahim ( SIGS ) , johor Bahru
  3. SMK Maktab Sabah, Kota Kinabalu
  4. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri
Baca Juga :  Permohonan IPMA Pengajian KKTM dan IKM 2017

Maklumat penuh program

Untuk lebih jelas, ada disarankan untuk merujuk iklan penuh permohonan.

Borang permohonan dan maklumat lain

Terdapat 4 maklumat penting termasuk borang perlu anda muat turun dan rujuk

One thought on “Permohonan Asrama 1 Malaysia Tingkatan 1 2017 KPM

  1. Sedang mencari maklumat Tingkatan 4 A1M 2017. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *