Permohonan Biasiswa Belajar di Mesir 2012

Biasiswa

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan membuka permohonan bagi yang layak untuk biasiswa belajar di Mesir untuk tahun 2012. Biasiswa adalah bagi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara ( Mesir ) untuk pengambilan baru tahun 2012.

Pemohon yang layak adalah dari calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) tahun 2011 dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat tahun 2011 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2012/2013 Universiti-Universiti di Mesir.

Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Program dan institusi yang ditaja biasiswa ialah seperti :

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Universiti-Universiti Al-Azhar & Maahad Qiraat Al-Azhar)
  2. Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi (Universiti Al-Azhar, Universiti Iskandariah, Universiti Kaherah & Universiti Ain Syam)

Syarat Umum permohonan Biasiswa

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin dan masih di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 3 tahun.
  3. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  4. Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan).

Syarat Khusus Permohonan Biasiswa

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan / keputusan peperiksaan CGPA 2.75 dalam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA).

  1. Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A- dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik & Kimia).

Calon tidak layak memohon adalah :

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awan atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.

 Bagaimana pula cara untuk memohon?

Borang permohonan boleh didapati bermula 9 April 2012 dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) www.maiwp.gov.my. atau hadir ke pejabat kami di Bahagian Baitulmal MAIWP di Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik IPT, Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 Muat Turun Borang Permohonan Biasiswa

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke:

Bahagian Baitulmal,

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Unit Pembangunan Akademik (IPT)

Bangunan Daruzzakah, Tingkat 5,

Lorong Hj. Hussein 2,

Off Jalan Raja Muda, 50300 Kuala Lumpur

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon- calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

 Tarikh tutup permohonan : sebelum atau pada 30 April 2012

 Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, anda dinasihatkan untuk terus ke Portal Rasmi http://maiwp.gov.my atau hubungi talian: 03-26175222 samb. 216/224/213 (Unit Pembangunan Akademik IPT) waktu berkerja. Semoga berjaya.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

MAKLUMAN : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.