Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun Peringkat Sarjana 2015

0
0

Ada yang nak sambung sarjana? Kalau anda kakitangan kerajaan atau bukan, ada permohonan biasiswa dibuka untuk anda oleh JPA. Biasiswa adalah dari kerajaan jepun ( Biasiswa Monbukagakusho : MEXT ). Ada 4 pilihan kursus yang ditawarkan :

  • Kursus Perundangan (Sarjana dalam Perundangan)
  • Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Perundangan Awam)
  • Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Perundangan Awam)
  • Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana dalam Pengurusan Kesihatan)

Syarat- syarat permohonan

  • Pemohon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada 1 Oktober 2015;
  • Pemohon mestilah lepasan Ijazah yang mendapat kepujian dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL 550 atau markah minima TOEFL-CBT 213 atau TOEFL-IBT 79-80;
  • Bagi Kursus Perundangan – 4 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang Perundangan; dan
  • Bagi Kursus-kursus lain – 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
Baca Juga :  Permohonan Asrama 1 Malaysia A1M 2018

Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).

**Bagi calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :-

  • Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2015;
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  • Berkhidmat secara tetap;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh 3 tahun (genap 36 bulan) berturut-turut (2011, 2012 & 2013);
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek/panjang sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 seperti berikut (jika berkenaan):- Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus terdahulu ;dan – Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap dua (2) tahun tamat kursus jangka panjang terdahulu.
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak disenarai hitamkan / tersenarai sebagai peminjam tegar;
  • Bersih daripada pertuduhan tatatertib; dan
  • Bebas daripada dakwaan Mahkamah.
Baca Juga :  Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Guru 2017

Tak perlu cerita panjang, kalau minat atau nak bertanya boleh ke Laman web rasmi JPA, ada tawaran disitu. Mohon segera sebelum 19 September 2014 ni. Sila ke Laman Rasmi JPA untuk keterangan lanjut. Selamat memohon.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :