Permohonan Biasiswa MARA Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah

MARA

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tajaan biasiswa dari MARA, peluang dibuka bagi mereka yang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PHD Doktor Falsafah untuk mendapatkan kemudahan biasiswa. Permohonan adalah dipelawa  kepada calon  Bumiputera warganegara Malaysia untuk tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian  peringkat Sarjana, Doktor Falsafah dan Profesional  di  :

  • Universiti Kuala Lumpur,
  • Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan dan
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan yang berdaftar dengan pihak MARA.

Syarat Asas Memohon Biasiswa/tajaan MARA

  • Pemohon dan  salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak dan warganegara Malaysia.
  • Pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa.
  • Had umur pemohon  bagi semua peringkat pengajian adalah  tidak melebihi 45 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon telah  menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama  dan mempunyai keputusan penuh pengajian semasa iklan dikeluarkan, atau pemohon lepasan Diploma yang mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  •  Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  • Mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah/ Profesional  secara sepenuh masa / separuh masa dan tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada  Universiti Kuala Lumpur /  Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan  /  Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan  yang berdaftar dengan MARA. Pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti sekiranya diwajibkan menduduki ujian Bahasa Inggeris berkaitan seperti International English Language Testing System (IELTS) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL), Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya. 1.7 Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh MARA atau badan penaja lain bagi pengajian sebelum ini.
  • Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus  senarai hitam (blacklist)  bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja  pada peringkat pengajian yang sama  atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
  •  Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan / perletakan jawatan  secara bertulis  daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
  • Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah  dikemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah.
  • Pertimbangan  bantuan pinjaman pelajaran MARA  adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa berkenaan berpandukan syarat serta peraturan penajaan semasa yang ditetapkan oleh MARA.

Syarat Kelayakan Akademik

Untuk syarat kelayakan akademik pula hendaklah ;

  • Memperolehi  Kredit  bagi matapelajaran Bahasa Melayu yang diambil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
  • dan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana  dengan mencapai  CGPA 2.50 keatas,
  • dan diterima masuk ke IPTA / IPTS yang berkenaan.

Tawaran adalah menarik dan semestinya mampu meringankan beban pemohon serta membuka peluang lebih luas kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Sebenarnya ada banyak lagi maklumat penting seperti kelayakan kursus dan tempoh penajaan, Jumlah penajaan mengikut kategori/bidang  pengajian kesemuanya anda boleh rujuk disini.

Bagaimana cara memohon Biasiswa/tajaan MARA

  • Calon-calon perlu membuat permohonan  secara online melalui  laman sesawang  http://eduloan.mara.gov.my ( Klik pada Program Pasca Siswazah ) yang akan dibuka bermula dari 08 Ogos – 08 September 2012.
  • Borang permohonan online  yang dicetak  perlu dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan sebelum atau selewat-lewatnya pada 08 September 2012 ke alamat berikut:

Pengarah

  • Terhad : Simkad, Prepaid Panggilan, SMS dan Internet Termurah

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran

    Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA

    Jalan Raja Laut

    50609 Kuala Lumpur

    ( Program Pasca Siswazah Dalam Negara 2012)

    • MARA berhak menolak sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh  di atas,  permohonan yang  tidak lengkap serta  tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
    • Layari  laman  sesawang http://eduloan.mara.gov.my bagi semakan keputusan permohonan bermula dari tiga (3) minggu selepas borang permohonan yang lengkap diterima.

    Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

    ( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

    Majalah e- Xpresi


    SIM KAD EKONOMI JIMAT UNTUK PELAJAR DAN PEKERJA HANYA RM 10
    Murah, Laju dan Menjana Pendapatan 
    
    KELEBIHAN :
    - Panggilan, SMS, Internet Termurah dan Laju
    - Sim kad Rm 10 Sahaja
    - Tempoh Tamat 28 Bulan
    - FREE SMS setiap bulan sehingga 1800 sms setahun
    - Boleh Kekal no Asal atau Guna Nombor Baru
    - Sumber Pendapatan Sampingan/ Tetap anda
    - Top Up di mana sahaja Seperti Telco lain
    - Rangkaian Luas seperti Celcom
    - Syarikat Telco Berdaftar
    - Telus dan Tiada cas tersembunyi 
    - Semudah, Beli Sim kad RM 10 > Guna Call, SMS@ Internet > Jika Jimat beritahu kawan anda > Setiap kali Kawan2 Anda top up, anda dapat duit
    Maklumat Lanjut

    6 thoughts on “Permohonan Biasiswa MARA Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah

    1. Selamat petang, tuan/ puan. sila tanya bolehkan saya memohon biasiswa MARA sebelum mendapat tawaran pengajian MASTER? apakah prosedur untuk memohon biasiswa MARA?
      sekian, terima kasih atas perhatian tuan/ puan.

      Sumber : Permohonan Biasiswa MARA Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah

    2. Saya memiliki diplkma undang2. ijazah industri dan buruh. sarjana pendidikan dan berminat utk menyambung doktor falsafah yg kajiannya berkaitan perubatan. Adakah pilihan pendidikan saya yg berbeza bidangnya boleh mempengaruhi permohonan biasiswa saya?

    3. Asslmlkm…
      Saya masih di bawah program sarjana dan mahu menyambung pelajaran di peringkat doktor falsafah 2015. Boleh saya tahu bila tawaran biasiswa untuk peringkat tersebut dibuka. Adakah pada bulan Ogos juga? Sekian, Terima Kasih

    4. STEPHANIE SIM says:

      selamat petang, tuan/ puan. sila tanya bolehkan saya memohon biasiswa MARA sebelum mendapat tawaran pengajian MASTER? apakah prosedur untuk memohon biasiswa MARA?

      sekian, terima kasih atas perhatian tuan/ puan.

    5. Assalamualaikum.. saya Nik, seorang guru, tahun ke lima mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Kelantan, pemegang BEd. (Hons) TESL dan pernah mendapat tajaan biasiswa KPM semasa ijazah pertama saya dahulu. Soalan saya :-

      1)adakah saya boleh memohon biasiswa mara setelah saya telah menggunakan tajaan biasiswa lain (KPM)?

      2)adakah MARA menaja mana-mana guru yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana (master degree) di mana-mana universiti luar negara?

      Sekian, terima kasih.

    6. PERMOHONAN BIASISWA MARA .

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *


    *

    Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

    PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.