Permohonan Biasiswa Pendidikan Ke Luar Negara Maybank 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Biasiswa Pendidikan Ke Luar Negara Maybank 2012 1
maybank

Satu permohonan biasiswa telah dibuka untuk calon yang berminat memohon biasiswa pengajian ke luar negara tajaan Maybank untuk tahun 2012. Permohonan ini pastinya memerlukan calon yang mempunyai keputusan yang cemerlang supaya dapat terus dapat menyesuaikan situasi pembelajaran di luar negara. Calon lepasan SPM 2011 juga sesuai untuk memohon supaya sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik serta kewangan dalam pendidikan.

Kemudahan Biasiswa

  • Biasiswa penuh termasuk program pra university sehingga ijazah termasuk yuran pengajian, kemudahan, laptop dan kemudahan lain
  • Ditawarkan bekerja di Maybank selepas habis belajar.
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

 Syarat memohon

  • Umur hendaklah tidak melebihi 18 tahun
  • Mendapat lebih dari 6 A dalam SPM/setaraf
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 120,000
  • Pengalaman memimpin dalam kegiatan kokurikulum
  • Mempunyai diri yang berkeyakinan tinggi serta kerja-kerja mencabar selepas tamat pegajian
  • Pemohon tidak menerima mana-mana tajaan dari institusi lain.

 Cara memohon

  • Untuk membuat permohonan, calon perlu mengisi dengan memuat turun borang permohonan yang disediakan

[button link=”http://www.maybank.com.my/files/corporate_information/scholarship/Maybank_Scholarship_Overseas_Form_2012-03-30.doc”]Borang Permohonan biasiswa Maybank 2012[/button]

  • Bagi yang tidak tahu mengisi boleh merujuk borang contoh yang disediakan

[button link=”http://www.maybank.com.my/files/corporate_information/scholarship/Maybank_Scholarship_Overseas_Form_Sample_2012-03-30.doc”]Contoh Pengisian Borang[/button]

  • Setelah mengisi, borang perlu di hantar ke email; [email protected]
  • Tempoh permohonan ialah 24th March – 22nd April 2012
Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Alamat :

Resourcing Centre

Group Human Capital

44th Floor, Menara Maybank

100, Jalan Tun Perak

50050 Kuala Lumpur

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Untuk membuat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, calon boleh merujuk :

Website:www.maybank.com/scholarship

E-mail: [email protected]

Facebook: www.facebook.com/maybank

2 thoughts on “Permohonan Biasiswa Pendidikan Ke Luar Negara Maybank 2012

  1. saya nak tanya sikit , biasiswa ni untuk mereka yang dah dapat tawaran belajar ataupun belum dapat.? dan kalau belum dapat tawaran, adakah dengan biasiswa ini pihak maybank akan menyediakan tawaran pengajian kepada pemohon.?

  2. salam, saya ingin bertanya, adakah saya layak diterima masuk ke program asasi sains hayat di matrikulasi sekiranya mendapat b+ untuk bio,c+ chemistry,dan d utk physic,manakala 5a utk mataplajaran bm,bi,sj,ag dan math?terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *