Permohonan Biasiswa Tawaran UTM 2012/2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Biasiswa Tawaran UTM 2012/2013 1
Biasiswa UTM

Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) melalui Biasiswa Endowmen membuka tawaran dan permohonan bagi yang layak untuk tahun 2012/2013. Warganegara Malaysia diperlawa untuk memohon biasiswa untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia UTM. Biasiswa yang dibekalkan sekiranya berjaya dalam permohonan ialah RM 12,000.00 setahun.

 Syarat Permohonan Biasiswa dari UTM

Kelayakan Akademik

  • Lulus dalam STPM ( Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ) atau setaraf dengan mendapat sekurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik bagi STPM atau :
  • Mendapat PNGK > 3.75 bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi Kementerian Pelajaran KPM.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar cemerlang dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Kokurikulum.
Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

Syarat-syarat Lain

  • Pemohon memasuki tahun pertama dan mengikuti pengajian sepenuh masa bagi program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi pengajian 2012/2013.
  • Pemohon tertakluk kepada terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia
  • Lulus dalam temuduga pemilihan yang akan dijalankan.

Cara membuat Permohonan Biasiswa UTM Endowmen

  • Terlebih dahulu perlu muat turun borang di laman web rasmi UTM www.utm.my / www.utm.my/hema atau pemohon boleh hadir sendiri ke Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM Johor Bahru untuk mendapatkan borang.

[box type=”download” size=”medium” style=”rounded”]Muat Turun Borang Permohonan Biasiswa UTM Endowmen 2012 KLIK SINI [/box]

Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

 Setelah mengisi borang dan mengesahkan dokumen-dokumen sokongan ( Pengesahan dari Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ), permohonan perlu dihantar ke alamat :

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni )

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru

Johor Darul Takzim

Tel : 07-5530248/5530185

Faks : 07-5530491

( U/P : Unit Bantuan Kewangan )

Tarikh tutup permohonan dan Maklumat Lanjut

16 April 2012

Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk merujuk terus ke portal rasmi UTM www.utm.my atau melihat iklan penuh KLIK SINI 

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan panel adalah muktamad.

Diharapkan, informasi biasiswa ini berguna untuk mengurangkan masalah kewangan pengajian bagi mereka menyimpan cita-cita terus bersama UTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *