Permohonan Biasiswa YANG DI-PERTUAN AGONG ( BYDPA ) 2017 / 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan biasiswa YANG DI-PERTUAN AGONG ( BYDPA )dibuka untuk mereka yang layak. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Biasiswa YANG DI-PERTUAN AGONG
Biasiswa YANG DI-PERTUAN AGONG

Syarat Umum permohonan Biasiswa YANG DI-PERTUAN AGONG ( BYDPA )

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat Khusus

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa;
  • Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di LAMPIRAN B1 atau universiti terkemuka berdasarkan Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Colleges atau mana-mana universiti berprestij lain yang dipersetujui olah JPA seperti di Lampiran B2; dan
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mix mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Maklumat Lanjut Permohonan

Untuk maklumat lebih lengkap anda digalakkan untuk merujuk syarat permohoan dan panduan permohonan dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.

Borang permohonan hendaklah diisi secara online melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 8 Febuari 2017

Tarikh tutup permohonan online BYDPA sesi pengajian 2017/2018 dan tarikh akhir mengemukakan borang permohonan ialah pada 3 Mac 2017 melalui serahan tangan atau pos ke :

Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian pembangunan Modal insan

Aras 3 , Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

( u.p : Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan )

Maklumat Lanjut dan pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan BYDPA sesi Pengajian 2017/2018 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/ 3569/ 3879 pada hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau email ke alamat [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *