Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2013 1
Yayasan TM

Berita baik untuk mendapatkan biasiswa  iaitu permohonan biasiswa kecil TM telah dibuka untuk permohonan biasiswa 2013. Pemohon yang dimaksudkan boleh memohon adalah dari lepasan UPSR iaitu di tingkatan 1 kini dan lepasan PMR ( tingkatan 4 ) kini. Namun demikian, pemohon perlu juga memenuhi syarat permohonan yang dinyatakan dibawah :

Syarat memohon dan kelayakan

  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 sahaja.
  • Calon Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A bagi keputusan UPSR 2012.
  • Calon tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan peperiksaan PMR 2012
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 1,500 sebulan
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Biasiswa yang diberikan ( kelebihan )

  • Elaun poket RM 1,000 setahun ( tingkatan 1 )
  • Elaun poket RM 1,500 setahun ( tingkatan 4 )
  • Peluang mengikuti program pembangunan

Cara Memohon

  • Bagi yang berminat, permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman sesawang Yayasan TM ( KLIK SINI )
  • Sila baca panduan mengisi borang di bahagian permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Kemukakan Borang Senarai Semak Dokumen yang dicetak serta dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 8 Mac 2013 :
  1. Sijil kelahiran/kad pengenalan
  2. Keratan gaji/ pengesahan pendapatan ibu dan bapa/ penjaga.
  3. Salinan keputusan UPSR atau PMR 2012
  4. Salinan penyertaan Ko-kurikulum yang disenaraikan dalam permohonan
  5. Surat cerai/kematian/OKU jika berkaitan
Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

Kepada :

Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil,

Yayasan TM, Aras 1 ( s )

Menara TM, Jalan Pantai Baharu,

50672 Kuala Lumpur

Perhatian :

  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap tidak Berjaya
  • Tarikh tutup permohonan online 28 Febuari 2013.

4 thoughts on “Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2013

  1. adakah tempoh permohonan biasiswa TM tidak boleh dilanjutkan?
    bagi mengemaskini permohonan biasiswa, bagaimana jika terlewat?
    masalah yang saya hadapi adalah surat lambat sampai ke tangan saya. adakah saya tidak layak lagi mendapat biasiswa TM walaupun keputusan PMR 2012 7A?

    1. Rasanya tidak dilanjutkan..namun demikian boleh cuba hubungi terus pihak yang dinyatakan..keputusan yang baik pastinya boleh memohon biasiswa,,,tambahan kalau keadaan ekonomi keluarga yang memenuhi syarat

      1. Permohonan utk biasiswa LEPASAN PMR2013 masih dibuka ke?Anak mendapat 8A dan kini menyambung pelajaran di SBP SMSAINS MUAR..Jurusan Sains Teknikal..Sangat berharap dapat biasisiswa dari pihak TM.Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *