Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Guru 2017

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu peluang baik untuk permohonan cuti belajar bergaji penuh guru dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program dankemudahan Cuti Belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bagi meningkatkan kompetensi dan kualiti pendidik demimemartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025. Pemberian kemudahan Cuti Belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbangkan idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh Kementerian. Antara program yang ditawarkan adalah Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

Cuti Belajar Bergaji Penuh Guru
Cuti Belajar Bergaji Penuh Guru

CBBP DB dan CBBP TB merupakan satu program yang dibuka tawarannya kepada PPP untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di universiti awam di dalam negara. PPP yang berjaya ditawarkan program ini layak diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36 iaitu selama 2 tahun (4 semester) bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) pengajian bagi peringkat Ijazah Kedoktoran.

Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

Perbezaan CBBP DB dan CBBP TB

  • CBBP DB – Bergaji Penuh dan Menerima penajaan yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian
  • CBBP TB – Bergaji penuh tetapi tidak menawarkan sebarang elemen biasiswa sama ada pembiayaan yuran pengajian atau pun biasiswa sepanjang tempoh pengajian.

KPM akan meneliti dan memilih pemohon  yang terbaik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Sehubungan itu,pemohon yang berjaya dipanggil temuduga dinasihatkan untuk membuat persediaan yang baik sebelum menghadiri temuduga. Persediaan ini termasuklah penyediaan kertas cadangan kajian yang berkualiti dan ASLI bersesuaian dengan bidang yang dimohon. Pemohon  yang berjaya temuduga akan menerima surat tawaran bersyarat dan WAJIB menghadiri program persediaan bagi suatu tempoh yang akan ditentukan oleh pihak KPM serta LULUS ujian bertulis yang diadakan.

Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Guru

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara. Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam Sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) sebelum mengemukakan permohonan untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan Sistem e-Penawaran.

Maklumat Penting lain

Untuk membuat permohonan, anda dinasihatkan untuk meneliti dan memahami lebih jelas maklumat seperti berikut :

Sumber : KPM

One thought on “Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Guru 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *