Permohonan dan Pengambilan KPLI 2013

Ramai menantikan permohonan atau pengambilan untuk KPLI. Permohonan KPLI ini agak lama tidak dibuka sebelum ini dan banyak soalan yang diajukan bila ia dibuka dan ada yang bertanya samada ia masih wujud atau tidak.
Baru-baru ini menurut sumber, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi ada menyebut tentang KPLI ini yang mana ada disiarkan di akhbar dan media masa. Menurutnya pengambilan KPLI ini akan ditawarkan pengambilannya kepada 30% lepasan ijazah yang cemerlang.

Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, ia akan ditawarkan kepada 30 peratus graduan yang memperoleh keputusan terbaik. Sumber: Sinar Harian 7/10/2012.

Melalui penyataan tersebut, ia memberikan sedikit sebanyak  harapan kepada siswazah bahawa pengambilan KPLI akan dibuka untuk perubahan pendidikan tahun depan. Cuma mungkin cara pengambilan akan berubah ataupun ia menggunakan kaedah tawaran terus kepada graduan yang cemerlang. Semuanya masih menjadi tanda tanya selagi ia belum di keluarkan oleh pihak pengambilan guru KPM.
Oleh demikian, sama-sama kita nantikan maklumat atau info bekenaan KPLI ini tahun hadapan. Semoga ia menjadi satu kaedah yang mana ia memberikan kelebihan dalam mendidik pelajar yang lebih berkesan.

permohonan KPLI, pengambilan KPLI, KPLI

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

36 thoughts on “Permohonan dan Pengambilan KPLI 2013

  1. sya yg prihatin says:

    salam..syaa pun amat mengharapkan KPLI dan DPLI ni di buka…setakat ni sya sudah bekerja sebagai guru ganti nak dekat 4 tahun..huhuhu..bagi sya klo KPLI DAN DPLI ni dibuka rsnya kurang adil klo diberi peluang kepada graduan yg fresh serta CGPA bagus, habis bagaimana yg yg x fresh tpi dah bertahun jadi guru ganti?, adakah pengalaman x payah ambil kira?…seorang guru harus ada passion utnk mengajar, pndai menerang, pandai mendidik, bukan semua ada kemahiran itu, tambah2 lagi perlu berckp didalam kelas sekitar 30-40 murid, bukan mudah…cra pengawalan kelas dan sebgainya…silap2 x jdi mengajar…jadi…pikir2 la..sekian

  2. graduan sabar says:

    DPLI dan KPLI sepatutnya diteruskan untuk memberi peluang kepada para graduan yang mempunyai motivasi dan semangat menjadi seorang pendidik. Mungkin ketika permohonan upu dahulu nasib tidak menyebelahi untuk belajar dalam bidang pendidikan tak salah kiranya dpli dan kpli menjadi peluang kedua kepada saya dan mereka2 yang lain. Graduan sepatutnya diberi kelebihan untuk memohon dalam bidang pendidikan kerana mereka telah berfikiran rasional dan mampu untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak bangsa..saya berharap permohonan
    dpli atau kpli 2014 akan dibuka.

  3. Salam sejahtera,
    Bila lagi iklan kpli or dpli akan keluar?
    tak sabar rasanya nk isi…

  4. Hamba Allah says:

    bagi saya mungkin kpli patut dimansuhkan. kasihan pelajar ipta yang telah mengikuti bidang pendidikan selama 4 tahun tp terpaksa bersaing dengan bdk kpli. mereka ambil ijazah pendidikan pon sbb nak jadi guru, dah ditemuduga lebih awal, ujian medsi dan sebagainya. kerja lain pon payah nak apply dgn ijazah mcm tu. itulah kebanyakan siswa lain, bila tanya cita2, jawatan guru tak dipandang. bila dah graduate takda kerja mula nak patah balik jadi cikgu. kerajaan patut prihatin dengan masalah ni. jika dah berlebihan, kurangkan pngambilan pelajar ke ipta dlm bidang pndidikan. jgn beri mereka harapan palsu. maaf, ini hny pendapat saya.

  5. smua yg anda cakap smua btl…kerajaan perlu lakukan ssuatu pd rakyatnya…skrg ni1org guru tuk bape pelajar….? pe kata sy bagi suggestion…1org guru ni tuk 20 org student je…br pendidikan negara kita standard….jawatan tuk jd guru pun banyak….pastu umur persaraan lak jd 50thn je….

  6. sepatutnya kpli ni ditiadakan sejak dulu baru adil kepada semua, biar yg minta guru sahaja diserap jadi guru bukan dpli atau kpli. Saya juga bersetuju aras pendidikan yg tinggi dimiliki oleh graduan tetapi terpaksa kerja gaji seperti spm atau lebih rendah lagi, ini menunjukkan betapa rendahnya kualiti pendidikan negara ini kerana gagal melahirkan graduan yg berkualiti, justeru tak perlulah diambil sampai beribu-ribu orang masuk U jika graduan yg dikeluarkan nanti dipersalahkan tak pandai komunikasi, lemah inggeris, tiada sikap kepemimpinan dan sebagainya sebagai jalan untuk menutup kelemahan.

  7. why always me says:

    sangat setuju dengan mimi…saya pon mengalami situasi yang sama…sangat2 berminat jadi cikgu…tp x dpt….semakin hari hati saya semakin jauh dengan kerajaan yang sedia ada….tolong fikir masa depan kami…..jgn utamakan gstt sedangkan kami yang belajar tingi2..kena bayar hutang pinjaman belajar lg…x diberi peluang..

  8. Btol tu, saya sendir dah ada master pon, susah sgt nk dpt kerja yg bersesuaian..Bkn memilih…tp biarlah adil.. Kita nak bayar pinjaman lagi. Sy pnh berhenti kerja kerana wat bisnes, then mohon pinjaman tapi gagal.. Tau tak sebab apa saya berenti, coz syarat utk dpt pinjaman ialah sy perlu meniaga sepenuh masa baru blh wat pinjaman…Celaka la syarat camni… Pinjaman sy gagal, bisnes pon xboleh running..kecewa sgt2, skrg buat kije merapu2 jek….Tgk kwn len yg dah kije \, dah kawen, rasa terhina sgt….:-(

  9. aznur syahida says:

    Bila iklan kpli dibuka?Tak sabar rasanya nak apply.Ambil dan grad law,tahun 2008,tapi berminat jadi cikgu.Kesedaran timbul selepas grad,rasa macam nak jadi cikgu.Suatu profesion yang sangat mulia.Sudah dua kali ambil exam kpli kat ipg,tapi tidak berjaya.Frust juga kerana gagal,terpaksa cari kerja lain sementara kpli dibuka,tapi selepas dua kali ambil test,kalau tak silap last tahun 2010,lepas tu terus takde iklan kpli lagi.Sekarang sudah tahun 2013,had umur pula sampai 35 tahun je,sekarang usia pun sudah 31 tahun.Harap-harap cepatla iklan kpli dibuka semula dan lulus exam dan interview.Lepas tu dapat duk di kampus maktab dan sebagainya dan posting jadi cikgu.Terima kasih.

  10. Salam…Saya nak tanya bila agaknya kpli akan dibuka untuk pengambilan tahun 2013…
    Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pendidik..Semasa sekolah menengah saya aliran sains dan subjek tambahan saya ialah pendidikan seni…sekarang saya adalah pelajar lepasan dari uitm iaitu ijazah sarjana muda teknologi percetakan (kepujian).
    saya harap jika ada pembukaan untuk permohonan baru boleh sampaikan kepada saya walhal melalui email.

  11. saya memng sgt setuju dg semua pendapat kat atas, belajar tinggi2 sampai dpt degree tp susah giler nak dpat keje,kalau mcm tu baik tak payah belajar tinggi,pg belajar setakat spm je lg senang,tak payah hutang bnyak2, tak pikir ke masalah beribu lepasan universiti yg tak dapat keje??belajar tinggi melangit tapi keje tak dapat,budak yang belajar setakat spm jgak yang senang dpt spa…kiteorang ni mcmane???, saya ni sgt berminat nk jadi cikgu, tibe2 je habis belajar,kpli tak buka dh, tapi guru sandaran tak terlatih tu yg diambil masuk maktab jd cikgu ,padahal umur dieorang ade yg dh tua2 dh,kiteorang yg masih muda ni tak diberi peluang,ade tu yang tak ade degree pun,just jadi cikgu sandaran pastu terus serap jadi cikgu,langsung tak adil…tambah lagi sekarang umur persaraan dh naik sampai 60 tahun,habistu mcmne nasib kiteorang yang baru habis study nk cari keje ni??!!!!!,kalau mcm ni la keadaannye tutup je la semua univeristi kat malaysia ni….apelah nasib graduan universiti yang terpaksa mengemis di tanah tumpah sendiri,harap slogan rakyat didahulukan tu dilaksanakan dengan betul,sbb nasib kami masih belum terbela lagi!

  12. Saya sangat sedih. Dah dua tahun lebih saya menganggur lepas saya grad. Result saya cemerlang. Malangnya saya takdapat kerja. Untuk pengetahuan anda. Saya pernah kerja sebagai tukang basuh pinggan di kantin sekolah. Kedai buku. Tapi sampai sekarang saya takdapat kerja yang setaraf dengan kelulusan saya. Kecewa sangat-sangat. Bila temuduga , saya tengok ramai yang gunakan orang dalam. Saya sangat stress dengan kos sara hidup skrg. Bila saya nak mintak kerja lulusan spm. Mereka tak nak terima saya dengan alasan saya dah ada ijazah. Tolonglah. :(

  13. umat muhammad says:

    bkn semua plajar cemerlang blh jadi guru cemerlang…jgn nilai kepada pencapaian akademik semata-mata tp nilai moral diri mcm sampah.

  14. kita bngga ank2 berjaya ke u…tp bila kluar u kita sedih ank2 xada kje…ank2 lagi tekanan…fhm2 sj la…setuju sgt tutup je dr dok buang masa buang duit…

  15. Skg ni antara faktor utama kpli lmbt dibuka adlh kerana
    1. Pismp iaitu prgram ijazah srjana muda keluaran maktab telah mula posting..dlu nk tungu dorg grad lmbt pasal prgrm 5 tahun..tu yg bukak kpli utk mengisi jwtn gru bersiswazah di sekolah..skg ni dh batch ke3-4 dh grad n mula posting

    2. Penyerapan guru sandaran terlatih ke jawatan tetap sedang brjalan..dorg msuk mcm kpli program stahun stengah.

    3. Siswazah jurusan pendidikan di hniversiti diutamakan bagi mngelak pngangguran di kalangan siswazah jurusan pendidikan

  16. bile ye nak buka KPLI..? saya nak mohon guru pendidikan khas.. ^_^ asal nye dari bachelor HONS graphic digital.. CGPA saya pun alhamdulillah cemerlang.. saya mmg berminat nak jdi guru.. cuma sblm ni saya x mohon sbb dulu time sekolah saya pemalas utk blajar.. semenjak study degree baru bermula nye kesedaran.. kalau ade pembukaan untuk KPLI sila bagi tau.. terima kasih.. ^_^

  17. kalau ditawrkan terus kepada graduan yang cemerlang, tak semestinya mereka menjadi guru yang baik.

    bukan pendidikan sahaja menjadikan seorang itu guru yang baik, tetapi ada banyak faktor lain. Yang paling penting harus ada “passion”…

    saya tidak sokong la idea ni….

    kalau ada yang tahu camaner nak apply untuk jadi guru tahun 2013, sila bagi komen ye…

  18. sedih bile ade yg jd cikgu ganti ,pak cik tolong, gune org dlm,padahal CGPA x bgus pun. yg betol2 crik pengalaman utk jdik cikgu betol.tkebil2 menunggu,…haishhh….

  19. Betul…….
    masuk kerja……
    kadang2 aras terkilan belajar sampai universiti…..sampai ijazah @ lebih tinggi……
    tapi diperlakukan seperti tiada kelulusan…..
    senior manager setakat kelulusan spm itupun tak lepas spm….
    yang berkelulusan tinggi…diperlukan seperti anjing kurap,,,,,
    ditindas……..
    CEO hanya melihat saja kejadian yang berlaku….
    sebab tu kebanyakan rakyat Malaysia lari keluar negara….
    disebabkan dijajah dan mengemis dibumi sendiri…..
    patutkah dilakukan rakyat sendiri sebegini??????
    dah ada pangkat tinggi….
    tidak mahu membela nasib orang bawah…….
    rakyat bersusah payah dan berkerja keras hanya untuk kesenangan dan kemudahan orang atas dan orang kaya saja….

  20. wat pe bljr tinggi2 kalo x majikan yg snggup nak byr gj bssuaian dgn klykan kmi…hemmm..ssah jga kan mcm ni..orng2 bsar ni ckp x srpa bkin…kta d hntr skul tngi2 tpi x krja yg d sediakn utk kta…hnya mmbuang tnga, masa da wang ringgit sja bljr tngi2…

  21. Salam semua..btl la kate2 anda semue..kdg2 rs baik blaja takat spm lg senang dpt keje kot..kat mane yer kte nk tanye psl kpli nih di buka or tidak lg??…adakah kpli n dpli ni same ??

  22. salam.harap2 KPLI akan di buka lagi pada masa akan datang..kesian dekat penganggur2 mcm kami.tak sabar nk grad sebab nak apply KPLI,tapi bila dah grad tak buka dah.guru sandaran pulak dibeku kan.
    moga2 di buka lagi

  23. salam,

    yang lebih sedih umur persaraan dilanjutkan ke umur 60 tahun, tapi belajar umur 23 tahun sudah habis degree. yang orang tua bangka berjalan macam orang mati pun still nak kerja jugak sebab nak mati sebagai pekerja kerajaan. tak ada hati ke untuk berkorban kepada anak muda yang baru habis belajar supaya dapat bayar hutang ptptn yang banyak tu. nak kerja kerani orang tak nak ambil sebab ada degree. oh nasib.

    • Syira..tahniah..ayat kamu tu yg terbaik..nak mati pun nak mati dalam jd pekerja kerajaan..haha..aduhaii..terbaik lah..leh wat g manifesto — baru!

  24. @Sisza: dulu da KPM ckp, mcm da xde da KPLI…kalo dorg buka pn serapan terus kut..mcm info kat atas tu. Kira siswazah baru yg dpt advantage la. Harap2 ada peluang tu siswazah yg da nk hampir2 expired..he..mcm saya..:)!..

  25. JAFREYSON B. MULLIN says:

    Dengan harapan yang tinggi, KPLI akan dibuka tahun hadapan untuk membuka ruang kepada kami yang sedang menanti pengambilannya. Sebarang maklumat mengenai KPLI, boleh kongsikan dalam emel di atas. Thanks.

  26. guru pedalaman sabah says:

    Wahai para cendiakwan pemimpin negara selapas PRU ke 13 fikirkan lah bagai mana nak mengatasi maasalah penganguran dikalangan siswazah kita yang perlu membayar pinjaman PTPTN mereka, ada yang tak dapat pekerjaan walau pun dah 6 ke 7 tahun habis belajar bukan pilih pekerjaan tetapi dengan kelulusan tinggi majikan tak sanggup nak tawarkan gaji bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki jadi siapa sahaja yang menarajuai kerajaan fikirkan kalau begini berterusan tutup saja lah pusat pengajian tinggi tak bermakna ajar saja rakyat malaysia kembali dizaman dahulu kala merempat ditanah air sendiri

    • @guru pedalaman sabah: memang saya setuju juga pandangan tu,..ada juga benarnya..contoh yg paling dekat diri saya sendiri. Amatlah diharapkan lebih banyak peluang2 pekerjaan yg dibuka pada masa2 akan datang. Agar dapat mengurangkan pengangguran dikalangan golongan terpelajar (para siswazah)..

    • btl 2….sy juga menyokong 200%….kami sebagai siswazah bkn memilih kerjaya…sy pernah memohon kerja dimana tangga gaji hanya 800…tp ttp xdpt…yg ada cuma 500 kebwh…itu pn kerja bagai nk rak…bkn memilih…apa yg kita blh bt dgn 500??hutang perlu d byr…kos prgi blik krja…bila dihitung mmg xckup..kami bkn merendahkn mereka yg rendah pelajarannya,tp bygkn kami sdh habiskn bertahun utk mendapat segulung ijazah tp kerja dn gaji sm spt pringkat pmr @ spm…jika begitu,lbh baik ttp sekolah,ttp universiti…pendidikan d jadikan perniagaan..sbg pemimpin,mungkin anda selesa dgn gaji yg diterima,tp bgaimana dgn ratusan ribu ank bangsa yg di ajak belajar hingga menara gading?bgaimn nsib mereka smua slps tmt pngajian??jika d suruh berniaga,xperlu lulusan universiti krn ia akn menjadi beban kewangan dn ms….

      • pengganggur 2 says:

        btl tu guru pedalaman sabah, knpa perlu buka pusat pengajian kalau keluar tdk dapat kerja. bagus tutup semua pusat pengajian. saya lapasan ijazah tahun lalu, masih lagi menganggur, mengharapkan spa, tu pown tdk juga kena pnggil untuk mengisi kekosongan, amcm nak bayar ptptn. oooo sekarang cuma mementingkan pihak tertentu sahaja. tdk memikirkan tentang rakyat.

      • Saya sokong!!!!!!! Atasi masalah pengangguran…

  27. Bila la agaknya permohonan kpli nak buka…Tak sabarnya nak mohon :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.