Permohonan DPLI / KPLI – jQAF 2013

DPLI/KPLI-KPM

Bagi yang tertunggu untuk permohonan DPLI atau dahulunya dikenali KPLI. Permohonan DPLI/KPLI dibuka khasnya bagi sekolah rendah jQaf untuk tahun 2012. Permohonan DPLI jQaf ini bagi memenuhi keperluan guru agama yang mengajar subjek seperti Bahasa Arab, Pendidikan Islam atau Pendidikan Khas j-QAF. Program pengajian ini dinamakan sebagai Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah ( DPLI-SR ) j-QAF. Latihan yang diberikan adalah latihan perguruan berasaskan sekolah 9 LPBS ) yang mana tempoh pengajian adalah 18 Bulan.

Maklumat penting lain

Untuk sedikit info, beberapa maklumat penting dipetik dari sumber adalah seperti dibawah :

Syarat kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Berumur   tidak  melebihi  35  tahun  pada     1  Januari 2013  iaitu   lahir   pada     atau     selepas   1 Januari 1978.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian  Islam  atau  Pengajian  Bahasa  Arab  atau  al-Quran  atau bidang  yang  berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA) atau  Institusi  Pengajian  Tinggi  Swasta  (IPTS)   tempatan atau  luar  negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA.
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

Keutamaan

  • Calon yang memiliki  Ijazah  Sarjana  Muda  dengan  PNGK  2.75  ke atas.
  • Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
  •  Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
  •  Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  •  Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara

Calon tidak layak memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang diisytihar bankrap.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Cara memohon

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari Sistem Permohonan DPLI- jQAF   Kementerian  Pelajaran  Malaysia  :  mulai 26 September 2012 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon dinasihatkan melayari Sistem Permohonan DPLI j-QAF bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh tutup Permohonan ialah 3 Oktober 2012 ( rabu ) jam 11.59 malam. Sumber : KPM

Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas, anda dinasihatkan untuk merujuk terus Laman KPM atau hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E

KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)

No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280

 

 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Cawangan Sabah

d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Peti Surat 10491

88805 Kota Kinabalu, Sabah.

No Telefon : 088-236804

 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Cawangan Sarawak

Jalan College

93259 Kuching, Sarawak.

No Telefon : 082-258045

Semoga permohonan untuk menjadi pendidik melalui DPLI atau dahulunya dikenali sebagai KPLI ini diterima dan memulakan pengajian baru DPLI pada tahun hadapan 2013.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.