Permohonan GiatMARA 2012

GiatMARA

Giat Mara merupakan institusi yang baik untuk mendapatkan ilmu-ilmu kemahiran. Permohonan Giat MARA bagi tahun 2012 telah dibuka dan dijangka sesi pengajian seterusnya akan bermula julai 2012. Program Giat Mara ini dilaksanakan secara modular, praktikal dan employable skills mengikut keperluan semasa. Kursus kendalian MARA ini ditawarkan secara percuma malahan mendapat elaun bulanan kepada penuntutnya.

Jangkamasa Latihan

Penuntut latihan Giatmara akan menjalani latihan dan kursus antara 3-24 bulan bergantung kepada jenis dan tahap pencapaian dalam latihan yang diambil. Giatmara juga mempunyai klusternya tersendiri iaitu kursus-kursus dinyatakan dibawah :

Lokasi Mengikut Negeri

Dibawah adalah kursus yang ditawarkan mengikut negeri:

Kelebihan dan Kemudahan

Terdapat beberapa kelebihan serta kemudahan yang pelatih akan dapat semasa menuntut bidang kemahiran di Giatmara ini, antaranya :

  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan amatlah senang dengan hanya perlu :

  • Ke Pejabat GIATMARA berhampiran untuk mengambil borang.
  • Atau boleh muat turun borang Permohonan Latihan GiatMARA dan menghantarnya ke Pejabat GIATMARA berhampiran.

Proses Permohonan adalah seperti berikut :

  1. Mengisi Borang Permohonan
  2. Lengkapkan maklumat perlu borang
  3. Tunggu panggilan temuduga atau balasan pihat GiatMara
  4. Menjalani sesi temuduga atau surat tawaran akan dihantar sebaik sahaja calon berjaya.

Syarat Memohon

  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Sekurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan
  3. Bumiputera
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon.
  7. Boleh membaca menulis dan mengira
  8. Untuk kursus pendawaian Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat tingkatan 5.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia

Tingkat 4 Bangunan Medan MARA

21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402/ 3557

Fax : 03 2691 0249

e-mail : [email protected]

Atau ke Portal Rasmi GiatMARA atau ke pejabat GiatMara Berhampiran

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami terus ke email anda, Sila isi alamat email anda dibawah:

Delivered by FeedBurner


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

4 thoughts on “Permohonan GiatMARA 2012

  1. ada tak giatmara sekitar kawsan kedah atau perlis yang ada kemudahan asrama?

  2. saya ingin tahu bagaimana dengan yuran?

  3. terima kasih atas perkongsian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*