Permohonan Institut Kemahiran Belia IKBN 2014

IKBN

IKBN merupakan salah satu pilihan baik untuk meneruskan pengajian, IKBN merupakan satu institusi yang memberikan satu kelainan pembelajaran iaitu berteraskan kemahiran demi melahirkan tenaga pakar kemahiran bidang masing-masing.

Permohonan dibuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun untuk mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil ( SKM/ DKM/ DLKM ) tahap 1- 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pengajian

Di IKBN pengajian adalah menurut bidang pengajian :

  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan
  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Untuk pegetahuan, pengajian di IKBN ini diberi kemudahan yang baik termasuk elaun bulanan sekitar RM 300 ringgit sepanjang tempoh pengajian juga pelajar akan mendapat penginapan, makanana dan minuman serta pakaian disediakan. Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak tiket penerbangan juga disediakan.

Permohonan

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, pemohon bolehlah ke Laman Rasmi permohonan IKBN 2014.

Permohonan IKBN 2014

Tarikh tutup permohonan ialah 31 Oktober 2013.

3 thoughts on “Permohonan Institut Kemahiran Belia IKBN 2014

  1. mohd zulfakry says:

    Bila tarikh buka untuk mohon masuk IKBN

  2. KOH CHEE WEI says:

    MACAM MANA BOLEH PERMOHONAN IKBM LAGI?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*